MEMAHAMI PERJUANGAN SALAFI DAN KHALAF
Golongan yang mendakwa sebagai salafiyyah pada asalnya adalah dari kelompok yang mendakwa sebagai pengikut Imam Ahmad bin Hanbal, atau dikenali sebagai “hanabilah”.
Mereka adalah penerus kepada perjuangan Imam Ahmad bin Hanbal yang sedang menghadapi kesesatan golongan muktazilah yang telah menyebarkan kesesatannya kepada masyarakat umum.
Dari itu, golongan hanabilah mula membicarakan perkara-perkara yang berkaitan dengan tauhid yang turut menyentuh mengenai “ayat mutasyabihat”. Hasil dari perbincangan tersebut, maka lahirlah pegangan yang disandarkan kepada Imam Ahmad bin Hanbal sebagai mewakili perbincangan beliau. Pun begitu, wujud juga pertikaian sesama hanabilah sendiri dalam kontek penyandarannya kepada Imam Ahmad bin Hanbal.[1]
Kemudian dari itu, lahirnya Imam Abu Al-Hasan Al-Ashari dan pengikutnya yang digelar sebagai “Asyaa’iarah” selepas zaman Imam Ahmad bin Hanbal. Pendekatan Imam Abu Hasan Al-Asyari adalah pendekatan yang disebut “mutakallimin” untuk mempertahankan aqidah ahl al-sunnah wa al-jamaah dalam menghadapi muktazilah. Namun, konsep dan pandangan asyaariyyah itu tidak dapat diterima oleh mereka yang berpegang dengan pendekatan generasi awalan dari kalangan yang mendakwa pengikut Imam Ahmad bin Hanbal[2].
Para ashaairah mengisytiharkan bahawa mereka mempertahankan akidah islam dengan perantaraan ilmu kalam atau pendekatan logic akal dan menganggap sebagai kesinambungan daripada generasi salaf. Lantas mereka menggelarkan diri mereka sebagai khalaf sebagai perbezaan terhadap mereka yang sebelumnya. Berikutan itu, gelaran salafi mula digunakan sebagai lawan kepada gelaran khalaf.[3]
Pertelingkahan yang sengit di antara salafiyyah hanabilah dan ashaairah tercetus disebabkan kemunculan pendirian salaf semasa teguhnya kedudukan ashaairah dalam mendominasi bentuk pegangan tauhid umat Islam sejak sekian lama. Kemunculan ketika itu seolah-olah mencabar pengaruh ashairah sehingga masing-masing mendakwa sebagai mewakili pegangan sebenar generasi salaf.[4]
SIAPAKAH MUSUH SALAFI DAN KHALAF YANG SEBENAR?
Dari sejarah yang dinukilkan ini, difahami bahawa, kelahiran aliran salafi dan khalaf bukanlah satu sebab yang menyebabkan boleh dilebelkan khalaf itu sesat atau salaf itu betul, begituga sebaliknya.
Tetapi kelahiran kedua-dua aliran ini mempunyai satu matlamat, iaitu untuk menghadapi golongan muktazilah yang sedang berusaha kuat untuk menyesatkan umat Islam di zaman tersebut.
Golongan salafiyyah mendakwa bahawa mereka mempunyai manhaj tersendiri dalam menghadapi muktazilah, begitujuga berlaku kepada golongan ashaairah.
Ini di umpamakan seperti seseorang yang berada di Kuala Lumpur; yang hendak ke kota bharu, samada hendak melalui jalan Gua Musang atau menggunakan laluan Jalan Kuala terengganu. Kedua-dua laluan tersebut sampai ke Kota Bharu, tetapi berbezanya hanya pada sudut lambat atau cepat sahaja.
Maka begitulah halnya terhadap mereka yang bergelar dengan salafiyyah dan asyairah.
APAKAH PERJUANGAN SALAFIYYAH YANG SEBENAR DI MALAYSIA?
Memahami dari ulasan ini, difahami bahawa perjuangan golongan yang mendakwa salafi yang menyerang golongan khalaf; khalaf menyerang salafi di Negara ini merupakan satu dakwaan yang berkonsepkan jenayah ilmu.
Ini kerana, jika dilihat kepada fitnah yang menimpa umat Islam di Malaysia kini, difahami bahawa, UMNO merupakan muktazilah moden yang sedang beruasaha menanam syirik didalam hati umat Islam di Negara ini.
Menanam fahaman bahawa undang-undang Islam tidak layak dilaksanakan disebabkan masyarakat majmuk, kilang arak tidak boleh di tutup kerana memungkinkan kemunduran ekonomi Negara dan berbagai lagi merupakan fahaman muktazilah moden yang telah dipelopori oleh UMNO dan Barisan Nasional di Negara ini.
Maka dengan demikian, jika dilihat kepada perjuangan golongan salafiyyah dan asyairah dalam ulasan di atas, didapati bahawa perjuangan mereka adalah menghadapi golongan muktazilah.
Keadaan sedemikian menyalahi dengan tindakan yang dilakukan oleh golongan yang mendakwa salafi dan juga khalaf di Negara ini. Ini kerana, dalam dakwaan mereka sebagai salafi mahupun khalaf, tetapi dalam masa yang sama, mereka boleh bersekongkol dengan golongan muktazilah moden ini.
Oleh itu, jika benar mereka memperjuangankan method atau aliran perjuangan Salafi, juga khalaf, pasti mereka akan menyerang segala fahaman yang berasaskan kepada pemikiran muktazilah, tidak kira apa namanya sekalipun, lebih-lebih lagi mereka yang bernama UMNO.
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/
ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
12 Febuari 2009 * 7:58 pagi.
[1] Sumbangan aliran asyairah dan Salafiyyah dibidang Usuluddin : lakaran semula sejarah pemikiran tauhid Ahl Al-Sunnah : m/s 20.
[2] Sumbangan aliran asyairah dan Salafiyyah dibidang Usuluddin : lakaran semula sejarah pemikiran tauhid Ahl Al-Sunnah : m/s 22.
[3] Salaf dan Khalaf : hakikat dan Implikasinya : m/s 4.
[4] Tarikh Al-Mazahib Al-Islamiyyah fi As-siyasah wa al-‘aqaid wa tarikh al-mazahib al-fiqhiyyah : m/s 177.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan