Rabu, 11 Februari 2009

SALAHKAH USTAZ MASUK DAP????

SALAHKAH USTAZ MASUK DAP????

Dulu aku ada terbaca tulisan Prof Sayed Nuqib Al-Attas. Aku kagum dengan lontaran idea beliau, yang boleh disifatkan sebagai ‘berfikiran jauh’.

Beliau ada menyebut tentang isu Palestine. Beliau menyatakan, permusuhan Israel dengan umat Islam akan berkekalan sampai kiamat. Ini dibuktikan dengan hadis yang menyebut bahawa semua makhluk benda akan bercakap di akhir zaman nanti; memberitahu kepada umat Islam ketika itu agar membunuh orang-orang yahudi yang menyorok di belakangnya, melainkan pokok gharqad. Oleh itu, isu pemusuhan antara yahudi dan Islam tetap akan berpanjangan sampai kiamat.

Cumanya, yang perlu difikirkan sekarang, bukan hendak meluputkan yahudi dari muka bumi Allah ini, ini kerana, Nabi SAW sendiri menyebut bahawa mereka tidak akan luput hingga hari kiamat, tetapi yang paling penting; yang perlu difikirkan adalah, bagaimana hendak mengalahkan yahudi, agar mereka menjadi bangsa yang terbangsat atas muka bumi Allah di mata-mata umat manusia???

Beliau mencadangkan agar orang islam sendiri perlu bertindak seperti yahudi bertindak merosakan umat Islam, iaitu dengan masuk kedalam yahudi, mendalami ajaran mereka, kemudian merosakkan mereka dari sudut keilmuan.

Padaku, pandangan ini amat bagus untuk difikirkan bagi melancarkan serangan terhadap yahudi, juga mana-mana pihak yang menyerang islam.

Kita masuk ke dalam mereka, bukan untuk membersihkan mereka, tetapi kita masuk ke dalam mereka dengan tujuan untuk merosakan mereka.

Pada pandangan peribadiku, pandangan ini tidak bercanggah dengan islam. ini kerana, serangan yang dilakukan oleh Yahudi terhadap umat Islam kini, bukanlah diseriuskan pada sudut ketenteraan dan pembunuhan, tetapi serangan yang dilakukan oleh yahudi secara serius adalah dari sudut keilmuan.

Ekoran dari itulah, mereka mencadangkan berbagai-bagai fahaman , lalu fahaman ini diterima oleh Umat Islam sendiri, seperti fahaman Sosialis, Kapitalis, nasionalis, pragmatis dan sebagianya.

Apabila umat Islam menerima fahaman-fahaman ini, pasti umat Islam tidak akan bersatu lagi, maka disitulah bermulanya kelemahan umat Islam. apabila umat Islam sudah lemah, maka mereka pun melancarakan serangan persenjataan terhadap Umat Islam sehingga umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa pun.

Oleh itu, bagi menyerang balik serangan keilmuan ini, tidak ada salahnya kita menyerang mereka dengan keilmuan juga. Hal ini disandarkan kepada Firman Allah SWT;

فَمَنِ اعْتَدَى عَلَيْكُمْ فَاعْتَدُوا عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدَى عَلَيْكُمْ

Maksudnya;
“barangsiapa yang menyerang kamu, maka seranglah ia, seimbang dengan serangannya terhadapmu”

(Surah Al-Baqarah : 194)

Begitujuga, jika kita rujuk kepada sirah nabi SAW pula, antara peperangan yang Islam mencapai kemenangan adalah peperangan Ahzab, walaupun bilangan tentera musuh ketika itu amat ramai berbanding bilangan tentera Islam.

Tidak dinafikan peperangan itu menghasilkan kemenangan dari pihak Islam ekoran pertolongan Allah SWT, tetapi adalah sesuatu yang silap jika dinafikan strategi Nabi SAW dalam usaha hendak memenangkan tentera Islam.

Antara tindakan Nabi SAW dalam mengalahkan musuh ketika itu adalah, berusaha memecah belahkan kesatuan musuh dengan melantik Nuaim bin Mas’ud yang tidak diketahui keislamannya oleh musuh.

Dengan kebijaksanaan yang wujud pada Nuaim, menyebabkan musuh kucar kacir; pecah belah yang akhirnya tentera Islam berjaya melahirkan kemenangan yang gilang gemilang.

Atas dasar strategi inilah, aku kadang-kadang terfikir sendirian dalam usaha hendak mengislamkan kawan-kawan kita dari DAP. Apakah cara yang paling baik; yang perlu dilakukan dalam mengasilkan natijah yang baik dalam usaha hendak mendaulatkan islam di Malaysia di masa akan datang.

Aku melihat, ramai agamawan yang “takharruj” dari luar Negara, bahkan dari dalam Negara. Kepulangan mereka selalunya kurang dimanfaatkan untuk kemenangan Islam, bahkan apabila mereka pulang, mereka hanya “bekerja kerajaan”, “mengajar di sekolah” dan sebagainya. kalau wujud pun mereka yang terlibat dengan dunia dakwah, mereka lebih menumpukan kepada ceramah dan kuliah di masjid-masjid dan surau-surau.

Adapun dari sudut dakwah yang lebih mencabar, agak kurang ianya dilakukan, walaupun sememangnya ianya wujud dengan bilangan yang amat sedikit.

Yang lebih menyedihkan lagi, apabila usaha dakwah ini sepatutnya dilakukan oleh golongan agamawan ini telah diabaikan mereka, bahkan yang dilihat golongan yang bukan agamawan yang lebih agrasif dalam bertindak menyampaikan seruan Allah SWT itu secara berkesan dan efektif.

Melihat kepada tindakan nabi SAW yang melantik Nuaim bin Mas’ud sebagai orang yang dapat memecah belahkan kesatuan kuffar dalam peperangan Azhab; juga melihat kepada idea yang dikemukan oleh Sayed Nuqib Al-Attas untuk merosakan kesatuan Yahudi dari dalam, mengapakah kita tidak berfikir sama untuk menghantar agamawan kita agar masuk ke dalam DAP, untuk menyampaikan dakwah dalam parti tersebut.

Jika agamawan ini masuk ke dalam DAP, lalu dilantik memegang jawatan-jawatan parti yang besar-besar, pasti dalam usaha hendak melaksanakan islam di Malaysia di masa akan datang tidak menghasilkan sesuatu yang susah.

Sekian

Wallahu ‘Alam



Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
11 Febuari 2009 * 10:40 malam

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam syeik ..


betul doh enta oyak tu,,tapi sapa akan mulakan untuk melakukan benda tu,,ana rasa org yg memahami ilmu saraf dan tahan sahaja boleh masuk DAP..dan berjiwa macam enta maknanya enta kena " Trainning" murid-murid enta supaya benda ni dapat dilaksanakan..
nak harapkan pimpinanan lain mungkin mereka tak sempat.. so Kitalah kena bermula..

Kapten ( B)

suratkhabarlama berkata...

YB Nizar telah menunjukkan jalan untuk menjinakkan DAP terhadap Islam...

Saya diberitahu satu ketika dahulu bahawa setiap kali YB Nizar mengadakan mesyuarat walaupun bersama EXCO dari DAP, beliau akan memulakannya dgn bacaan ayat Quran serta berkongsi beberapa pengajaran dari ayat2 tersebut...ianya mendapat sambutan baik dan tiada bantahan dari mereka (walhal kita tahu DAP sgt anti dgn konsep negara Islam..mungkin Karpal & Lim Kit Siang saja kot)..

sehinggakan ada EXCO dari DAP mula membeli Quran terjemahan dan kadangkala tanpa segan silu akan merujuk kepada Ustaz Misbah bertanyakan sesuatu mengenai ayat yang mereka kurang faham...

Tanpa Nama berkata...

ustaz, nanti ada orang kata pula, kalau boleh masuk DAP utk berdakwah, kenapa orang PAS tak masuk UMNO utk berdakwah? sedangkan PAS berhujah tak boleh nak bersihkan tong najis dari dalam tong, kena bersihkan dari luar tong