UMNO LEMAH, MUSUH UMNO TIDAK KUAT???
Berita semalam menggambarkan factor Anwar Ibrahim penyebabkan besar kejatuhan UMNO dalam pilihanraya ke 12 lalu. Pandangan ini disampaikan oleh pembahas dari Pulau Pinang, Mohd Zaidi Mohd Said. Hari ini pula, Bekas Presiden UMNO, Pak Lah Badawi menggariskan beberapa perkara penyebab terhadap kejatuhan UMNO.
Antaranya, (1) sekat kebebasan rakyat, (2) jaga kepentingan individu tertentu, (3) tidak berani melakukan perubahan selaras transformasi masyarakat, (4) pimpinan UMNO tidak mesra rakyat, (5) tumpuan kepada masyarakat luar Bandar agak kurang, (6) tidak mesra untuk anak muda, (7) perbalahan dalaman dan (8) kebendaan.
Sebagai rakyat biasa; yang sedang melihat perubahan politik kini. Dianggarkan semua perkara yang digariskan ini menepati dengan kehendak sebenar.
Padaku, UMNO memang sudah terlalu lemah. Pun begitu, aku tidak menganggap kelemahan UMNO itu berpunca dari kekuatan yang ada pada musuh-musuh UMNO.
Aku melihat, UMNO itu lemah bukan kerana Musuh UMNO kuat. Tetapi, UMNO terlalu lemah sehingga tidak mampu lagi untuk dibaiki.
Penilaianku, jika ada kekuatan musuh UMNO pun, hanya terletak kepada kebijaksaanaan bermain isu. Dilihat, selepas Anwar Ibrahim keluar dari penjara, bermain isu ini menjadi hebat menyebabkan Pakatan Rakyat berjaya menguasai beberapa kerajaan, juga mengkelam kabutkan UMNO dan BN dalam parlimen.
Semasa Anwar Ibrahim dalam penjara, situasi politik Malaysia tidak seagrasif kini. Isu yang dimainkan tidak menyengat. Anak-anak muda pun, agak kurang berminat dengan politik. Non Muslim – khususnya DAP – agak kurang mesra dengan muslim – Khususnya PAS -.
Tetapi, selepas keluarnya Anwar Ibrahim dari penjara, situasi politik agak berbeda. Walaupun anak-anak muda tidak berminat dengan Pemuda PAS dan AMK, tetapi mereka berminat dengan gaya muda Anwar Ibrahim. Walaupun Non Muslim tidak berminat dengan PAS, tetapi mereka berjaya berkawan dengan muslim disebabkan faktor menghormati Anwar Ibrahim.
Cumanya, ada sebilangan kecil non Muslim yang kagum dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Pun begitu, Non Muslim yang menjadi pemimpin pula, masih lagi menjauhkan diri dari PAS.
Selepas kemenangan Pakatan Rakyat, mereka agak melihat PAS. Mereka sudah mula berani berkawan dengan PAS. Itu adalah keuntungan yang dikecapi selepas tertubuhnya Pakatan Rakyat. Tetapi, keadaaan ini tidaklah seagresif mana sebelum tertubuhnya Pakatan Rakyat.
Secara peribadi, aku agak bersetuju apabila UMNO mendakwa bahawa kekalahan mereka pada hari ini berpunca dari faktor kelemahan dalaman mereka. Pun begitu, aku menilai pula, kekuatan musuh UMNO pada hari ini adalah faktor Anwar Ibrahim.
Mungkin kita kata, faktor PAS juga adalah kekuatan. Ya.. memang kita kuat di Kelantan. Itu adalah faktor Tok Guru Nik Abdul Aziz. Bagaimana pula di luar kelantan???
Penilaian peribadiku, kekuatan PAS di luar kelantan bergantung dengan isu-isu yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim. Sebab itu, kemenangan Pakatan rakyat, memperlihatkan PAS minoriti berbanding PKR dan DAP.
Justeru, yang perlu difikirkan kini adalah, kita sudah mendapat ruang yang terbuka untuk berkawan dengan non Muslim dan anak-anak muda. Gunakan ruang yang ada untuk memberi kefahaman Islam terhadap mereka.
Jika kita pernah berkata, jika Islam difahami, pasti Islam akan disokongi. maka, ingin dinyatakan, jika kita yakin dengan Islam, mengapa kita tidak agresifkan penerangan tentang islam???
Yang dilihat sekarang, kita seakan-akan sedang melalaikan penerangan Islam, disebabkan kita leka ”bermain politik”. Bermain politik, sehingga lalai mengambil keutamaan pemahaman Islam kepada rakyat, sehingga melahirkan perasaan meluat rakyat terhadap kita yang memperjuangkan Islam.
Sekian
p/s : ini sekadar pandangan penulis yang bukan hasil analisa, tetapi mungkin terfokus di kawasan-kawasan tertentu sahaja.
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/
ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
26 mac 2009 * 2:30 petang

3 ulasan:
Us Wan Ji,
Logik jika Islam difahami, Islam akan menerima sokongan. Jika masyarakat Sabah dan Sarawak diberi kefahaman tentang Islam (dakwah), pasti mereka memberi sokongan kepada gerakan islam.
Malangnya gerakan Islam (termasuk PAS) belum memberi tumpuan kepada faktur-faktur yang merangsang dakwah.Cuba fikirkan.
1.Mungkinkah dakwah kpd masyarakat ( islam atau bukan Islam) dapat dilakukan oleh sejumlah kecil ustaz yang tumpuannya pun di surau dan masjid?
2.Mungkinkah petugas gerakan Islam dapat melaksanakan dakwah tampa kemahiran dan pembinaan seorang dai'.
3.Mungkinkah usaha dakwah keseluruh pelusuk Malaysia dilaksanakan tampa perancangan penyelarasan dan pemantauan ?
Semua ini tidak mungkin dilaksanakan kecuali gerakan Islam memperkasa gerakerja dakwah melalui sebuah Pusat Dakwah yang;
1. Merancang, meyelaras, memantau kerja-kerja dakwah.
2. Meningkatkan kemahiran dan potensi petugas gerakan Islam supaya mereka terlibat berdakwah kpd masyarakat.
3, Menjaga kebajikan pendakwah-pendakwah.
Jika ini dilaksanakan, ana percaya, masyarakat Sabah, Sarawak dan Semenanjung akan menyokong gerakan Islam dan redha untuk bernaung dibawah sistem Islam dalam masa 2 pilihanraya.
Persoalannya. Bila kita nak mulakan !
Hulu Kelang
ana sokong pandangan Saudara "hulu Klang". diharapkan, cadangan ini dapat difikirkan bersama demi Islam memerintah di Malaysia...
ana nak postingkan cadangan ini dalam artikle selanjutnya. diharapkan saudara tidak keberatan..
sekian
Al-Bakistani
Terima kasih.
Hulu Kelang
Catat Ulasan