Rabu, 25 Mac 2009

KHAIRY MENANG !!???

KHAIRY MENANG !!???

Khairy dapat banyak undi berbanding Khir Toyo dan Mukhriz. Menandakan, ketua Pemuda UMNO Malaysia kini adalah Khairy.

Nampaknya, Khairy lebih bijak main politik berbanding Khir Toyo dan Mukriz, walaupun beliau diberikan amaran dari Lembaga Disiplin UMNO tentang rasuah yang melibatkannya.

Secara peribadi, aku kagum dengan “nakal” Khairy dalam politik. Beliau bijak bermain strategi, juga bijak bermain propaganda dalam peperangan politik dalaman UMNO.

Pun begitu, khairy menang dalam keadaan Najib naik jadi Presiden UMNO. Justeru, kenaikan Khairy yang merupakan menantu Pak Lah adalah amat mencurigakan. Kecurigaan dari sudut mainan politik pemuda UMNO Malaysia dengan Presidennya.

Jika kemenangan itu berbelah pihak kepada Khir Toyo atau Mukriz, dirasakan tidak ada mainan politik dalaman UMNO. Sebab, kedua-dua makhluk Allah itu adalah proxy Mahathir merangkap proxy Najib.

Apakah UMNO akan bergolak lagi selepas ini???

Kita tunggu dan lihat….

Tetapi, aku tidak fikirkan yang itu lebih serius. Bahkan, aku lebih fikirkan ketua Pemuda PAS dan Ketua Angkatan Muda PKR. Apakah dengan ketua pemuda PAS dan Ketua Angkatan Muda yang ada kini mampu untuk menandingi Khairy dalam menghadapi isu-isu yang mendatang???

Lihatlah keberanian Khairy berdebat dengan tokoh Muda PAS yang dikagumi kawan dan lawan, Dato Hussam Musa di kelantan baru-baru ini. Jika setaraf Dato’ Husam Musa yang merupakan Naib presiden PAS pun berjaya di “helah” dan di “main” kan oleh Khairy, apakah pemuda PAS atau ketua angkatan Muda PKR bersedia bermain politik seperti Khairy.

Padaku, inilah yang perlu kita fikirkan sekarang. Mungkin PAS perlu kepimpinan Pemuda pusat seperti Tuan Haji Mahfuz Omar. Bijak berpidato, bijak bermain propaganda musuh, juga amat senang dengan anak-anak muda yang tidak kira apa jenis pemakaian dan pemikiran sekalipun. Keadaan yang sama juga, AMK Malaysia.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
26 mac 2009 * 2:17 pagi




2 ulasan:

webmaster berkata...

Pemimpin muda PAS yang bijak bermain kata-kata tidak asing lagi ialah menantu Almarhum Ustaz Fadhil Noor, Syeikh Ahmad Sabki Yusof.

bumilangit berkata...

baguslah khairy menang.

orang ramai yang meluat tengok mata kuyunya.