Khamis, 26 Mac 2009

ISLAM, MELAYU DAN KEADILAN SEJAGAT

ISLAM, MELAYU DAN KEADILAN SEJAGAT

Islam dan melayu, dua unsure yang berbeda. Perbedaannya, Islam adalah agama, sedangkan melayu pula adalah bangsa. Dua unsur ini disinonimkan dalam perlembagaan Malaysia, walaupun hakikat mensinonimkan itu adalah salah.

Mana mungkin disinonimkan melayu dengan Islam, sedangkan disana wujud melayu yang tidak Islam. persoalannya, mengapa dua unsur ini disinonimkan??

Apakah tujuannya untuk menarik pengaruh Islam?? iaitu, apabila seseorang itu menjadi melayu, maka susahlah dia mahu keluar dari Islam. Dengan kata lain, kalau dia sudah melayu, maka tidak boleh sama sekali dia keluar dari Islam.

Ataupun, tujuannya untuk merosakkan islam??? iaitu, Islam akan dibataskan kepada orang melayu sahaja. Adapun bangsa lain, tidak boleh masuk islam. jika mahu masuk juga, hendaklah tukar jadi melayu. Bukankah, itu adalah perkara mustahil sama sekali??

Terpulang kepada mereka yang menafsirkan ”tujuan” disebalik kandungan definisi melayu dalam perlembagaan Persekutuan itu.

Jika diperhatikan keadaan kini pula, istilah melayu tidak boleh disinonimkan lagi dengan Islam. lebih-lebih lagi dengan berita ramainya orang melayu murtad. Ada melayu masuk Hindu dan ada melayu masuk kristian. Ada juga melayu yang lawan Islam atas nama parti politik, yang apabila lawan Islam, sudah pasti mereka terkeluar dari Islam.

Disamping itu juga, apabila disinonimkan melayu dengan Islam, seakan-akan terdapat satu halangan untuk menarik minat india dan cina kepada Islam. ini kerana, apabila cina mahu masuk islam, maka keturunan cina mereka akan dibuang. Apabila india masuk Islam, keturunan india harus dibuang.

Di Malaysia, kita akan dapati ada sebilangan pendakwah atau disebut juga muballigh islam yang berbangsa Cina dan India. Islam mereka lebih hebat dari Islam melayu. kesedaran islam mereka lebih hebat dari kesedaran islam melayu.

Orang melayu dikenali ”Islam baka”. Dari ”Islam baka” itu, mereka boleh jadi ”Muslim pusaka” atau ”muslim puaka”. ”Muslim pusaka” adalah Islam yang dipusakai dari Nabi, itulah Islam yang terbaik. ”Muslim Puaka” pula adalah Islam sekadar di lidah mereka, tetapi tidak di hati dan Al-jawarih (baca : anggota badan).

Ekoran dari itulah, lahirnya dua golongan melayu. (1) melayu yang mahukan Islam, dan (2) melayu yang tidak mahukan Islam. bentuk dua melayu ini, diterjemah dari sudut perjuangan mereka atas dasar parti politik. Maka lahirlah PAS dan UMNO.

PAS mahukan Islam, maka mereka adalah ”muslim Pusaka”. Adapun UMNO pula, mereka tidak mahukan Islam, maka mereka adalah ”muslim Puaka”.

PAS pula, tidak membataskan kepada melayu. ekoran itu, ada orang cina dalam PAS, juga ada orang india dalam PAS. Cina dan india dalam PAS itu, adalah orang islam.

UMNO pula, amat terbatas kepada melayu. Mereka yang tidak melayu, tidak boleh masuk UMNO, walaupun beragama Islam sekalipun. Orang melayu yang tidak beragama Islam pula, boleh mendaftarkan diri sebagai ahli UMNO kerana mereka ada kelayakan walaupun beragama kristian, hindu atau sebagainya.

Nyatanya, bangsa melayu adalah perjuangan UMNO. Agama Islam adalah perjuangan PAS.

Kemusykilan yang lahir pula adalah, PKR dan DAP. Kedua-dua parti ini, tidak memperjuangkan sesuatu bangsa atau sesuatu agama. Perjuangan kedua-dua parti ini dilihat memperjuangkan keadilan sejagat, yang sudah pasti konsep keadilan sejagat itu wujud dalam hidup berbangsa, juga hidup beragama.

Apabila manusia hidup beragama, pasti mereka mahukan keadilan. Begitujuga mereka dari apa bangsa pun. Justeru, kedua-dua konsep ini wujud dalam Islam, yang memberikan hak seadilnya kepada sesiapa sahaja, tidak kira apa jua agama mereka, mahupun apa jua bangsa mereka.

Kalau UMNO, perjuangan mereka adalah melayu. apabila melayu perjuangan mereka, akan wujud unsur tidak melayu. bermakna, sesiapa yang tidak melayu, maka itu adalah musuh UMNO. apakah begitu??? Jika ianya begitu, amat terang lagi bersuluh bahawa kekecohan bangsa-bangsa di Malaysia selama hari ini berpunca dari UMNO. pemikiran poltik yang berasaskan kepada perkauman.

Jika PAS musuh mereka, bermakna mereka bermusuh dengan Islam, kerana PAS perjuangkan Islam. pun begitu, ada UMNO mendakwa mereka beragama Islam, dan perjuangan mereka juga adalah Islam. Tetapi peliknya, di mana salahnya Islam perjuangan PAS sehingga UMNO menentang PAS????

Mungkin mereka mahukan melayu. justeru, aqidah mereka adalah ”menghaprakkan” bagi mereka selain melayu. bukankah aqidah ini mempertikaikan ketetapan Allah??? Nah... sudah pasti aqidah ini sesat lagi menyesatkan.

Justeru, apa pentingnya melayu jika Islam tergadai. Juga, apa gunanya melayu jika keadilan sejagat tergadai. Bahkan, tidak mengapa melayu tergadai apabila Islam terjaga. Juga, tidak mengapa melayu tergadai apabila keadilan sejahat terjaga. Ini kerana, Islam dan Keadilan adalah sesuatu yang boleh dirobah, sedangkan bangsa adalah sesuatu yang tidak boleh dirobah.

Bukankah Hang Tuan pernah berkata;

”takkan melayu hilang di dunia”

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
27 mac 2009 * 2:59 pagi









Tiada ulasan: