Khamis, 30 April 2009

JANGAN CANDUKAN AGAMA !!

JANGAN CANDUKAN AGAMA !!

Aku sedang menelaah buku “pengalaman bertuhan”. Buku itu memuatkan beberapa article kisah manusia yang sedang mencari tuhan. Menarik juga dengan tulisan-tulisan yang mengisahkan perjalanan hidup manusia yang berbeza agama, beraneka ragam dan cara berfikir.

Sambil menelaah, aku berdiskusi dengan sebilangan kawan berkenaan kehidupan mencari tuhan ini. Sedang berdiskusi, terlintas di hati ini ingin berbual; berwacana secara ilmu dengan beberapa tokoh yang aku kenali, bagi mengetahui asas perjuangan mereka.

Aku menghantar sms kepada salah seorang tokoh intelek yang bukan dari PAS, bahkan beridealogi sosialis, menyatakan hasrat ingin berdialog, berwacana dalam isu idealogi perjuangan beliau. Beliau terus menelefonku, dan menyatakan kesediaan dengan begitu gembira sekali.

Kami mengatur pertemuan di salah sebuah kedai makan di Kota Damansara.

Kami berbual panjang. Memakan masa, hampir 2 jam. Banyak perbincangan yang dibicarakan. Tidak ada tajuk yang tetap, tetapi yang pastinya berkisar tentang ”ideologi sosialis” yang diperjuangkan.

Menarik juga dengan ulasan beliau. Walaupun beliau seorang pendokong fahaman karl Marx, Aku seakan-akan merasa, aku bukan berbual dengan seorang tokoh luar dari kebiasaan, tetapi seperti berbual-bual dengan tokoh-tokoh Islam yang lain.

Kalimah ”Alhamdulillah”, ”astaghfirullah” dan ”masya Allah”, menjadi lintasan lidah beliau tanpa berfikir, mahupun berat. Pada anggapanku, sebutan kalimah-kalimah tersebut, bukan ”buat-buat”, tetapi ianya pasti kebiasaan beliau.

KARL MARX

Sebelum ini, aku sudah mengkhatamkan sebuah buku yang bertajuk ”Muhammad SAW dan Karl Marx” karangan seorang penulis dari Indonesia. Munir Che Anam namanya.

Dalam tulisan tersebut, amat menarik apabila dibandingkan tentang masyarakat tanpa kelas mengikut konsep pemikiran akal Karl Marx dengan wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Justeru, semasa berbual dengan tokoh intelek yang berfahaman sosialis, isu Karl Marx ini dijadikan bicara asas. Lebih-lebih lagi, karl marx adalah tokoh utama pemikiran sosialis ini.

Aku bertanya, kenapa Karl marx mengasaskan pemikiran sebegini? Beliau menyatakan, ianya berpunca dari keadaan yang dilihat sendiri oleh karl Marx yang ketika itu berhadapan dengan pihak paderi yang menjadikan agama sebagai bahan mencari kekayaan, disamping menindas golongan miskin.

Golongan paderi ketika itu, menjanjikan syurga kepada orang miskin, tetapi kemiskinan mereka tetap tidak diselesaikan juga.

Rentetan keadaan itulah, menyebabkan Karl Marx menyebut bahawa agama itu adalah candu.

Beliau mengulas juga isu ini dari sudut Islam. Beliau menyebut, ada sebilangan ulama-ulama Islam yang berfikiran sedemikian, tanpa menafikan wujud ulama-ulama Islam yang ikhlas.

Beliau menukilkan maksud Firman Allah yang menyebut tentang golongan agamawan yang menjual agama mereka dengan harga yang murah, semata-mata mencari habuan keuntungan di dunia.

Aku mengangguk, membenarkan apa yang beliau ungkapkan. Kerana, sudah pasti yang dimaksudkan itu adalah firman Allah dari surah Al-Baqarah ayat 174, yang mana Allah menyebut ;

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ مِنَ الْكِتَابِ وَيَشْتَرُونَ بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا

Maksudnya;
“Sesungguhnya mereka yang menyembunyikan kebenaran yang Allah turunkan daripada Kitab dan mereka menjualnya dengan harga yang murah”

(Surah Al-Baqarah : 174)

Beliau mengungkap kisah, bagaimana kemasukan pihak penjajah ke Negara Mesir. Penjajah diberi ruang masuk, walaupun tidak persetujuai oleh rakyat bawahan. Apabila ditanya kepada para ulama, mengapa mereka tidak bersuara, bangun membangkitkan suara rakyat untuk melawan penjajah. Setelah ditanya, jawapan para ulama ketika itu adalah ”menjaga periuk nasi”.

Justeru, inilah pemikiran golongan agamawan telah berjaya mencandukan agama mereka sendiri demi kepentingan diri mereka sendiri.

Aku tidak menafikan, apa yang disebut, bahkan aku membenarkan ungkapan beliau itu. Padaku, apa yang diungkapkan adalah benar, tidak ada apa yang wajar dinafikan.

PENUTUP

Padaku, setelah mendengar segala ulasan-ulasan beliau. Aku berpandangan, bahawa jika hendak disalahkan kepada karl Marx sahaja dengan ungkapan beliau itu. Padaku, itu adalah satu tindakan yang silap.

Sebagai manusia yang memberontak dalam mencari kebenaran, sudah pasti tindakan paderi-paderi itu menyebabkan Karl Marx berfikiran sedemikian.

Kemungkinan Karl Marx tidak berjumpa buku-buku yang bercerita tentang nabi Muhammad SAW. Jika beliau berjumpa, aku berkeyakinan, ungkapan « agama adalah candu » sudah pasti tidak akan terpancul dari mulut karl marx ketika itu.

Jelasnya, Karl Marx adalah manusia memberontak. Tidak hairan, beliau sanggup mengeluarkan kalimah « Agama adalah candu ».

Harapannya, janganlah perkara yang sama, berlaku dalam agama Islam yang kita cintai ini…

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
30 april 2009 * 5:18 petang

6 ulasan:

iam_khufu berkata...

Sebenarnya kalau dilihat fahaman socialism(yang mana communism adalah cabang kepada socialism)sudah lama ada dalam islam. Seoang tokoh yang paling terkenal adalah Abu Zar Alghifari yang pada zaman Khalifah Usman sangat menentang terhadap pemilikan harta yang melampau. Pada Abu zar tidak boleh memiliki harta kecuali pada apa yang diperlukan sahaja. Cuma biasa la ada sikit kelainan antara socialism Abu zar dan Socialism moden. Dan jugak dia ini boleh dikira sebagai parti pembangkang di zaman Khalifah. Jadi sapa kata tak boleh membangkang pada sebuah kerajaan Islam.

(ps: apa yang saya beri di atas ini adalah umum sahaja)

Tanpa Nama berkata...

Jika anda ingin berubah, berubahlah dalam kesatuan yang telah dibina para ulama. Jika anda ingin pembaharuan, bergeraklah bersama mereka.

Jangan tukarkan makanan dari langit dengan bawang putih dan bawang merah semata - mata anda sudah jemu dengan makanan syurga. Jangan tiru Bani Israel!
http://g-82.blogspot.com/

pemimpinrakyat berkata...

Kelahiran Si Tanggang Moden......
Kalau dulu kita pernah di dengarkan cerita Si Tanggang semasa di sekolah rendah, atau dalam buku2 lama dulu......

Tapi, kini seolah2 kita dikejutkan dengan kemunculan Si Tanggang Moden. Kalau dulu kisahnya ialah kurang ajar kepada ibunya, tapi ini lain kisahnya pula iaitu kurang ajar kepada ayahnya.

Kerana apa?
-bersikap kurang ajar menegur ayahnya di tempat terbuka
-sedangkan beliau tinggal serumah dengan ayahnya, dan bila2 masa ada kelapangan boleh berbincang secara sulit
-kenapa dibiarkan lama , kalau betul? baru sekarang nak tunjuk belang?
-menuduh ayahnya tidak pandai politik dan dipengaruhi oleh orang2 sekeliling
-menuduh ayahnya terpengaruh dan tidak bijak membuat keputusan sendiri
-dia lebih hebat dari ayahnya kerana dia boleh nampak "ulama mee celup" tapi ayahnya tak nampak
-dan , dan , dan .....tak gamak nak sebut lagi sikap beliau ni

Jadi , sapa2 nak tengok Si Tanggang Moden ni, silalah ke negeri pantai timur ni.....

Muiz Nasrallah berkata...

isu salaf dan khalaf
cukup untuk kita katakan,
"agama adalah candu"

Tanpa Nama berkata...

Ustaz, siapa nama tokoh tu?kenalkanlah..hehe

WUZARA berkata...

Assalamualaikum,

Ideologi sosialisme memang jauh lebih kritis berbanding kapitalisme yang cenderung mengambil jalan tengah. Malahan, selepas kejatuhan khilafah uthamaniah, ramai Muslim terutama di dunia Arab yang terpesona dengan teori-teori sosialisme. Sampai ada cendekiawan yang menyatakan, sosialisme ada perkaitan dengan Islam, merujuk kepada konsep kepemilikan dalam sosialime dan Islam. Walhal sebenar tiada persamaan sama sekali.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh komentar pertama, mereka menjadikan Abu Dzar sebagai kononnya pelopor sosialisme.Saya berpandangan ini adalah minda orang yang tewas. Islam hari ini duduk dikandang tertuduh akibat tewas dalam percaturan politik dunia sejak jatuhnya khilafah uthmaniah pada 1924. Maka, apabila dilontar sosialisme, dikatakan ia sejalan dengan Islam, disodor demokrasi maka dkatakan demokrasi sejalan dengan Islam. Sememangnya yang tewas cenderung untuk mengikut yang menang.

Walhal hakikatnya, soslisme menjadikan dialetika materialisme sebagai kepercayaan fundamental(aqidah mereka). Pada mereka tesis dan anti tesis menghasilkan sistesis yang lebih baik, inilah yang merupakan asas bagi penciptaan dunia. Maka persoalan saya, atas dasar apa jika ada mana2 pihak yang justru cuba mengkompromikan sosialisme dengan Islam?

Memang ia suatu yang menarik untuk dibincang, jika sekurangnya kita mempunyai kefahaman asas tentang ideologi. saya akhiri dengan mengambil petikan Prince Charles;

Kapitalisme tidak adil dalam membahagikan kekayaan dunia, tetapoi sosialisme adil dalam mengagihkan kesengsaraan.

Jadi jawapannya, tiada lain hanya Islam sebagai satunya mabda' yang dapat membawa kesejahteraan di dunia dan akhirat. Wallahua'alam.