Rabu, 15 April 2009

KENAPA AKU BENCI UMNO???

Aku asalnya dari keluarga yang berfahaman UMNO. Sewaktu umurku 12 tahun, aku belajar di Institut Pendidikan Al-Balagul Mubin, Pasir Mas Kelantan. Pada masa itu, bapaku sering berpesan, belajar agama, tapi jangan jadi macam Nik Aziz. Aku pelik dengan pesanan itu. apa yang dimaksudkan oleh bapaku itu.

Di asrama, kawan-kawan dari pelajar kelantan selalu nyanyi lagu;

”alhamdulillah syukur nikmat, UMNO mampus rakyat selamat”

Aku pelik dengan nyanyian lagu itu. selalunya, di TV kedengaran lagunya seperti berikut;

”Alhamdulillah syukur nikmat, malaysia maju rakyat selamat”

Aku tanya kawan-kawan yang nyanyi lagu itu. kenapa sebut macam tu?? Mereka jawab, UMNO jahat. Sebab UMNOlah kita di kelantan di tekan dan ditindas. Tok Guru Nik Abdul Aziz yang baik pun dikatakan jahat.

Aku bingung. Bapaku kata, kalau ngaji agama jangan jadi macam Nik Aziz. Kawan-kawan kata, nik aziz ini orang baik. Mana satu ni????

Pelik.. memang pelik...

Selepas itu, aku belajar di Pondok Lubuk Tapah Pasir Mas Kelantan atas nasihat Tuan Guru Haji Abdur Rahman Awang, seorang Tuan Guru dari Fatani, Thailand.

Guruku di Pondok Lubuk Tapah adalah, Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Abdur Rahman, yang meninggaldunia seminggu selepas pilihanraya umum baru-baru ini.

Dari beliaulah, aku berjaya menguasai ilmu nahu. Ilmu asas fiqh. Ilmu sorof. Dan banyak lagi.

Tuan Guru Haji Abdullah adalah kawan rapat dengan Tuan Guru Haji Abdul Aziz bin Nikmat. Justeru, beliau selalu adakan pertemuan di Pondok, iaitu di sesi ziarah dan lawatan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat.

Tuan Guru Haji Abdullah sangat memuji Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Rapatnya antara Tok Guru nik abdul Aziz dengan Tuan Guru Haji Abdullah sehinggakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat dijemput oleh Tuan Guru Haji Abdullah untuk hadiri majlis kenduri kawin anak perempuan beliau.

Aku masih ingat, ketika itu aku ditugaskan sebagai ”juru kako” untuk menyiapkan hidangan makanan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Aku belum pernah melihat Tuan Guru Nik abdul Aziz secara live, maka inilah peluang aku mahu melihat Tuan Guru nik Abdul Aziz dengan live, disamping ingin melihat seorang tokoh yang sangat-sangat mencontohi Rasulullah SAW itu.

Semasa makan, aku melihat di keliling Tok Guru Nik Abdul Aziz ada beberapa tokoh yang agak terkenal, seperti Abdur Razak Abbas, Dr Muhammad bin Daud dan Fatah harun (kalau tak silap, masa tu ADUN Rantau Panjang). Itu dua tokoh sahaja yang aku kenal ketika itu. adapun yang lain, aku tidak kenal langsung.

Aku melihat. Tok guru nik abdul aziz semasa makan, tidak bercakap panjang. Hanya memfokuskan kepada makan sahaja. Tapi yang sedang rancak berbual adalah Abdur Razak Abbas. Kedengaranlah bait-bait ayat:

”Hambo tok guru... bla.. bla.. bla... hambo tok guru.. bla...bla..bla”

Sejak dari itu, aku mula mengambil tahu tentang dunia politik. Lebih-lebih lagi, budak-budak pondok adalah golongan yang ekstrem membenci UMNO.

Aku di pondok ditanam doktrin UMNO adalah kafir. Aku berpegang dengan doktrin ini sehingga kini. Kami budak-budak pondok, apabila mengetahui sesuatu kedai makan itu adalah kepunyaan orang UMNO, pasti kami akan boikot, walaupun masakannya sedap macam mana pun. Pada kami, orang UMNO adalah orang yang mengkhianati islam. Makan kedai mereka, bermakna redha Islam dikhianati.

Malam-malam ceramah, walaupun jauh mencecah Kuala Krai, kami anak-anak pondok sanggup pergi mendengar ceramah, walaupun naik motosikal tanpa memakai topi, tetapi memakai serban. Apabila pulang dari ceramah, sudah pasti dalam pukul 3 pagi baru sampai di pondok. Tapi apakan daya, itu adalah minat kami ketika itu.

Aku masih ingat, penceramah yang aku minat ketika itu adalah Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Ustaz Bunyamin Yaaqub, Ustaz Nasaruddin Daud, Mat Sabu, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Abdur Razak Abbas dan sebagainya.

Aku masing ingat lagi pantun yang selalu diungkap oleh ustaz Bunyamin Yaaqub;

”Anuar Musa, Brehem Ali;;
Gi ceramah pulau melaka;
Sekor buta, sekor tuli;
Tak nampak orang buat jasa”

Dan aku juga masih ingat, hujjah Ustaz Bunyamin Yaaqub mengapa mesti main politik atas masjid dengan hujjah beliau;

”mengapa masa kita azan, kita sebut ”Asy-hadu alla ilaha illallah” atas masjid. Dan kenapa kita sebut ”Asy-hadu anna muhammad rasulullah” atas masjid juga. Sedangkan, Allah maha suci. Dan nabi muhammad ini adalah manusia yang sama jenis dengan kita kencing dan berak??”

Dan aku masih ingat lagi, Hujjah Tok guru Nik Abdul Aziz yang menyebut undi PAS adalah wajib dengan kata Tok guru;

”kalau kita nak ambil air sembahyang, mesti ada air. Lalu air tak leh ada melainkan dengan gali telaga, maka gali telaga hukumnya adalah wajib. Begitujuga Undi PAS. Sebab, malaysia tak leh laksana islam melainkan kena ada parti, maka ada parti adalah wajib. Banyak-banyak parti, parti PAS sahaja nak kepada Islam, maka undi PAS adalah wajib. Oleh itu, undi UMNO adalah haram”

Dan aku masih ingat lagi, dikebanyakkan majlis-majlis ceramah, pengerusi yang disukai ramai adalah ayahda Pok Su Pi. Kalau orang lain jadi pengerusi, ceramah hari tu tidak semeriah mana.

Semakin hari, kebencian aku terhadap UMNO semakin menjadi-jadi. Lebih-lebih lagi, apabila media selalu sangat ratibkan kejadian memali di TV dan dikepilkan dengan ”amanat Tok guru Haji Abdul hadi” dengan menyatakan;

”kalau kita mati lawan UMNO, maka kita mati syahid”.

Padaku, UMNO memang jahat. Sehingga kini, aku tanam doktrin kepada dua orang anak aku, UMNO adalah parti kafir. Masuk UMNO, seperti masuk kafir.

Sejak belajar di Pondok itulah, aku selalu ”berperang dingin” dengan bapaku tentang PAS dan UMNO. ketika itu, bapaku amat kuat dengan UMNOnya. Beliau selalu menyebut, kalau PAS memerintah, nanti Malaysia tak maju. Beliau pegang dengan kata-kata Mahathir yang selalu ratib ayat sial itu.

Aku selalu bangkang. Dan dibangkang balik oleh bapaku. Tidak semena-mena, bapanya berubah, malah ibuku turut sama berubah. Bertukar parti, dari UMNO kepada PAS.

Kini, semua adik beradikku adalah ahli PAS. Cumanya, aku belum berjaya mengPASkan sebilangan besar bapa saudaraku. Pun begitu, walaupun dulu mereka kuat maki PAS, tetapi kini agak kendur, bahkan mengakui PAS adalah parti betul, cumanya mereka berat untuk tinggalkan UMNO kerana ”fulus”.

Kebencian aku terhadap UMNO semakin menjadi-jadi, apabila aku lihat susahnya para ustaz di Selangor nak berceramah agama di masjid dan surau. Ketika itu, aku amat berminat dengan ceramah agama. Antara ustaz-ustaz yang aku minat adalah, Ustaz Ghazali Hasbullah, Ustaz salahuddin Nasir, Ustaz Dahlan Masjid Airport, ustaz Ismail Mahmod, ustaz Ismail Kamus, ustaz Siddiq Nor dan banyak lagi.

Masjid tempat aku selalu lepak dengar ceramah adalah masjid Bandar Baru Sungai Buloh yang kini, aku sendiri mempunyai jadual kuliah mingguan di situ.

Bertambah membenci aku kepada UMNO, apabila dengan kejadian pemecatan Dato’ ishaq Baharum dari mufti disebabkan kes ratu cantik. Memang dasar UMNO ini parti kafir, sampai Dato’ Mufti ishak baharum laksanakan amar makruf nahi mungkar pun, mereka pecat.

Tambah-tambah lagi, di kampung aku sendiri. Aku dihalang oleh orang UMNO dari menjadi Imam dan Khatib di surau berhampiran dengan rumahku sendiri.

Sejak dahulu sehingga sekarang, aku tetap meletakkan satu keyakinan bahawa solat dibelakang Imam UMNO adalah tak sah. Pernah aku pergi solat jumaat, dalam khutbah, imam itu puji Islam hadhari ciptaan UMNO. Sejak dari itu, aku akan tengok jadual khatib masjid tersebut, apakah imam itu atau tidak. Jika imam itu, aku akan cari masjid lain. Aku tak akan solat di belakang Imam UMNO. padaku, solat belakang Imam UMNO, bermakna solat di belakang najis.

Padaku, UMNO memang jahat.. UMNO jijik dan kotor... sebab itu, UMNO adalah jijik dan kotor....hari ini kedengaran nak gabung dengan UMNO.. padaku, itu memang kerja gila.... orang yang seru gabung dengan UMNO, atau yang tulis kertas kerja nak gabung dengan UMNO. aku tak akan respek orang itu, walaupun dia belajar agama sampai PHD sekalipun....

Sekian

p/s : UMNO adalah jijik dan kotor !!!

Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
16 april 2009 * 2:02 pagi





43 ulasan:

Ambolah berkata...

Tahniah, ikut hujjah mung Pak Sedara kamu dan Ayah mung semua kapir

Tahniah

Al-Bakistani berkata...

bapa aku dah masuk PAS. dia orang Islam sejati.. bapa saudaraku tak masuk PAS. kalau dia meninggal dunia, aku tak akan solat jenazah dia....

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

berhujah jgn atas emosi ust!..

jatuh izzah!..

ust keno blaja byk lagi ni..jgn kuat sgt sebut kafir2 ni..xpasal2 bbaloh!

takut keno atas diri sdiri jah!..

Tanpa Nama berkata...

Astaghfirullah.....

Insan kamil

Tanpa Nama berkata...

Jangan mudah berputus asa; doakan agar Allah memberikan mereka petunjuk ke jalan yang benar.

Pak Oncu berkata...

agak nyer ler,,,, mak dan bapak kamu pun KAFIR lah jugak yer?

Ambolah berkata...

Mung tak suroh Mok & Ayoh mung ngucap balik. Tulis sikit hukum ore Islam jadi Kapir pas tu jadi Islam balik.

Tak de hadd ke...

Al-Bakistani berkata...

kalau orang masih tak percaya pada Islam, mengucap banyak macam mana pun, ingat dia jadi Islam ker???

itulah UMNO yang tak percaya kebenaran islam....

Ambolah berkata...

Islam adalah PAS,
PAS adalah Islam.
- Akidah Al-Bakistani

Hadari bukan PAS,
PAS adalah Islam,
Hadari bukan Islam.
- Akidah Al-Bakistani

DAP bukan Hadari
PAS bukan Hadari
PAS adalah Islam
DAP adalah Islam
- Akidah Al-Bakistani

PAS adalah ISLAM
ISLAM adalah Al-Bakistani

Al-Bakistani berkata...

hahahaha... hahaha...

kaedah mantiq mana yang kau guna ni????

hahah.. ini disebut kalam aqim... kalam mandul..

hahaha...

dah tak boleh jawap ker??

kah kah kah....

memang UMNO tak ada jawapan pun.. sebab, kalau tak leh jawab, dorang akan ISAkan orang jer... kah kah kah.....

macam pemerintahan zamrud.... ops.... Namrud... kah kah kah..

sekian

Al-Bakistani

Ambolah berkata...

Jange banyok ketawa,
nanti terluke....,
nampok jelas...
hati mung tengah terluke...
dan derite...
tak menentu rasenye...
Keluarlah dari kepompong mung..
Wahai hati yang busuk

Al-Bakistani adalah Islam
Islam adalah PAS....
PAS adalah DAP...
DAP adalah Islam.....
Hadari bukan DAP...
Hadari bukan Islam...

Al-Bakistani berkata...

hahahaha. ah ah.. aku pun rasa macam terluka juga... terluka la bila tengok ada lagi orang duduk dalam parti jijik tu....

aku dah keluar dari kempompong kesesatan UMNO..... kau bila lagi???

hahahaha... UMNO jijik dan kotor... isy.. kau tak geli ke duduk dalam parti Sial bernama UMNO tu....

sekian

Al Bakistani

Ambolah berkata...

Keluar kepompong Najis busuk...
Kepompong Najis masuk dale hati... Nok keno jeram dalam api...
Kepompong sembelit....
Ustak gapo mung..

joostspring berkata...

Dan aku masih ingat lagi, Hujjah Tok guru Nik Abdul Aziz yang menyebut undi PAS adalah wajib dengan kata Tok guru;

”kalau kita nak ambil air sembahyang, mesti ada air. Lalu air tak leh ada melainkan dengan gali telaga, maka gali telaga hukumnya adalah wajib. Begitujuga Undi PAS. Sebab, malaysia tak leh laksana islam melainkan kena ada parti, maka ada parti adalah wajib. Banyak-banyak parti, parti PAS sahaja nak kepada Islam, maka undi PAS adalah wajib. Oleh itu, undi UMNO adalah haram"

ARI 2 SEK2 PAS KATA XDAK PUN DLM PERLEMBAGAAN PAS NK TUBUH NEGARA ISLAM..HBS PAS NK PERJUANG ISLAM GANA KL XSE TUBUH NEGARA ISLAM...BELIT SERUPO ULAR KECEK...

DLU SEBELUM PAS MSK PR HR2 DUK CERITA PASAL HUDUD..PAS 2 LANI SENYAP JAH..XDAK DGR BRITE DAH PASAL HUDUD..BILA ORG TNYE BELIT KOT LAIN..

MU NI ASL MANA EH....

KL MU NI ASL ORG LUAR MMG MU FIKIR ORG KELATE NI ALIM2..

INDAH KABAR DR RUPO...ORG MELAYU PLG BYK NGISAP ORG KELATE..PAS MU IGT ORG KELATE XMABUK,XMINUM ARAK..XMAIN TINO..PAT 2 ORG TUO KELATE KAMPUNG2 WAT KECEK SOKONG PAS,TIME NGORIB DUK KEDAI KOPI MAIN HAJI..ISLAM KO GNI..BDK2 KELATE WAT KOCAK,MINUM,NGISAP KL MU CHECK BTUL..MAK PAK SEK2 NI KEBANYAKKAN ORG PAS...

MU NI AKU RASE OTAK MU NI XBTUL DAH...ADA SHOT WAYAR MANA2 NI...PAS KO WE PAHALA DOSA NI...

ADA KE ALLAH AJAR CARA PEMIKIRAN WAT MU DUK GNA LANI...?

BOH..ORG ALIM PUN ADA JGK MSK NERAKA...JGN DEMO TAKBUR SGT DGN KEALIMAN DEMO..

P/S*ADA ORG LBH ALIM DR TGNA TP DIA XMAIN POLITIK..AKU XIGT NAMA TOK GURU 2..XSILAP AKU TOK GURU 2 DUK PASIR MAS..TGNA PUN RESPEK KO DIA.

Tanpa Nama berkata...

mimiang itu umno sial..kalu kamu pigi sabah,banyak klab judi, banyak mentakok,banyak pelacur diampai-ampai di bandar key-key,sdkn,tawau..

durang ni kasi rusak sama aku punya negeri saja..kamu pun kenal pemimpin umno sabah yg kena tangkap kerana behutang bejuta-juta kan...itu baru dia punya pemimpin,belum lagi ahli-ahli nya..durang ni pandai main tantalau jak..

Tanpa Nama berkata...

mimiang itu umno sial..kalu kamu pigi sabah,banyak klab judi, banyak mentakok,banyak pelacur diampai-ampai di bandar key-key,sdkn,tawau..

durang ni kasi rusak sama aku punya negeri saja..kamu pun kenal pemimpin umno sabah yg kena tangkap kerana behutang bejuta-juta kan...itu baru dia punya pemimpin,belum lagi ahli-ahli nya..durang ni pandai main tantalau jak..

PUTERI berkata...

Salam ustaz wunji,

Ada ulasan utk artikel ini di blog sy..silakan berkunjung..

http://puterinafisah.blogspot.com

Hembusan berkata...

Kepada Jootspring :

Kalu mu ghoyak kat kelate MELAYU PLG BYK NGISAP..PAS tu ado hok MABUK,MINUM ARAK,MAIN TINO dll..

Mu nak tau sebab gapo??

Sebab UMNO sial tak benarkan Kerajaan Kelate Laksanakan Hudud kalu buat jugok dia isytihar darurat n rampas Kelate dengan gitu jah...

TG.Nik Aziz boleh laksana Islam setakat mano autoriti hok ado pada Kerajaan Neheri Jah...Nak boleh laksana sepenuhnya kerana memerintah Pusat dulu...

Otak jange letak kat lutut..

Cube mikir walaupun ado masalah2 sosial kat kelate tapi dalam keadaan Kerajaan bawah pimpinan Tg.Nik Aziz cuba meghapuskan punca2 dengan menutup pusat2 disko,judi dan menutup kedai2 arak...

Cuba bandingkan dengan Negeri Bawah UMNO???

Maksiat banyok jugok lps tu Kerajaan seolah2 cuba menyuburkan maksiat dengan bukak pusat2 disko, kilang2 arak, pusat2 judi dll...

Kijo UMNO ni mace meludoh ko langit jatuh atas muko dio semula..buat tu gak ceramah2 pasal Islam tapi mencegah mungkar tak bersungguh alah mano..

ni la beza pas dengan UMNO keparat...

Aku bukan taksub PAS tapi kito ado otak boleh mikir sendiri...

Kenal dulu kebenaran baru kito tahu siapo berada atas kebenaran dan siapo berada atas kebatilan..

hok silapnya bilo koti kenal parti2 politik dulu sebelum kito kenal kebenaran...kalu kenal parti hok ok xpo la jugok tapi kalu kenal parti sial mcm UMNO dulu dari kenal kebenaran cuci dgn klorok pun payah nak hilang...

SuaraMuda berkata...

Salam,

1 - Ustaz ini berjaya di Khawarijkan oleh Ulama-ulama suk didalam PAS.

2 - Umur sudah menjangkau 27 tahun, tetapi berhujah seperti seorang budak sekolah. Hujahnya penuh berapi-api membenci saudara seaqidahnya tetapi kosong, tiada pengisian. Syaitan menguasai diri!.

3 - Mengenepikan Kata-kata ayahnya agar tidak menjadi seperti Nik Aziz, penulis lebih mengutamakan kata-kata rakannya... Lupakah akan bait-bait lagu dendangan Allahyarham Sudirman ini: "Ayah dan Ibu wali-wali keramat, pada mereka kita beri hormat. Pakailah tunjuk ajar dan nasihat, supaya hidup kita akan selamat."

4 - Tidak peliklah saya, majoriti produk keluaran pondok adalah anti-UMNO kerana PAS menaja mereka.

5 - Berkenaan doktrin bid'ah "UMNO adalah kafir"... Ini peringatan dari Nabi junjungan kita: “Sesiapa yang memanggil seseorang dengan perkataan (tuduhan) kafir atau berkata: Engkau musuh Allah sedangkan dia tidak berhak dengan tuduhan tersebut, maka perkataan tersebut akan kembali kepada si penuduh.” – Hadith Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad.

6 - Fatwa undi PAS itu wajib adalah suatu yg mensyirikkan Allah Taala, fatwa yang jangkal, SESAT LAGI MENYESATKAN!.

7 - Jikalah PAS benar-benar memperjuangkan Islam, mengapa PAS lebih rela melihat perpecahan ummat Islam untuk survivor politik PAS sendiri!

8 - Tak mustahil yang dibenci itulah kelak akan dicintai.

Allahualam.

Al-Bakistani berkata...

kalau UMNO perjuangkan Islam. ana pun rasa nak masuk UMMO.. tapi, hakikatnya UMNO bukan perjuangkan islam. yang wujud, merendah-rendah dan menghina Islam ada la...

kalau benar UMNO itu Islam, boleh tolong sebut tak, di manakah Islamnya UMNO itu?? jika PAS itu tidak Islam, di manakah tidak islamnya PAS itu???

kalau PAS konfom tidak Islam, ana bersedia meninggalkan PAS. kalau UMNO dasarnya memang Islam, ana pun bersedia masuk UMNO...

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

Hang ni apa jenih punya ostad da...
Nak tarbiyah orang, tapi hatred dlm jiwa tu, dasyat sangat...
slow la sikit...sampai duk main kafir mengafir ni..
Awat..kira la ni hang dah rasa hebat dah kut, gelombang kemenangan berpihak kat PAS? Sampai dah rasa kafir bukan dipihak hang?
Toksahlah duk cakap tak ketahuan mcm tu.. Org Pas pun, berlambak yg duk tak ketahuan bijik jgak..Dan tak semua org UMNO, tak ketahuan hala...
Hang cermin lah diri hang...Mengaji tinggi-tinggi...rasa ilmu dah penuh didada, kut la nak cakap berlapik, pun tidak...Cakap tu berpada-pada la...Nak dakwah, buat cara nak dakwah..Tok sahla duk hina bangsa seagama..dakwah elok-elok..Jgn la pi buat org tambah meluat pulak...
Aku org PAS, tapi aku cukup meluat dgn org PAS macam hang ni..Aku sanggup lagi bagi penerajang kat hang, pasai hang gamak habaq kat org hang sanggup tak mau solat jenazah kat pak sedara hang.. apa la hang ni...

Marah Nie berkata...

salam pak ustad..
pak ustad ni mmg truk la...
malukan org PAS jer..
x yahla pak ustad nk emosional sgt wlopon setruk mna pon UMniNO tu...
smpai pak sedara meninggal pon x nak sembahyang jenazah, ni dh kira teruk dr UMniNO dh ni!!!
Jgn la smpai cmtu skali pak USTAD!!! saya ni org PAS gak...Keluarga saya suma PAS!!! tp time pakcik saya (org PAS) mninggal, ramai gak org UMNO dtg solat jenazah dia...so pak ustad, kita anggap sja pemimpin UMNO yg jahat, penyokong UMNO cuma x diberi sinar shj...

Al-Bakistani berkata...

ramainya orang UMNO takut kalau jenazah dorang tidak disembahyangkan....

cadangan kalau orang UMNO takut jenazah mereka tidak disolatkan oleh orang PAS, senang sahaja, orang UMNO tu kena masuk PAS.

kalau masuk PAS, ana pun rasa nak solat jenazah...

solat jenazah kan fardu kifayah.. kalau sebilangan dah lakukan, itu sudah memadai...

kalau orang UMNO mati, suruhlah orang UMNO solat jenazah.. kalau dah ada orang UMNO solat jenazah dah, buat apa lagi orang PAS nak solatkan jenazah lagi.. sebab, kewajipan dah selesaikan...

yang gabra sangat tu apasal???

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

Ustaz apa la hang ni.. Tak rheti-rheti.. Duk totok pusing sana pusing sini macam tu lah hang.. Buat malu orang PAS saja ada orang macam hang ni..

Aku duk serheyau saja.., silap haribulan orang jumpa hang, tak pasai-pasai saja kena sekeh, penyiku...

Al-Bakistani berkata...

aku yang tak reti-reti ke, kau yang dah habis modal tak tahu nak jawab...

buat malu orang PAS ke, atau orang UMNO yang malu. maklumlah, baru sedar bahawa selama ni, UMNO ini karut bin sesat...

sudah la wahai orang UMNO.. bertaubatlah.... korang kena sedar, korang dengan ayah pin tu sama sahaja....

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

Hang ni setakat bergelar ustaz saja la..Ustaz kanyiaq yang chempera mendapat ilmu. Diri rasa hebat gah. Ilmu yang diterima, kut la nak membentuk diri hang menjadi seorang yang lebih humble. Instead, hang merak semeraknya. Kiranya, hang duk rasa nak bertengkar, belasah, hentam pada siapa siapa yang mempersoalkan cara hang. Bila org bagi nasihat saja, hang terus label org tu Umno. Dalam minda hang, tak habis habis memusuhi Umno. Seolah hang ni macam ada sejarah kes dera otak dari kecik-kecik. Relaxla..ustad...

Advice aku, hang duk saja saja, hang pi la masuk bilik air, cari berus sabut, pi tonyoh daki daki dinding bilik air & jamban tu.. Kut lepaih baca buku agama apa ka.., buat la rheja ni sekali sekala.. Hang menikah dak lagi? Ka duk solo wang wing? Dalam sink dapor tu.., pi la basuh pinggan mangkuk..sapu sampah dsb.

Hang ni setakat sembang duk bercampur orang agama hebat hebat.., tapi minda ilmu cukup terencat...


Salam.

Al-Bakistani berkata...

yang pelik tu, orang yang minda tak terencat boleh sokong parti UMNO yang kuat rasuah, perabis duit rakyat, rosakan sistem kehakiman, melingkupkan bangsa melayu, menjijikkan bangsa selain melayu dll...

memang mereka tidak terencat, tapi sebenarnya mereka gila... itulah UMNO yang jijik lagi kotor...

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

Confirmed hang USTAD KANYIAQ...

Al-Bakistani berkata...

apa tu kanyiaq??? sejenis nasi lemak baru ker??? nak try gak, apa rasanya.. kat mana ada jual??? boleh bagitau tak???

sekian

Al-bakistani

Tanpa Nama berkata...

Hang p tanya Ustad Azizan..

Al-Bakistani berkata...

teruknya orang UMNO.. itu pun kena rujuk pimpinan PAS ker???

patut pun sampai sekarang tak faham2... benda yang kecil pun tak tahu...

tu la hang.. duduk dalam UMNO.. kalau hang duduk dalam PAS, mesti hang jadi cerdik punya...

kan UMNO itu jijik dan kotor !!!

UMNO berjaya menjijik dan mengkotorkan aqidah dan pemikiran sebilangan orang melayu di malaysia. tapi sedih, ada sebilangan orang melayu rela pemikiran dan aqidahnya di kotorkan...

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

Adoii.....awatla..minda hang ni sengal sangat... Macammana la hang bole bergelar UstaD??? Siap boleh bagi kuliah pulak tu... Ka hang duk pi bagi ceramah kat Taski mesjid?? Pakat lingkupla...budak budak..

Aku ulang skali lagi..
"Kiranya, hang duk rasa nak bertengkar, belasah, hentam pada siapa siapa yang mempersoalkan cara hang. Bila org bagi nasihat saja, hang terus label org tu Umno. Dalam minda hang, tak habis habis memusuhi Umno. Seolah hang ni macam ada sejarah kes dera otak dari kecik-kecik. Relaxla..ustad..."

"Advice aku, hang duk saja saja, hang pi la masuk bilik air, cari berus sabut, pi tonyoh daki daki dinding bilik air & jamban tu.. Kut lepaih baca buku agama apa ka.., buat la rheja ni sekali sekala.. Hang menikah dak lagi? Ka duk solo wang wing? Dalam sink dapor tu.., pi la basuh pinggan mangkuk..sapu sampah dsb."

Hang cuba start buat amalan ni dulu, okay??

Ka..hang ni payah tak paham bahasa?? Tak kan ilmu hang tak 'cover' kut..?

Kanyiaq...kanyiaq...

Al-Bakistani berkata...

hang ni mesti kerja basuh pinggan kan??? kat kedai mana tu?? kedai mamak zambry ker... haahaa..

aku yang tak faham bahasa, atau hang tak tak reti-reti???

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

Ha..ha..ha...

Lawak jugak hang ni..ya Al-Bakistani..

Anyway, nanti kita sambung lagi..
Syok juga aku berbicara dgn hang..walaupun penat & letih nak bagi hang paham...

Tak pa...next time aku log-in lagi..al-pakupakis...

Al-Pacino

Rizwan berkata...

Assalamualaikum Ustaz.

Tulisan yang bagus, tetapi malangnya mencerminkan Ustaz adalah umat Dato' Nik Aziz. Tetapi bukanlah umat Rasullullah SAW.

Saya simpati dengan ustaz. Ilmu setinggi langit, tetapi akal serendah bumi.

Rizwan

Tanpa Nama berkata...

joostspringbooks

to hembusan pala otok pas...


ini r masalah org pas wat plg besar sekali...xse ngaku kesalahan diri sndri..org tnya putar kot lain...nk salahkan org lain..kl wat pas buat semua btul..wat kerajaan buat semua salah...kl sikap gni ada sapa ble2 pas duk setakat 2 jah...

kawe nk tnye demo..apa peranan pas dlm pakatan rakyat sekarang..bleh ko pas nk perjuangkan gp wat pas laung2kan dlm pakatan rakyat...org pas yg ada pengaruh dlm pakatan husam musa dgn mahfuz jah wat kawe npk..TGNA 2 kte ltk dlm kategori lain..mana ulamak2 lain wat ada pengaruh dlm pakatan..wat bleh nk buat dasar2 islam...kl setakat husam dgn mahfuz xsoh dok kecek byk r...paka hbs setakat 2 jah...dua2 ank buah nuar berehim babi..kl demo pun terpengaruh dgn nuar berehim kawe xse kecek byk r..hbs sni r..org palo otak sumbat air jah wat caya dgn nuar berahim....

impapil berkata...

jgn terlalu taksub!!!

Tanpa Nama berkata...

Salam sedara, saya rasa sedara ni tak layak di panggil Ustaz, perlu la diingat yg memlawati blog sedara ni bukan semua nya ahli PAS atau ahli UMNO, bagi kami anak2 muda yg masih tercari-cari wadah untuk memperjuangkan Islam di nagara ni amat lah terkejut dgn cara pendekatan sedara terhadap kita sesama islam ,ini boleh menyebabkan kami bukan semakin ingin hampir dgn PAS tetapi semakin jauh, kerana apa yg sedara tulis tidak mencerminkan akhlak sedara sebagai org yg ingin memartabatkan agama lebih kepada org yg suker menanam sifat kebencian terhadap sesama islam.
Bole juga di katakan sedara ni sesat dan menyesatkan..

tokmod berkata...

AL-BAKISTANI.....
soalan kubur kamu agaknya saperti bergini.....
SIAPA TUKGURU KAMU!!!!
APA PARTI KAMU!!!!
SIAPA DALAM PARTI KAMU!!!!
SUDAH SUNATKAH KAMU!!!!
waaaakakakakkahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Makluman semua Almarhum Tg Hj.Lah Lubuk Tapah banyak menegur TG Nik Aziz dalam kenyataan,dlm fatwa yg berlawanan dgn Ahli Sunnah Wal Jama'ah... dan paling penting, doktrin UMNO kafir tidak diajar oleh Almarhum TG Hj.Lah juga insha ALlah TG kepada pondok-pondok tradisional di Kelantan Darul Naim.. sekian.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum

salam ukhuwah....


saya nak tanya adakah nabi menunjukkan sifat mazmumah untuk brdakwah... mencela adalah sifat mazmumah.. itu ajaran yg dibawa nabi kpd kita...berkata dgn hikmah..tunjukkan adab yg mulia... xdak manusia yg sempurna..
manusia yg zahirnya mengucap dua kalimah adalah islam..batinnya hanya allah yg tahu...siapa kita untuk menjatuhkan hukum.. jika org islam yg membuat dosa adalah org fasik...bkn kafir.. selagi tiada tanda2 jatuhnya syahadah..... dlm al-quran ada menyebut tntang pesanan allah kpd nabi musa...jika kamu menghadap firaun cakaplah dgn penuh hikmah... ini saranan islam.. kita berjuang atas nama islam bkn atas nma parti...ingat tu... fikrah kita sama tapi tarbiahtun nafsi berbeza... saya xkata mana2 individu... nak kata pihak mana yg salah...cth rokok dah isytihar HARAM tapi knp ada yg ambilnya...nak salahkan kerajaan..xboleh jugak iman atas diri masing2...sebab itulah allah ciptakan manusia berbeza pada TAKwa.. kita jgn menunding jari.. tapi muhasabahlah diri kita sejauh mana takwa kita kpd Allah s.w.t...berdoalah semoga islam dijulang dgn al-quran dan as-sunnah..

akhir kalam saya minta maaf kpd semua jika ada trsalah kata..


insan hina,

assalamualaikum.

Sendiri berkata...

memang umno parti sial...haram bedosa undi parti nie..namum orang umno yg jahil perlu kepada tangan kita untuk menbantu mereka..jadi kesesatan mereka ada salah kita juga...kerana gagal memipin mereka kepada kebenaran.....saya memang membenci amat pada umno sehingga mahu sahaja bendera parti itu dikencing dan diberak....namun ia tidak boleh merubah manusia jadi baik...ambilah jalan dakwah dan persaudaraan bagi kekuatan islam...

Tanpa Nama berkata...

Parti Ajaran Sesat. Astagfirullah...