Sabtu, 11 April 2009

TAHNIAH KERANA KALAH, TAKZIAH KERANA MENANG

TAHNIAH KERANA KALAH, TAKZIAH KERANA MENANG

”Muqabalah mula nak kena belah??”. inilah maudu’ bicara Penarik beca dari blog beliau dalam melaporkan beberapa pimpinan PAS yang terkenal jatuh di kawasan-kawasan masing-masing. Ustaz Taib Izzamuddin di PAS Kawasan Baling dan Roslan SMS di kawasan Kelana Jaya.

Setelah diputuskan kekalahan dalam jawatan YDP di PAS kawasan Kelana Jaya, dikhabarkan saudara Roslan menangis. Apakah benar berita ini atau tidak, tidak diketahui. Pun begitu, jika benar Saudara Roslan menangis. Persoalanku, Mengapa menangis???

Orang menangis ada beberapa sebab. Disebabkan gembira, juga disebabkan bersedih.

Justeru, Roslan menangis kerana gembira jatuh atau kerana sedih jatuh???

Kalau beliau menangis kerana sedih, amat malanglah beliau menjadi seorang pejuang islam. Tetapi jika beliau menangis kerana gembira, maka beliau adalah pejuang Islam yang sebenar. Aku amat respek orang sebegini. Tabek spring aku berikan.

Jika merujuk kepada Islam, tidak dilantik memegang jawatan berbentuk amanah merupakan nikmat dari Allah.

Sabda Nabi SAW:

مَنْ وَلِيَ الْقَضَاءَ فَقَدْ ذُبِحَ بِغَيْرِ سِكِّينٍ
Maksudnya;
”barangsiapa yang mengurus sesuatu urusan (selepas dilantik), dia telah disembelih tanpa pisau
[1]

Walaupun hadis ini tidak sahih, tetapi maksudnya tidak menyalahi kehendak syariah. Ini kerana, sesuatu jawatan merupakan amanah. Sesuatu amanah, hendaklah ditunaikan dengan adil. Amanah yang mahu ditunaikan secara adil, memerlukan kepada mujahadah yang terlalu kuat. Justeru, jawatan bukanlah sesuatu yang ringan, bahkan ia adalah sesuatu tanggungjawab yang amat berat untuk ditanggung.

Ekoran dari itulah, tidak hairan Nabi SAW pernah melarang meminta jawatan.

Sabda Nabi SAW;

مَنْ طَلَبَ قَضَاء الْمُسْلِمِينَ حَتَّى يَنَالهُ ثُمَّ غَلَبَ عَدْله جَوْره فَلَهُ الْجَنَّة ، وَمَنْ غَلَبَ جَوْره عَدْله فَلَهُ النَّار

Maksudnya;
”Barangsiapa yang meminta jawatan dikalangan orang islam hingga dia mendapatnya. Lalu, keadilannya mengatasi kezalimannya, maka baginya syurga. Dan jika kezalimannya mengatasi keadilannya, maka baginya neraka
[2]

Pun begitu, jika sememangnya seseorang itu layak, bahkan penerimaan jawatan yang diberi itu mempunyai maslahat yang lebih besar dalam melakukan sesuatu keadilan dan amanah, maka itu merupakan satu kelebihan di sisi Allah.

Sabda Nabi SAW;

إِنَّ الْمُقْسِطِينَ عِنْدَ اللَّهِ عَلَى مَنَابِرَ مِنْ نُورٍ عَنْ يَمِينِ الرَّحْمَنِ عَزَّ وَجَلَّ وَكِلْتَا يَدَيْهِ يَمِينٌ الَّذِينَ يَعْدِلُونَ فِي حُكْمِهِمْ وَأَهْلِيهِمْ وَمَا وَلُوا

Maksudnya;
”Sesungguhnya orang yang berjaya melakukan keadilan, disisi Allah mereka berada di atas mimbar daripada cahaya daripada tangan kanan Allah. Kedua-dua tangan Allah adalah kanan, diserahkan kepada mereka yang melakukan keadilan dalam hukum mereka dan ahlinya dan terhadap apa yang mereka uruskan
[3]

Oleh yang demikian, difahami dari ini, kebahagian atau tidak, bukan terletak kepada pegang jawatan, tetapi terletak ke atas kemampuan kita dalam melaksanakan amanah dikala memegang jawatan.

Persoalannya, apakah kita mampu melaksanakan amanah????

Justeru itulah, diucapkan tahniah kepada mereka yang kalah, dan takziah kepada mereka yang menang dalam percalonan jawatan parti.

Sekian

p/s : padaku : ”Idea gabung dengan UMNO adalah idea yang menjumudkan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Idea PAS meneruskan berpakat bersama Pakatan Rakyat, adalah idea yang berjaya memperlihatkan islam agama yang universal”

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
12 april 2009 * 11:06 pagi



[1] Sunan Abi Daud : 3100
[2] Sunan Abi Daud : 3104.
[3] Sahih Muslim : 3406.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang beliau tewas...tapi betul ke andaian ustaz kekalahanya berpunca dari isu muqabalah.

Al-Bakistani berkata...

itu semua andaian sahaja. mungkin benar, mungkin tidak...

sekian

Al-Bakistani

akhi karim berkata...

salam sahabat.anta bertanya mampukah kita melaksanakan amanah?ana nak tanya anta bagaimana pula dengan orang yang meninggalkan amanah?

Tanpa Nama berkata...

Dah naik peringkat lebih daripada malaikat ke tahu sampai hati manusia.Malaikat pun tak tahu.

Al-Bakistani berkata...

salam..

kpd saudara akhi karim;

sebelum bertanya tentang orang yang meninggalkan amanah, lebih baik bertanya tentang orang yang membataskan orang dalam melaksanakan amanah???

kpd saudara tanpa nama;

di harapkan orang yang menangis itu gembira kerana kalah, bukan sedih kerana kalah. menangis kerana terlepas dari memikul amanah... bukannya menangis sedih kerana amanah tidak berjaya diperjudikan....


sekian

Al-Bakistani

IbnuQalil berkata...

Salam a'laik,

Mcm mane pulak kalau menangis sbb tau lepas ini kepimpinan ulama yang didokongi akan terhakis sedikit demi sedkit? Wallahua'lam.

Al-Bakistani berkata...

pada ana, lebih baik kepimpinan bertaqwa berbanding kepimpinan ulama... apa gunanya ulama, kalau tidak taqwa???

a) ulama bertaqwa dan berfikiran haraki

b) ulama tidak bertaqwa dan berfikiran haraki

c) ulama tidak bertaqwa dan berfikiran haraki.

ana pilih ulama bertaqwa dan befikiran haraki.

tapi..

a) profesional bertaqwa dan befikiran haraki

b) profesiaonal tidak bertaqwa dan befikiran haraki

c) profesional tidak bertaqwa dan tidak berfikiran haraki

ana pilih, profesional bertaqwa dan berfikiran haraki..

bagaimana pula;

a) ulama bertaqwa dan befikiran haraki

b) profesional bertaqwa dan befikiran haraki

ana pilih : ulama bertaqwa dan befikiran haraki.

bagaimana pula;

a) ulama bertaqwa tapi tidak berfikiran haraki

b) profesional bertaqwa tapi befikiran haraki.

ana pilih : profesiobak bertaqwa dan berfikiran haraki...

sekian

p/s : jika menangis kerana mengenangkan kejatuhan kepimpinan bertaqwa, maka ana berikan tabik spring kepada orang yang menangis itu.

yang ana bimbang, menangis kerana tak dapat nak teruskan agenda "gabung dengan UMNO"...

Al-bakistani

Tanpa Nama berkata...

sembang jer pandai si wanji ni. perangai buruk nak mampos!

Tanpa Nama berkata...

saya bila dgr org sebut erdogan, JIM.. bila tanya sumber, mereka kata us wan ji.byk betul mklmt anta dapat.sana Jim, sini JIM. yg bkn JIM pun kena tuduh JIM. Hebat anta ni.

Al-Bakistani berkata...

emmmm... sapa la yang dok kata ana tu????

IbnuQalil berkata...

Siapalah kita dapat baca hati orang? Atau mungkin ustaz wan ji dah kasyaf?

Alhamdulillah, ustaz wan ji di landasan yang benar. Menyokong kepimpinan ulama bertaqwa dan haraki.