PAS PERMATANG PAUH MAHU TANDING DI DUN PENANTI??
Mstar melaporkan;
“PETALING JAYA: PAS Permatang Pauh tetap dengan pendirian mahu meletakkan calonnya bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti walaupun hasrat tersebut terus ditolak oleh kepimpinan pusat parti itu”
Juga;
“Selain pendirian PAS Permatang Pauh, sebelum ini Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd. Hafiz Mohd Nordin berkata, Pemuda PAS mahu PKR memberikan kerusi itu kepada PAS bertanding memandangkan prestasi Fairus sebelum ini tidak memuaskan[1]”
Dalam Utusan meloya pula melaporkan;
“Dekan Pasca Siswazah dan Penyelidikan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohamad Mustapha Ishak berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas sengaja mewujudkan konflik kononnya berlaku pergeseran, seolah-olah memberi peluang kepada BN untuk meraih kemenangan[2]”
KOMEN;
Antara dua berita ini. seakan-akan, berlaku sesuatu yang tidak kena.
Jika dilihat pada analisa Prof. Dr. Muhammad Mustafa ishak, beliau berpendapat berita desakan PAS mahu bertanding dalam PRK di Penanti ini sebagai ”gimik”.
Tidak diketahui sejauh manakah kebenaran analisa Prof. Dr Mohammad itu. Pun begitu, jika diandaikan benarnya berita, kononnya PAS Permatang Pauh mendesak mahu bertanding di kerusi Penanti, sedangkan itu merupakan kerusi PKR. Makanya tindakan itu merupakan tindakan yang tidak cerdik, malah bercanggah dengan konsep Sunnah nabi SAW.
Jika dirujuk kepada cara kaedah Nabi SAW dalam berperang. Nabi SAW menggunakan dua pilihan sebelum melancarkan sesuatu serangan. Sama ada mahu mengambil jalan ”diplomasi”, atau jalan ”serang”.
Sekiranya diambil jalan ”serang”, maka diplomasi tidak akan digunakan melainkan dalam keadaan tertentu sahaja.
Pun begitu, apabila Nabi SAW sudah memutuskan menggunakan jalan ”diplomasi”. Dalam keadaan apa pun, Nabi SAW akan mematuhi segala syarat-syarat diplomasi, tanpa mengkhianati perjanjian diplomasi yang dimentrai bersama.
Ekoran dari itulah, kita akan dapati, dalam apa jenis diplomasi yang dilakukan oleh Nabi SAW, tidak pernah pengkhianatan itu bermula dari pihak Islam, bahkan semuanya bermula dari pihak musuh.
Jelasnya, kaedah Nabi SAW dalam berperang. Nabi SAW memastikan terlebih dahulu, antara Kawan dan lawan. Apabila diplomasi di lakukan, maka ianya adalah kawan. Apabila diplomasi tidak mahu digunakan, maka konsep lawan yang digunakan oleh Nabi SAW.
Apabila Nabi SAW sudah menggunakan ”diplomasi”, Nabi SAW tidak akan mengkhianati segala terma syarat dalam sesuatu perjanjian yang telah dibuat; yang melahirkan diplomasi. Pun begitu, jika Nabi SAW mendapat tahu bahawa pihak musuh mahu melakukan sebarang pengkhianatan terhadap perjanjian ”diplomasi”, Nabi SAW tidak terus menyerang, tetapi akan bertindak menghantar wakil berjumpa dengan pihak yang berdiplomasi agar diberikan nasihat supaya tidak mengkhianati perjanjian tersebut.
Keadaan ini berlaku dalam peperangan Ahzab. Dalam peperangan tersebut, didapati nabi SAW telah mengadakan diplomasi dengan Yahudi Bani Quraizah untuk sama-sama menyerang tentera Ahzab.
Ketika hampir kepada berlakunya peperangan, didapati Huyay bin Al-Akhtab yang merupakan Ketua Yahudi Bani Nadhir telah datang berjumpa dengan Kaab bin Al-Asyraf yang merupakan ketua kabilah Yahudi Bani Quraizah.
Pertemuan itu berlaku, dengan tujuan memujuk Kaab agar membatalkan perjanjian diplomasi dengan Nabi SAW, dan seterusnya yahudi Bani Nadhir dan Yahudi Bani Quraizah berganding bahu menyerang kerajaan islam Madinah pimpinan Nabi SAW.
Kaab bin Al-Asyraf termakan dengan pujukan Huyay. Berita itu, sampai kepada pengetahuan Nabi SAW.
Mengetahui keadaan yang berlaku, Nabi SAW telah menghantar dua orang sahabat yang bernama Sa’ad bin Mu’az dan Sa’az bin Ubbadah agar menyiasat kesahihan berita tersebut.
Sekiranya didapati benar Kaab sudah mahu memutuskan perjanjian diplomasi dengan tentera Islam, Baginda SAW menyuruh kepada dua orang sahabat tersebut, agar memujuk Kaab bin Al-’Asyraf tidak memutuskan perjanjian diplomasi yang telah dilakukan.
Jelas dari kisah ini, kita dapat lihat bahawa, sebarang tindakan yang menampakkan kecacatan dalam perjanjian, akan diusakan sendiri oleh Nabi SAW agar tidak dirosakan. Kerosakan perjanjian itu, sama ada dari pihak Nabi SAW sendiri, malahan Nabi akan berusaha menyelamatkan perjanjian, sekiranya pihak yang berdiplomasi mahu mengkhianati perjanjian.
Keadaan ini tidak sama seperti yang berlaku pada PAS Permatang pauh menerusi berita hari ini; yang menyatakan bahawa mereka tetap mendesak agar mahu bertanding di kerusi DUN Penanti, sedangkan mengikut perjanjiannya, kerusi tersebut adalah kepunyaan PKR.
Apa yang ingin dinyatakan, tindakan ini menyalahi dengan konsep sunnah Nabi SAW dalam berdiplomasi; yang selayaknya kita pelajari.
Sekian
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com
ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
2 mei 2009 * 6:36 pagi

[1] http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/5/1/mstar_berita/20090501170921&sec=mstar_berita
[2]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0502&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_06.htm
13 ulasan:
Pandangan abang long,
Nampaknya us, disiplin dalam parti Islam kita ni semakin longgar. Ini kali kedua sahabat-sahabat Permatang Pauh buat hal.Tempuh hari, boikot dan kali ni untuk DUN Penanti munkin teruk dari dulu. Ini samada tak takut tindakan disiplin Parti atau cukup yakin Parti tak akan ambil tindakan.
Janganlah sebab nafsu Permatang, rosak kerjasama diantara Pakatan Rakyat. Peluang untuk mendidik masyarakat Islam dan bukan Islam terbentang luas dihadapan kita.
Jangan yang dikejar tak dapat dan yang dikendung berkeciciran !
alahai..kecewa betul lah dgn pas permatang pauh ni.. ust one g pergilah hujah dgn pemuda dia..
Sebab tu pendekatan kita dalam pakatan rakyat adalah tahalluf siasi, bukan wala.
Kenapa nak sekat suara demokrasi dikalangan pakatan rakyat. Lagipun alasan pas permatang pauh tu ada kebenarannya.
Dalam Pas sanggup tukar presiden dengan alasan intelek, tapi bila sahabat jemaah cuba dapat suara dalam pakatan rakyat, kamu kritik.
Resolusi untuk mantapkan pakatan rakyat tak terlerai hanya sebab Pas nak tawar diri bertanding.
Lim Guang Eng pun cakap "We agree to disagree".
Ini tulisan ustaz,
Keadaan ini tidak sama seperti yang berlaku pada PAS Permatang pauh menerusi berita hari ini; yang menyatakan bahawa mereka tetap mendesak agar mahu bertanding di kerusi DUN Penanti, sedangkan mengikut perjanjiannya, kerusi tersebut adalah kepunyaan PKR.
Salahkah kita mendesak?
Hanya sebab ustaz wanji berkata pembahagian kerusi sudah dalam perjanjian?
PERJANJIAN MANA NI? JANGAN DAKwa SEMBARANGANLAH USTAZ!!!!
Ustaz, ustaz. Bagilah releven sikit dengan intelektual.
Macam ni pemikiran orang yang berkata mereka professional?
Abang long setuju us ambil sedikit risiko untuk memahamkan ketua pemuda Pulau Pinang.
Us pun tak bertanding mana-mana jawatan. Maklumlah pimpinan besar PAS semua nak jaga undi Pulau Pinang. Jangan sampai jatuh teruk imej PAS dikalangan masyarakat setempat dan dikalangan petugas PR.Jangan sampai tak boleh repair lagi.
Nanti bertepuk tanganlah.......
PAS seharusnya menjadi pimpinan dalam PR.
PAS harus memimpin PR.
PAS harus dominan Dalam PR.
PAS harus menjadi Check and balance.
PAS harus berani bersuara!
PAS harus Berani bertindak...
ana tak tahu pula, PAS dalam Pakatan rakyat itu adalah satu perjanjian.... ???
mungkin selama hari ini, kita bukan dalam pakatan rakyat kot... kerajaan campuran di Selangor tu, tidak ada kaitan dengan PAS kot???
sekian
Al-Bakistani
PAS perlu jadi Majoriti dalam PR, baru boleh dominan PR...
dalam kerajaan PR adalah PKR dan DAP.. non muslim agak sama banyak dengan muslim.. sebab itu, pendekatan PAS perlu berubah, untuk menjadi Dominan dalam PR...
berani bersuara adalah penting, tapi jangan sampai orang pakat meluat dengan PAS sampai tak leh dominan dalam PR sudah lahhh.... ruginya lebih besar berbanding untungnya...
sekian
Al-Bakistani
Abang Long 1,
" PAS harus memimpin,dominan dll " mestilah mengambil kira wakie'. Suasana Kelantan berbeza dgn Pulau Pinang atau Selangor. Konsep tajarrud perlu ada dalam perancangan untuk menjadi pemimpin atau diterima sebagai pemimpin.
Untuk semua, termasuk rakyat menerima kita, maka perlu ada perancangan strategik untuk memberi kefahaman. Ini proses tajarrud. Ini proses dakwah nabi. Ini yang takda skrg ni menyebabkan kita tak nampak peluang yang terbentang sementara kita dalam PR.
Ahli dan petugas tak dididik, dibentuk, dibudayakan dan diperkayakan dengan ilmu dakwah.Tarbiyah tak jalan dik. Banyak yang kena repair termasuk pendekatan dakwah yang tertumpu disurau-surau dan oleh ustaz- ustaz sahaja.
Kita boleh dominan melalui proses tajarrud. Ash Shahid Hassan Ai Banna telah menggariskan peringkat-peringkat amal untuk semua. Pendekatan melayu lama ini mesti kita tukar
Mu masuk pkr jela wan ji. mu memang wala' ke anwar pun. ngaku jer hormati TGNA.
Meluat aku dgn orang yg reti sembang jer bab agama tapi perangai bangang nak mampos!
Wan Ji bukan ada teloq nak berhujah dengan Pemuda Pulau Pinang. Tembak kot jauh dlm blog je boleh. Berlagak macam tau semua, kaji la dulu elok.
Sunnah sangat le dok gebang hal dalaman jemaah kat luaq. Sembang macam baguih, malu la kat Allah & Rasul kalau pun hang dah takdak kemaluan kat manusia.
dasar pikiran orang PAS melalut... bila bios pada PKR, hangpa suruh dia masuk PKR....
hadi cadang unity goverment, hangpa tak suruh dia masuk UMNO?...
Yang benar;
Anak Murid Azizan Razak
Mu masukla pkr la anak murid azizan. ngaku jer anak murid azizan tapi wala' kat anwar. masukla sekapal dengan anwar tu.
Wan Ji tu pengecut. sembang jer lebih. perangai bangang nak mampos.
Catat Ulasan