Rabu, 3 Jun 2009

KALAU PAS GABUNG DENGAN UMNO (UMPAS)???


KALAU PAS GABUNG DENGAN UMNO (UMPAS)???

Aku amat membenci sebarang usaha untuk menggabungkan PAS dengan UMNO. Tidak kira, orang yang mengusahakan itu berstatus ulama, mahupun professional.

Pada hari ini, aku cuba berfikir untuk menerima PAS bergabung dengan UMNO yang diusahakan oleh sebilangan pihak.

Mungkin kita tidak terfikir, apa akan jadi jika PAS bergabung dengan UMNO. Setelah aku fikirkan, antara perkara yang akan berlaku adalah seperti berikut;

a) Atas nama setiakawan, pimpinan PAS diperingkat pusat mengeluarkan surat pekeliling agar semua ahli PAS tolong kempen untuk menangkan calon UMNO dalam PRU ke 13.

b) Sudah pasti, tidak akan kedengaran lagi istilah pondok panas PAS. Malah, semua ahli PAS diarahkan oleh pimpinan BN agar tidak naikkan bendera parti, tetapi naikkan bendera BN.

c) Tuan Guru Haji Abdul Hadi dilantik menjadi Timbalan Presiden BN.

d) Semua ahli PAS di arah memberi wala’ kepada Najib Tun Razak yang mempunyai kaitan dengan skandal pembunuhan Altantuya. Diarahkan sedemikian kerana Najib adalah Perdana Menteri Malaysia.

e) Dalam muktamar agong PAS, dilihat Najib Tun Razak dijemput hadir; dan beliau dijemput sebagai perasmi muktamar PAS sepertimana Najib merasmikan perhimpunan agong parti-parti komponen BN yang lain.

f) Dll.

Jika difikirkan balik, rasa macam jijik jer. Pun begitu, semua perkara ini tidak mustahil boleh berlaku. Itupun tertakluk kepada undian-undian perwakilan dalam muktamar PAS dalam dua tiga hari ini.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
4 mei 2009 * 1:20 pagi.

7 ulasan:

citra_trindah berkata...

kalau bergabung dengan umno. jadi NOpas (tak pass) la ustaz. semua melingkup.

muhafaza73 berkata...

akhirnya trserlah tahap pmikiran anta hai bakistani..

Al-Bakistani berkata...

memang... inilah pemikiran ana terhadap usaha gabung dengan UMNO... ana harap, sejarah PAS tinggal 2 kerusi tidak akan berulang kembali...

sekian

Al-Bakistani

muhafaza73 berkata...

rasanya anta yg duk trhegeh2 nk gbung dgn umno tu yg smpai mngigau dlm tulisan...ana akn cdng anta sbg mursyidul am dlm krajaan impian anta.."UMPAS" ye sdap la pndai anta kempen...yela anta mana leh angkat kusi nnt reput tulang...

Al-Bakistani berkata...

kelakar kan.. ustaz Nasha yang buat perjumpaan dengan UMNO secara sulit2. tahu2 ana nak PAS gabung dengan UMNO...

kan pelik...???

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

mmg bukan nta nak gabung ngan UMNO.tp dgn tulisan nta tu yg kurg cerdik menampakkan nta yg iya2 nk BN ngn PAS brgabung..ust nasharuddin mat isa x mcm tuh..menulis ikut ilmu bukan ikut wahyu yg xdiiktiraf n nafsu....robbuna yahdik

Al-Bakistani berkata...

orang yang tak faham sastera sahaja akan kata tulisan ini nak gabung dengan UMNO...

nampak gaya macam anta ni belajar tanah arab. cuba kaji dari sudut sastera, kenapa Allah sebut;

"berikan khabar gembira kepada orang munafiq dengan azab yang pedih" (Surah Al-Imran : 21)

kalau azab, kena khabar ketakutan. tapi ayat ini, khabar gembira...

sekian

Al-bakistani