Khamis, 25 Jun 2009

UMNO TIDAK SESAT???


Orang Munafiq akan berusaha sedaya mampu mungkin untuk tidak menampakkan mereka sebenarnya sesat dan kufur kepada Allah


UMNO TIDAK SESAT???

Utusan meroyan melaporkan;

"KOTA BHARU 25 Jun - Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan hari ini membuat laporan polis terhadap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kenyataannya yang menyamakan UMNO seperti ajaran sesat Ayah Pin, pengganas komunis dan Chin Peng
[1]"

KOMEN:

Nak tergelak bila dengar berita puak-puak UMNO kelantan buat laporan polis tentang kenyataan tok guru yang menyamakan UMNO seperti ajaran ayah pin.

Kenyataan tok guru menyebut UMNO ini sesat, bukan perkara baru, malah sudah sekian lama. Bagi mereka yang sering mengikuti kuliah dan ceramah tok guru, pasti akan mengetahui keadaan ini.

Walaupun tok guru Nik Abdul Aziz tidak bagitahu pun, sebagai manusia yang mempunyai pemikiran yang sihat, pasti kita akan tahu bahawa UMNO ini sesat, setara dengan Ayah Pin, dan ganas setara Chin peng.

Alasannya amat senang, iaitu sabda nabi SAW;

تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

Maksudnya;
"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kami tidak akan sesat selama berpegang dengan kedua-duanya; kitabullah dan Sunnah Nabi-Nya
[2]"

Apakah UMNO berpegang kuat dengan Al-quran dan As-sunnah? Apakah sebarang keputusan yang dibuat oleh UMNO dalam menentukan dasar politik mereka, berasaskan kepada ijtihad-ijtihad ulama yang merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah?

Bahkan, UMNO adalah sebuah parti yang tidak berasaskan kepada fikrah islamiyyah, malah merujuk kepada semangat nasionalis melayu melebihi dari Islam. ekoran itulah, UMNO sanggup menghaprakkan bangsa selain melayu dengan alasan nasionalis, padahal perkara ini bercanggah dengan islam.

Islam menyeru manusia memberikan keadilan kepada semua bangsa, tanpa meletakkan sesuatu bangsa itu lebih mulia berbanding yang lain.

Firman Allah;

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Maksudnya;
"Wahai manusia !! kami ciptakan kamu lelaki dan perempuan, kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu kenal mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu adalah orang yang paling takut kepada Allah. Sesungguhnya Allah maka mengetahui lagi maha mengerti"

(Surah Al-hujurat : 13)

Ketaqwaan bukan sekadar milik melayu, malah ia adalah milik semua; cina dan India ada harapan untuk menjadi taqwa. Apabila ketaqwaan itu dibataskan kepada orang melayu sahaja, sudah pasti tindakan sedemikian membataskan maksud firman Allah ini. tindakan itu merupakan kesesatan mengikut kacamata Al-Quran dan As-sunnah.

UMNO LAPOR KEPADA POLIS

Nampaknya kenyataan tok guru itu menyebbakan UMNO gelabah biawak, menyebabkan mereka terpaksa buat laporan polis.

Tindakan UMNO tidak perlu dibimbangi, malah tindakan seperti ini seiras-iras tindakan munafiqin yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran.

Firman Allah;

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آَمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ * يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آَمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلَّا أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ

Maksudnya;
"Sebilangan manusia, mereka mengatakan kami beriman dengan Allah dan hari akhirat, padahal mereka bukan orang yang beriman * mereka mahu tipu Allah dan orang-orang yang beriman. Sebenarnya, mereka tidak menipu melainkan diri mereka sendiri tanpa mereka sedari"

(Surah Al-Baqarah : 8-9)

Sekian

Baca sama;
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21412&Itemid=1


Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Kota Damansara
26 Jun 2009 * 12:10 tengahari



[1]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0626&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm
[2] Muwatta' : 1395.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mana boleh samakan UMNO dgn ayah PIN .... kita harus adil dlm menjatuhkan hukuman ... Allah pun membezakan diantara ahlul kitab dgn musyrikin walaupun kedua2nya tak beriman dgn Nabi Muhammad ... dalam Islam pun ada kafir harbi dengan kafir zimmi ... setiap sesuatu ada kayu ukurnya spt yg dikatakan oleh dr. Yusuf al-Qaradawi ...

Sosialis berkata...

Nik Aziz Misguided /Nik Aziz Sesat

- “Umno is like a Socialist Party because it rejects Islam”
Categories: Religion

With all due respect to the PAS spiritual leader Nik Abdul Aziz Nik Mat, PSM condemns his statement likening UMNO to a socialist party because it rejects Islam . The spiritual leader should know better about socialism before making such a comment. Unfortunately Nik Aziz too has fallen into the same trap of the Barisan Nasional government to demonise socialism. The ruling government has successfully condemned socialism and labelled it as anti-religion for a long time.


Socialism does not propagate anti religion or violence. Socialism is the only ideology and economic model that challenges capitalism. The capitalist BN government realises this fact, and thus will go all out to bad mouth socialism in an attempt to shield away the genuine principles of socialism from the rakyat.

In brief, socialism stands for a classless society where there will be no oppressor and oppresed. The resources of nation should be shared with the rakyat and not controlled by a few capitalists. Socialism stresses on workers struggle so that the production wealth of the nation benefits the rakyat. Workers should be paid decent wages, and their rights be taken care of escpecially during economic crisis.

Socialism is against privatisation of public facilities such as water, electricity, health and education. The current problems with the Barisan Nasional-led neo liberal policies since the reign of Tun Mahathir has left the rakyat paying for his privatisation policies.

Enough of demonising socialism! The wise PAS spiritual leader should understand this and refrain from accusing socialism of being anti-religion if he does not understand the true principles of socialism.

A. Sivarajan
National Treasurer
Parti Sosialis Malaysia (PSM)

WUZARA berkata...

Islam adalah deen yang merangkumi aspek ruhiyah dan siyasiah.

Sedangkan semua agama lain di dunia ini hanya merangkumi aspek ruhiyah sahaja seperti soal ketuhanan, peribadatan, kematian, perkahwinan dll. Manakala dalam soal siyasiah, ideologi yang diterapkan samada sosialisme atau kapitalisme.

Oleh itu kekufuran itu itu ada 2 bentuk:
a) Kekufuran agama(ruhiyah)
Kekufuran agama ini ada 2 macam iaitu i)kekufuran agama samawi seperti Yahudi dan Nasrani, ii) kekufuran musyriq seperi Budha, Hindu, Shinto
b) Kekufuran ideologi (siyasiah) seperti sosialisme dan kapitalisme

Kedua-dua bentuk kekefuran ini tiada bezanya, sama-sama kufur. Kekufuran agama mudah dijelaskan. Tetapi kekefuran ideologi banyak berlaku tanpa sedar.

Dalam aqidah sosialisme, dibahaskan konsep dialetika materialisme yang mana sistesis terhasil dari tindakbalas tesis dan anti-tesis. Pada mereka, segalanya bermula dari material(benda), oleh itu sosialisme menafikan adanya pencipta dan menganggap agama sebagai candu. Sayangnya ramai yang terpesona dengan konsep kepemilikan harta dalam sosialisme yang kononnya samarata. walhal ia jelas konsep yang ekstrim dan tidak sesuai dengan firah manusia. Walaupun sosialisme sebagai sebuah negara telah hancur, tetapi masih lagi insan yang mengaku Islam yang masih dibuai mimpi sosialisme.

Tetapi sebenarnya sosialisme tidak sebahaya kapitalisme, kerana kekufuran mereka lebih jelas apabila mereka menolak aspek ketuhanan.

Sedangkan konsep jalan tengah,win win solution, dalam kapitalisme yang mengiktiraf agama tetapi sebatas amalan ruhiyah itu lebih merbahaya. Kapitalisme tidak mempermasalah agama apa yang dianut, tak kisahlah samada Islam, Kristian, Hindu atau apa pun selagi mana kita membataskan agama yang kita anut sebatas masalah ruhiyah tetapi menggunapakai kapitalisme sebagai ideologi dalam kehidupan seharian melalui penggubalan hukum dalam sistem demokrasi.

Inilah yang terjadi kepada banyak negara kapitalisme hari ini. Amalan agama tetap disuburkan dengan masjid2, surau dan pelbagai sambutan dan syiar keagamaan, tetapi apabila menyangkut urusan kehidupan maka mereka meninggalkan Islam dan menggunapakai kapitalisme. Maka pemerintah2 ini telah mendidik ummat untuk menjadi kakitangan pemerintah melaksanakan hukum hakam kapitalisme.

Jelas samada sosialisme, kapitalisme, hindu, budha, kristian dan apa-apa mabda' selain Islam adalah sesat sesesatnya. Sedangkan bagi konteks Malaysia, Parti seperti UMNO, PKR, MCA, DAP dan kerajaan BN itu sendiri adalah entiti yang mengikut fahaman sesat lagi menyesatkan tersebut.

Semoga kita dapat melihat dunia dengan kacamata Islam yang sangat jelas lagi tajam.

TANPA NAMA berkata...

bersetuju!!!!

Tanpa Nama berkata...

hello,

Wan ji maa, tulis bagi elok2 maa..

apa kalu tolak quran hadis jadi parti sesat..

kami DAP pun tolak quran hadis

kawan kita PKR pun tak pakai quran hadis

kami semua sesat juga ker?

Briged Akhdor LR2 berkata...

sesungguahnya sesiapa yang berpegang pada al-quran dan hadis tidak akan sesat ..tetapi jika amik selain drp itu tanpa berpandukan kedua-duanya bolehkan menyebabkan kesesatan dalm sedar atau tidak sedar...sosialis dan nasionalis adalah bercanggah dengan al-quran dan hadis sekian melaporkan ...yang baik adalah daripada allah dan yg buruk adalah dari kelemahan diri saya sendiri ...

elly yusof berkata...

mursyidul hamPAS lebih sesat dari UMNO. bodoh ko al-pukistani bangsat.

suratkhabarlama berkata...

saya setuju TGNA tak patut samakan UMNO dgn Ayah Pin...Ayah Pin tolak Islam tapi tak menindas orang...Pemimpin UMNO tolak Islam (contohnya tolak undang2 Islam) dan juga menindas rakyat...mungkin yg lebih sesuai UMNO sama dgn Firaun...kedua2nya ada ciri yg sama

ILA KK berkata...

Salam ..Sebelum mengata ,menyuruh dan menfitnah tengok dalam baju dulu..Jika betul Pas adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam. Kenapa Mengapa Sebab ???selama 11 bulan PAS menawan PERAK pusat judi,nombor ekor,disco tidak juga ditutup???.Sepatutnya itu adalah perkara utama.Tetapi yang menjadi keutamaan mula memerintah beli kereta mewah dan tanah..Dimanakah kejujuran yang mengata dia seorang Islam??

Al-Bakistani berkata...

kenapa dok tanya, kenapa PAS tak tutup ketika jadi MB di Perak?? kenapa tak tanya, UMNO yang buka semua tu??? bila buka, orang cina dah sebati. sampai nak tutup pun jadi masalah. akhirnya, terpaksalah beri kefahaman dahulu kepada mereka, agar mereka akan tutup sendiri. seperti, allah beri kefahaman dulu ttg keburukan arak, baru Allah haramkan. bila diharamkan, tak payah Nabi, orang-orang bawahan sendiri pecahkan tempayan arak.. itulah kebijaksanaan dalam perlaksanaan Islam namanya...

sekian

Al-Bakistani

ILA KK berkata...

Bukan kah pada ketika itu beliau Dato Nizar harus bertanggungjawab.Di negeri lain juga perlu menghapuskan benda2 haram tu..Puji sy kpd MB Kedah.Saya harap mereka akan lalukan menghapusan benda haram selama tempoh pemerintahan mereka..Dan harap jangan menunding jari pada org lain dan jangan bg alasan.Apasaja boleh dilakukan demi ISLAM!!

Al-Bakistani berkata...

bukankah di zaman UMNO, orang cina dan india tidak diberi kefahaman tentang keburukan arak dan judi??? malah, di zaman UMNO, semua penjualan arak dan judi ini diberikan ruang seluas-luasnya.

makanya, tindakan permulaan yang wajar dilakukan adalah, beri kefahaman kepada cina dan india tentang keburukan arak dan judi. justeru, apabila cina dan india sudah faham tentang keburukan arak dan judi, nascaya mereka sendiri akan haramkan perkara itu.

inilah yang disebut, berpolitik di jalur dakwah, berdakwah di jalur politik...

sekian

Al-Bakistani