Jumaat, 10 Julai 2009

EXCO AGAMA NEGERI SELANGOR SEWAJIBNYA MALU !!

EXCO AGAMA NEGERI SELANGOR SEWAJIBNYA MALU !!

Di sini di paparkan satu berita yang menyedihkan dikala PAS memegang exco agama dalam kerajaan negeri selangor pimpinan Pakatan Rakyat.

Berita tentang orang-orang islam yang menghidap HIV diberikan tempat di gereja.

Berita lanjut, sila klik
mereka wajib dikeluarkan dan gempar ! penghidap HIV melayu berlindung dalam gereja


Lihat gambar-gambar dibawah;


inilah gereja yang menempatkan anak melayu yang terhidap HIV

anak melayu yang mendapat layanan gereja.



Ustaz Amin berbincang dengan penghidap HIV melayu dalam gereja


Ustaz Amin berusaha mengeluarkan anak melayu dari gereja. penjaga kaunter pun orang melayu..



p/s : daripada dok kerap sangat ke putrajaya dengan tidak diketahui tujuan dan dengan siapa berjumpa di sana, lebih baik fokus memajukan MAIS dan JAIS dalam menyelamatkan aqidah anak-anak muda ini.



sekian



Al-Bakistani








8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukan Dr Hasan Ali saja kena malu, PAS pun patut malu, aku dan yang menulis pun patut malu. sah lah memamng kita tak berguna...

Bila kita berusaha secara berjemaah, masing2 hilang. Ini dalam PAS.. hmm, malangnya nasib..

mungkin ustaz berguna...

terima kasih atas perdedahan ini

wan ziarahsufi

Al-Bakistani berkata...

memang kita tidak berguna sebab kita jadikan PAS sebagai matlamat. padahal, PAS sebagai wadah, dan islam itu adalah matlamat.

bila ada pimpinan bersifat diktator, pecat sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dia dia. di situ bermulanya kebangsatan sesuatu organisasi...

Ahli2 PAS dalam MAIS dan JAIS dah datang nak membantu. kertas kerja demi kertas kerja diberi. tapi apakah pihak yang dapat kuasa itu ambil tahu??

apa yang difikirkan, "mahu jadi MB"...

sekian

Al-Bakistani

Al-Bakistani berkata...

SHAH ALAM: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali meminta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merombak portfolio anggota exco kerajaan negeri sekarang.

Beliau berkata ia perlu dilakukan secara lebih teratur dan menerusi perbincangan sesama PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Pelantikan ahli exco tidak boleh berdasarkan parti dan kaum, tetapi lebih kepada keupayaan mereka untuk mentadbir dengan berkesan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata Menteri Besar perlu menilai semula prestasi exco kerajaan negeri.

Ditemui kemudiannya, Khalid berkata rombakan tidak akan dilakukan dalam masa terdekat.

Ia hanya berupa cadangan dan tidak memadai hanya datang dari seorang Adun, katanya dan menambah beliau bagaimanapun akan menilai prestasi barisan exconya.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/7/10/mstar_berita/20090710075445&sec=mstar_berita

***

secara peribadi, ana sokong kenyataan ini....

sekian

Al-Bakistani

Abu Dani berkata...

Bukan PAS saja. Saya pernah menelefon radio ikim utk bangkitkan masalah ini, respon yang saya dapat dari dj ust z adalah "kita jgn dok menunding jari je....!"

camarputih berkata...

slm..mg Allah membersihkan PAS dr mereka yg benar berjuang demi Islam & mereka yang berjuang demi kepentingan sesuatu..mg tragedi 'Uhud' kembali berlaku pasca perjuangan millenium masakini..

Tanpa Nama berkata...

1) Satu peluru free untuk UMNO & BN untuk mengalahkan PAS (PR) dalam PRU13.
2) Satu point lagi untuk mengelabukan PAS (dan Islam juga, mungkin) di mata rakyat Melayu dan bukan Islam
3) Kebebasan yang telah terbabas, UMNO dan BN boleh berkuasa semula tanpa perlunya Kerajaan Perpaduan. cukup dengan orang2 PAS yang rasa dirinya sentiasa betul dan suka menyalahka orang lain termasuk kepada orang PAS sendiri.

Al-Bakistani berkata...

peluru ini tidak akan jadi peluru musuh untuk menyerang kita di saat berperang, apabila pemegang pistol sudah ditukar kepada orang yang berhak dan serius untuk melakukan perubahan.

masalahnya sekarang, peluru ini sudah berada di tangan musuh. ia memang akan digunakan di waktu berperang nanti.

justeru, lebih baik mendedahkan sekarang untuk dilakukan perubahan, agar pemegang pistol ini ditukar ganti dengan kadar segera. apabila dia sudah ditukar, masalah peluru makan tuan tidak akan berlaku lagi, malah ia akan menjadi peluru yang kuat untuk melawan musuh yang merupakan pemegang pistol tersebut di suatu ketika dahulu.

persoalannya, apakah pemegang pistol itu mahu dirobah atau tidak?? sebelum menanti rebah, baik pemegang pistol itu dirobah.

aku lebih bimbangkan pemegang pistol tidak berubah, berbanding peluru berada ditangan musuh. kerana, peluru yang berada di tangan musuh, ada peluang untuk dijadikan peluru kapur yang tidak mempunyai kuasa apa pun.

sekian

Al-Bakistani

T.Mimpi berkata...

As'kum. Maaf kerana mencelah.. Pandangan saya. ini bukan masa untuk menuduh sesiapa. perkara ni berlaku sejak zaman khir toyo lagi. sekarang kita patut pikir kan cara hendak bantu ustaz amin yang sanggup meluangkan masa dalam membawa keluar saudara seagama dengan kita. kita tak mampu meluangkan masa. kita membantu cara lain dengan membantu dari segi kewangan contoh nya. pikir2 kan lah wahai kawan. Nasihat utk diri ni dan rakan2 lain