Khamis, 9 Julai 2009

UMNO DAH MASUK PERANGKAP DI MANIK URAI


UMNO DAH MASUK PERANGKAP DI MANIK URAI

Utusan Meroyan melaporkan;

“KUALA KRAI 8 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Pas supaya membuktikan semasa pilihan raya kecil Manik Urai bahawa UMNO tidak memperjuangkan Islam selama parti itu memerintah negara” -

KOMEN:

nampaknya UMNO semakin gelabah. Jika mereka tidak gelabah, kenapa mereka keluarkan kenyataan sebegini, padahal, Tok Guru Nik Abdul Aziz bukan sekadar mengajak, malah telah menjemput dengan surat rasmi agar dapat berdebat dengan PM tentang dasar perjuangan parti mereka, apakah sesuai dengan Islam ataupun tidak.

Najib bukan sekadar tidak membalas kandungan surat tersebut, malah menolak jemputan debat terbuka tersebut, seakan-akan takut, tidak mahu berhadapan dengan Mursyidul Am PAS dalam isu dasar parti mereka.

Nampanya, UMNO sudah terdesak dengan isu ini. Dan ternyata, UMNO telah termasuk dalam perangkap PAS dengan isu ini.

Respek dengan cara politik tok guru Nik Abdul Aziz......


baca sama : nama manik urai berasal daripada mak nik rambut mengurai.


Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Kota Damansara
9 julai 2009 * 4:53 petang


Tiada ulasan: