Rabu, 15 Julai 2009

JANGAN BAGI UMNO NAMPAK HERO


JANGAN BAGI UMNO NAMPAK HERO


Speaker Dun Selangor mengambil keputusan untuk menggantung Khir Toyo dari sidang DUN selama setahun, dan 4 ADUN BN yang lain selama 6 bulan.

Jika kita berfikir dalam kotak PAS, PKR dan DAP, sudah pasti tindakan itu akan menyebabkan mulut kita akan menghamburkan ucapan, “padan Muka”.

Pun begitu, jika kita berfikir di luar kotak kepartian PAS, PKR atau DAP, sudah pasti kita akan berfikir sebaliknya. Jangan difikirkan dari sudut kotak pemikiran orang UMNO/BN, tetapi nilailah pandangan rakyat bawahan yang tidak berparti (baca : atas pagar), ataupun ahli-ahli PAS, PKR dan DAP yang baru sahaja terlibat dengan parti.

Dari satu segi, kita melihat betapa hinanya Khir Toyo dengan sedemikiran rupa ekoran tindakan Speaker yang menggantungkannya dari hadir sidang DUN. Tetapi, dari sudut media pula, sudah pasti media UMNO akan menggambarkan bahawa tindakan Khir Toyo itu seperti dizalimi kerana tidak dibenarkan bersuara. Jika keadaan ini berlaku, sudah pasti Khir Toyo akan dilihat sebagai hero, disamping menggambarkan “hak bersuara” yang diperjuangkan oleh PR tidak sama seperti yang diungkapkan sebelum pilihanraya umum baru-baru ini.

Jika kita silap main isu, sudah pasti Khir Toyo bisa melahirkan gambaran rakyat kesian kepadanya. Jika keadaan ini berlaku, sudah pasti Khir Toyo akan mendapat imej bersih, waimma beliau hakikatnya kotor.

Lebih parah lagi, isu ini bisa dijadikan sebagai antara modal penting UMNO untuk menanamkan semangat kebencian orang melayu kepada Pakatan Rakyat, kerana speaker yang menggantungkan Khir Toyo dan 6 Orang ADUN itu adalah seorang berbangsa Cina.

Kita terpaksa terima hakikat, semangat perkauman dalam jiwa rakyat Malaysia masih belum berjaya dikikis. Bahkan, jika kita perhatikan kepada sebilangan kecil orang-orang PAS yang sedia berjuang islam pun, masih ada lagi yang meletakkan semangat bangsa mereka sebagai bahan penting juga.

Justeru, secara peribadi, aku agak tidak bersetuju dengan tindakan DUN Selangor yang menggantungkan Khir Toyo. Tidak bersetuju itu, bukan bermakna aku menyokong Khir Toyo, tetapi tidak bersetuju itu kerana tindakan tersebut dibimbangi melahirkan pandangan kesian rakyat terhadap Khir Toyo, seterusnya memberi imej positif kepada Khir Toyo di hadapan mata rakyat jelata.

Bak kata orang-orang tua dahulu, ”berundur bukan bermakna kalah, maju bukan bermakna menang”

Sekian

Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com


- Kota Damansara
15 Julai 2009 * 4:21 petang

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Allah Maha Kaya....Allah dah tunjukkan ke mana arah Syeikh Bakistani..syabas Syeikh, teruskan agenda kamu tu. Semuga beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Berundurlah selagi boleh berundur...teruskan berundur...

Tanpa Nama berkata...

sokong sangat....kita kena ader kebebasan bersuara..dan yang penting kebolehan kita berhujah dengan hujah ilmiah...Islam sering menang dengan hujah...Golongan yang lawan Islam tak mampu hadapi hujah2 pihak Islam...Ustaz,ana sering terfikir....kalau lah ustaz dapat buat usrah untuk jemaah surau al-amin..b.tun hussein onn...ustaz selalu kuliah kat sini...tapi tak dijemput usrah..baru terbuka minda jemaah pas surau al-amin..ana nak citer,hari tu usrah dengan sorg ustaz dari pahang,...ustaz tu bleh kutuk Tg nik aziz...ana memang sakit hati sangat tapi org2 jemaah wat tak pot jer...pastu macam sokong pulak...bangang btui lah ustaz2 gini..menyesatkan org...ader sokongan pulak dari org2 kuat pas..

penulis berkata...

Wan Ji,
Saya setuju 100%. Saya tak faham mengapa hendak digantung sampai setahun. Hanya merugikan kerajaan kerana kuranglah seorang ahli BN dalam ADUN untuk mengkritik kerajaan, dari segi politik pun buat PR sama sahaja seperti BN. Ada kuasa, pakai tak fikir dahulu.
Walaupun Khir Toyo patut dihukum, arahan keluar dewan sekali itu sahaja sudah memadai. Setahun? Ridiculous..

Al-Bakistani berkata...

ahli silat yang hebat, bukan bermakna dia hebat ketika menyerang, tetapi ahli silat yang hebat, apabila dia bijak menggunakan masa yang sesuai untuk melakukan serangan.

maju adalah perlu, tetapi bagaimana dan bilakah masanya.

mundur itu adalah salah, tetapi kenapa dan di mana..

fikir-fikir dan renung-renung...

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

kadang2 terlalu menyerang boleh membuka ruang2 untuk diserang. Titik2 kelemahan lebih jelas dan mudah dituju...sebab itu sesetengah silat tidak menyerang tapi menunggu serangan..Waaah...ader kaitan jugak silat dengan senario politik semasa...macammano nak jawab tuh wahai exco selangor??? Teruskan ustaz wan ji...kami tunggu dan lihat jer...Tegurlah selagi maner yang dilihat tidak berapa kena dengan strategi dan siasah syariah