“AKU BENCI DIRHAM DAN DINAR!”
Setelah kemangkatan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik, maka terlantiklah Omar bin Abdul Aziz sebagai penggantinya. Penerimaan jawatan khalifah, Omar tidak mengirikannya dengan senyuman atau tawa hilai, sebaliknya disambut dengan linangan air mata, yang kadang-kala diselangi dengan ratapan suara yang menyedihkan sesiapa sahaja yang mendengarnya.
Dalam Masjid, ketika Omar bin Abdul Aziz selesai dari menunaikan solat sunat, beliau tunduk sahaja. Dari jauh, terlihat bahawa beliau dalam kesedihan kerana kelihatan titisan air matanya yang jatuh gugur.
Salah seorang rakyat Omar telah melihat kesedihan itu tersebut. Rakyat tersebut, bukan calang-calang manusia, malah beliau juga amat terkenal dengan dunia peribadatan dan kezuhudan.
”Wahai Amir Al-Mukminin, apakah penyebab utama sehingga kamu menangis sebegini?” Soalnya
Omar Abdul Aziz yang ketika itu sedang tunduk, mengangkat mukanya dan melihat wajah ’Abid tersebut. Dia merenung seketika, kemudian menundukkan kepalanya kembali.
”Aku tidak sanggup memikul amanah ini!” jawab Omar sayu sambil ketundukan.
”Wahai Omar, apakah kamu suka kepada dinar dan Dirham?” soalnya lagi.
Seakan-akan histeria Omar menjawab, ”tidak.. aku tidak suka Dinar dan Dirham. Kedua-duanya boleh menyebabkan aku lalai dari melaksanakan amanah Allah” sambil teresak-esak menangis.
’Abid itu terus berkata, ”justeru kamu jangan bimbang wahai Omar. Pasti Allah akan membantu dan membimbing kamu”
AMANAH TERLALAI DENGAN BENDA
Kisah yang dipaparkan ini amat relevan dijadikan tauladan kepada sesiapa sahaja yang berkuasa. Omar bin Abdul Aziz yang amat terkenal dengan keadilan yang dilakukannya, semuanya bersebab beliau menjadikan kekuasaan yang diberikan kepadanya sebagai amanah dari Allah, dengan tidak menjadikan dinar dan dirham sebagai sesuatu keutamaan dalam hidupnya.
Hatinya yang bersih dan luhur, sekali-kali tidak pernah menjadikan hatinya berubah niat; beliau tidak pernah terlalai daripada melaksanakan amanah Allah dengan keseronokkan yang berbentuk kebendaan yang bakal binasa, malah boleh membinasakan manusia.
Walau beliau sudah berkuasa, yang sudah pasti banyak harta-harta negara berada di bawah kawalannya. Semua itu tidak pernah menjadikannya ”gelap mata”, malah semuanya dikawal dan dibahagikan kepada rakyat seadil-adilnya.
Padanya, harta negara adalah hak rakyat, tiada ruang satu sen pun untuk ”dipelahap” atas kepentingan dirinya sendiri, begitujuga pegawai-pegawai dibawah kekuasaannya.
Inilah contoh tauladan yang terlalu penting dipelajari. Tidak hairanlah, beliau amat disayangi oleh manusia. Keterbuktian itu amat terserlah, iaitu dengan kita dapat melihat bahawa sejak beliau menjadi khalifah, sehingga hari ini, nama beliau sering menjadi sebutan.
KELANTAN MODEL ZUHUD DI MALAYSIA
Sejak kelantan beralih kekuasaan dari tangan Barisan Nasional kepada PAS, maka sejak itulah Kelantan telah diMenteri Besarkan oleh seorang ulama yang bernama Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz amat terkenal sebagai seorang tokoh politik Malaysia yang memegang jawatan Menteri Besar, yang zuhud dan sederhana dalam kehidupan.
Jika sebelum beliau menjadi Menteri Besar, pakaian beliau adalah kain pelaikat, beserban, berbaju melayu dan kadang-kadang berjubah, maka itulah pakaiannya selepas menjadi Menteri Besar.
Jika sebelum beliau menjadi Menteri Besar, beliau sering kelihatan menjadi Imam solat subuh di Masjid Pulau Melaka, maka itulah jadual hariannya setelah beliau menjadi Menteri Besar.
Ramai yang tidak mempercayai kewujudan Insan seperti Nik Abdul Aziz ini berjaya memimpin kelantan. tetapi, berkat ketaqwaan dan ketulusan hatinya terhadap Allah, semuanya itu terbukti kejayaannya.
Di awal beliau menjadi Menteri Besar, Ustaz Khaidir Khatib yang merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Kelantan dan juga bekas EXCO kerajaan Negeri Kelantan suatu ketika dahulu telah menzahirkan ketidak percaya beliau terhadap kemampuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz memimpin kelantan.
“sebagai seorang Tuan Guru, anta tidak layak untuk memegang jawatan Menteri Besar. Seseorang Menteri Besar tidak dapat tidak akan menghadapi banyak masalah yang perlu diselesaikan dalam masa yang singkat” Ujar Ustaz Khaidir Khatib kepada Tuan Guru.
“untuk mengatasi masalah yang dihadapi itu, seseorang menteri besar memerlukan pengetahuan dalam semua bidang dan serba boleh. Ahli politik yang serba boleh sahaja yang layak memegang jawatan Menteri Besar” sambungnya lagi.
”Anta sebagai ulama yang zahid. Pengetahuan Anta hanya terbatas dalam bidang agama Islam dan dakwah sahaja. Anta tidak layak memegang jawatan Menteri Besar” Ustaz Khaidir mengakhiri celotehnya dihadapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang baru sahaja dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan.
Mendengar celoteh Ustaz Khaidir Khatib itu, Tuan Guru tidak membalas, malah beliau hanya diam dan tunduk sahaja. Cara Tuan Guru menundukkan kepalanya, menampakkan betapa Tuan Guru adalah seorang yang zuhud. Perkara ini diakui sendiri oleh Ustaz Khaidir Khatib.
Pun begitu, untuk beberapa ketika selepas itu, kemampuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz memerintah Kelantan telah terbukti, waimma beliau kekal dengan cara berpakaian dan cara hidupnya yang lama.
“anggapan saya kepadanya telah ditolaknya dengan bukti amalan, bukannya dengan pengakuan lisan. Bagi saya, nilai seseorang pemimpin itu ialah imannya dan bukan sekadar ilmunya. Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah membuktikan bahawa imannya masih teguh dan tidak terpengaruh dengan suasana kebendaan di sekelilingnya” Ustaz Khaidir menyebut kepada wartawan dikala ditanya tentang peribadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
“beliau telah dapat mengekalkan identitinya sebagai seorang Tuan Guru dan ulama, walaupun beliau memegang jawatan Menteri Besar Kerajaan kelantan” sambung ustaz Khaidir.
Kesederhanaan berpakaian Tuan Guru Nik Abdul Aziz sejak menjadi Menteri besar amat mengkagumkan. Malah, di awal beliau menjadi Menteri besar, banyak orang tidak menyangka beliaulah Menteri Besar kelantan, disebabkan cara beliau berpakaian.
Tuan Guru pernah bercerita bahawa beliau suatu hari diundang untuk memberi ceramah di satu tempat di Perak. Bersama beliau ketika itu, seorang ketua kampung yang berpakaian kemas dengan Bush Jacket serta beg james Born, sedangkan Tuan Guru ketika itu hanya beserban dan berjubah sahaja. Sebaik sahaja kereta sampai ke majlis, orang ramai berpusu-pusu untuk bersalaman dengan ketua kampung yang memakai Bush Jacket, dalam keadaan mereka menyangka bahawa itulah Menteri besar Kelantan.
TIDAK MEMBAZIR
Tuan Guru Nik Abdul Aziz membuktikan keperibadian yang amat mencontohi Rasulullah SAW. Beliau tidak suka membazir, kerana Allah mengisytihar pembazir sebagai saudara Syaitan.
Firman Allah;
إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا
Maksudnya;
“Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara Syaitan. Dan Syaitan itu tersangat kufur kepada tuhan-Nya”
(Surah Al-Isra’ : 27)
Tuan Guru tidak berpakaian mewah, waimma beliau mampu untuk itu, malah diberikan elaun jika beliau mahu. Semasa anak-anaknya masih berada dibawah penjagaannya, Tuan Guru tidak membenarkan anak-anaknya berpakaian mewah.
Tuan Guru tidak menggalakkan anak-anak dan isterinya membeli pakaian yang baru selagi pakaian yang lama masih boleh dipakai dan digunakan.
”kadang-kadang ustaz marah juga apabila saya bercadang untuk membeli pakaian yang baru untuk anak-anak” Tuan Sabariah, iaitu isteri Tuan guru Nik Abdul Aziz bercerita.
”alasannya, banyak lagi baju-baju lama yang masih boleh di pakai” jelas Tuan Sabariah dalam satu sesi wawancara dengan wartawan.
Semua tindakan yang boleh membawa kepada membazir, akan ditentang oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz, waimma ia sesuatu yang dianggap kecil sekalipun.
Ekoran itulah, Allahyarham Ustaz Bunyamin Yaa’qub pernah bercerita bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz bukan sekadar berpakaian sederhana, makan minum tidak berlebihan, malahan beliau tidak menggunakan air yang berlebihan ketika berwudu’.
Inilah tauladan yang baik bagi sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin di mana-mana tempat dan negara pun. Mudah-mudahan dengan tauladan yang ditunjukkan ini menjadi bekalan akhirat dan gandaan pahala ketika mengadap Allah SWT.
Sepertimana yang disabdakan Nabi SAW;
مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ
Maksudnya;
“Barangsiapa yang melakukan dalam Islam satu ikutan yang baik, maka baginya pahala, dan pahala mereka yang beramal dengannya selepasnya, tanpa dikurangkan daripada pahalanya itu sedikit pun[1]”
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
22 ogos 2009 * 6:00 petang
[1] Sahih Muslim : 1691.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan