Rabu, 19 Ogos 2009

MAJLIS FATWA, JANGAN SAMPAI JADI JABARIYYAH, SUDAHLAH

MAJLIS FATWA, JANGAN SAMPAI JADI JABARIYYAH, SUDAHLAH..

Dalam Mstar.com melaporkan, majlis fatwa menyatakan bahawa masuk syurga dan neraka adalah hak Allah secara mutlak. (sila klik)

Apa yang perlu diperhatikan, Ahl As-Sunnah wa Al-Jamaah, sama ada dari aliran salafiyyah, mahupun khalaf, atau disebut sebagai sebagai aliran sifatiyyah, mereka selalu bertembung dengan beberapa golongan yang tidak sealiran dengan mereka. Antara pertembungan yang paling sengit adalah dengan golongan muktazilah.

Begitujuga, ahl as-sunnah wa al-jamaah juga selalu bertembung dengan dua golongan, iaitu golongan qadariyyah dan golongan jabariyyah.

Qadariyyah bermaksud, golongan yang menyatakan bahawa perbuatan itu daripada hamba, bukannya qada’ dan qadar daripada Allah SWT.

Adapun golongan Jabariyyah pula adalah golongan yang menyatakan bahawa hamba itu terpaksa melakukan perbuatan yang pada lahirnya daripada perbuatannya, padahal daripada Allah, hamba tiada kuasa, tiada kehendak dan tiada ikhtiyar baginya, yang sebenarnya melakukan perbuatan hamba itu ialah Allah SWT
[1].

Justeru, mengikut pemikiran jabariyyah, ketentuan manusia itu kesyurga atau neraka tidak tertakluk dengan perbuatan dan amalan hamba. Semuanya diserahkan secara mutlak kepada Allah.

SYURGA HAK MUTLAK ALLAH

Tidak dinafikan, memang syurga adalah hak mutlak kepunyaan Allah SWT. Pun begitu, adalah satu tindakan yang salah jiwa menafikan tujuan Allah mengutuskan Nabi adalah untuk membawa hidayah.

Hidayah bermaksud panduan hidup. Memandu manusia agar menuju kepada kebaikan dan menghindarkan diri daripada melakukan kejahatan.

Secara asasnya, orang yang melakukan kebaikan akan dibalas dengan syurga, dan orang yang melakukan kejahatan dibalas dengan neraka.

Jika ada manusia yang berfikiran, tidak perlu perbincangkan tentang amalan baik dan amalan jahat, kerana semua manusia tetap akan dimasukkan ke dalam syurga atau neraka dengan kuasa mutlak Allah, maka ini membawa maksud pemikiran ini adalah pemikiran jabariyyah, bukan pemikiran ahl as-Sunnah wa Al-Jamaah.

pemikiran ini adalah pemikiran yang sesat, kerana mereka telah menafikan faktor Allah mengutuskan Nabi SAW yang merupakan pembimbing jalan untuk manusia berada dalam kebaikan dan keadilan.

BAIK – SYURGA, JAHAT - NERAKA

Apabila kita memahami ini, nyatalah bahawa penurunan Al-Quran dan As-Sunnah dari Allah adalah untuk membimbing manusia agar menghindarkan diri dari melakukan kejahatan, seterusnya mewajibkan manusia melakukan kebaikan.

Apabila hamba itu melakukan kebaikan, maka secara hukum wahyunya, dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Adapun jika hamba itu melakukan kejahatan, dia adalah dimasukkan ke dalam neraka.

Keadaan inilah yang perlu diperhatikan kepada UMNO, atau mana-mana parti atau orang pun. Jika UMNO melakukan kebaikan, maka bagi UMNO adalah syurga. Pun begitu, jika UMNO melakukan kejahatan, maka UMNO akan dimasukkan ke dalam neraka.

Apa yang dapat dilihat sekarang, segala kejahatan yang wujud di malaysia kini, semuanya boleh dikatakan berpunca dari UMNO. Sejak UMNO memerintah, orang bukan islam semakin membenci Islam, orang islam sendiri semakin kabur dengan Islam, malah yang dapat diilihat kezaliman berlaku di mana-mana.

Lihatlah akta zalim ISA, semuanya dipertahankan kuat oleh UMNO, waimma telah terbukti dalam Islam bahawa sesuatu hukuman yang hendak dikenakan, tidak dapat tidak perlu ada perbicaraan. Keadaan ini tidak wujud sama sekali dengan ISA yang dipertahankan oleh UMNO.

Nyatanya, UMNO parti yang mempertahankan kezaliman. UMNO adalah parti zalim. Sedangkan dalam Al-Quran dan As-Sunnah, bukan sekadar Allah melarang dari melakukan kezaliman, malah cenderung kepada orang yang melakukan kezaliman pun sudah dikira sebagai ahli neraka.

Firman Allah;

وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ

Maksudnya;
”Jangan kamu cenderung kepada orang yang melakukan kezaliman, maka kamu akan disambar oleh Api neraka”

(Surah Hud : 113)

Justeru, majlis Fatwa perlu berhati-hati mengeluarkan kenyataan tentang hak mutlak Allah dalam menentukan sesuatu golongan itu syurga atau neraka, kerana dibimbangi kenyataan itu menggambarkan fahaman jabariyyah yang sesat menyesatkan itu.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
20 ogos 2009 * 2:56 pagi


[1] Lahirnya beberapa firqah di kalangan umat Islam : 101- 105; Milal wa An-Nihal : 79.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam...

Ustaz

http://www.youtube.com/watch?v=CojJdllMoPE&NR=1

video nie...ust ni kata geraan islam PAS khawarij moden/anjing2 neraka.

betul ker ustaz...

Al-Bakistani berkata...

khawarij diterjemah oleh Rasul Dahri orang yang lawan kerajaan.

khawarij melawan kerajaan Islam. kerajaan osman bin Affan dan kerjaaan Ali bin Abi Talib dan seterusnya...

persoalan sekarang, bagaimana pula melawan kerajaan yang bukan kerajaan islam?? apakah itu disebut sebagai Khawarij juga???

jika ya?? bagaimana pula kalau khawarij berjaya bina kerajaan. apakah boleh dibenarkan khawarij itu memerintah dengan tidak Islam?? apakah hukum pula reda dengan kerajaan khawarij??

mungkin jawapan awak adalah jawapan ana juga...

sekian

Al-Bakistani