Khamis, 13 Ogos 2009

DAP ATAU UMNO YANG HINA ISLAM??

gambar ini sudah cukup membuktikan bahawa UMNO adalah punca DAP membenci Islam. sebenarnya, DAP membenci Islam, ekoran penghinaan Islam yang dilakukan oleh UMNO. justeru, jika mahu DAP memeluk Islam, UMNO perlu dikuburkan. kalau PAS berkawan dengan DAP, tidak mustahil, DAP boleh jadi Parti Muallaf. Ini terbukti di Perak, waimma setahun sehaja bersama dengan DAP di Perak, ramai pimpinan DAP yang sudah pandai baca Al-Quran.
DAP ATAU UMNO YANG HINA ISLAM??

Jahil tidak menyebabkan Allah mengambil salah terhadap kesilapan yang dibuat. Tetapi, kesalahan yang diambil kira jika dilakukan dalam keadaan sengaja.

Dalam islam, ada beberapa perkara yang tidak dikira sebagai bersalah dikala melakukan kesilapan. Lupa, dipaksa, tidur, mudharat dan jahil merupakan perkara-perkara yang dimaafkan; tidak diambil kira jika dilakukan sesuatu kesalahan.

Orang yang dipaksa mengucap kalimah kufur, dalam keadaan hatinya masih tetap beriman, dia tetap dikira sebagai beriman, waimma dia menyebut kufur sekalipun.

Orang yang bangun lewat untuk menunaikan solat subuh kerana tidak sedar langsung dari tidurnya, kelewatannya dari solat itu tidak menjadikannya berdosa. Begitujuga, orang yang makan disiang hari dalam bulan puasa kerana lupa, keterlupaannya itu tidak menyebabkan puasanya jadi batal.

Orang yang dihadapi sesuatu kemudharatan yang boleh menjadi mati disebabkan tiada makanan, lalu dia tidak ada cara lain untuk menyelamatkan nyawanya melainkan dengan makan babi, maka dibenarkan kepadanya memakan babi kadar untuk menjaga nyawa.

Menyebut kalimah kufur, bangun lewat lepas dari waktu subuh, makan babi dan sebagainya, semua ini adalah perkara haram. Jika seseorang itu melakukannya dengan sengaja, seakan-akan dia telah melakukan penghinaan terhadap agama Islam itu sendiri.

Keadaan yang sama juga berlaku bagi mereka yang jahil terhadap sesuatu. Seseorang yang selalu melakukan sesuatu tindakan yang membatalkan solat dalam keadaan dia jahil, lalu dia ketahui itu adalah perkara yang batal solat, maka solatnya yang lalu tidak perlu diulang balik. Segala kesalahan yang dilakukannya dalam keadaan jahil, semuanya dimaafkan oleh Allah SWT.

Adapun orang yang menunaikan solat, dengan melakukan perkara yang membatalkan solat dalam keadaan dia sememangnya sedar bahawa dia memang telah membatalkan solat, maka solatnya adalah tidak sah, malah wajib diqada’kan solatnya dalam waktu yang lain.

Bagi orang yang jahil, kesilapan yang dilakukan dikira sebagai pengampunan. Pun begitu, jika dia sedar dia dalam jahil, wajib bagi dirinya mencari ilmu, ataupun orang yang mengetahui sedar bahawa kawannya jahil, maka wajib dia memberi kefahaman kepada kawannya yang jahil itu.

Keadaan inilah yang berlaku pada DAP yang kononnya menghina Islam seperti yang didakwa oleh UMNO. DAP tidak faham Islam, tidak hairanlah mereka menghina Islam.

Pun begitu, apabila DAP diminta agar meminta maaf terhadap orang islam dengan dakwaan menghina Islam, mereka tidak segan dan silu meminta maaf.

Keadaan ini tidak sama seperti yang berlaku pada UMNO. ketika isu hudud dikemukakan disaat PAS mula-mula memerintah kelantan, banyak ungkapan-ungkapan dari pembesar-pembesar UMNO yang menghina Islam.

Ulama-ulama UMNO ketika itu, tidak ada seorang pun yang menegur, malah mengambil sikap diam, seakan-akan redha dengan tindakan pembesar-pembesar UMNO yang menghina Islam.

Bukan sekadar itu sahaja, sehingga hari ini pun, masih tidak kedengaran lagi ucapan minta maaf dari pihak UMNO terhadap umat Islam disebalik penghinaan terhadap Islam yang dilakukan ketika itu.

Jika DAP tidak mengetahui Islam, lalu menghina Islam dikatakan sebagai bersalah, maka terlebihlah bersalah bagi UMNO yang mengetahui islam, lalu menghina Islam.

Jika DAP dikatakan kafir kerana menghina Islam dalam keadaan mereka tidak faham islam, maka terlebih kafirlah UMNO yang menghina Islam dalam keadaan mereka kenal Islam, malah mengaku beragama Islam.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
13 ogos 2009 * 10:24 malam

Tiada ulasan: