Isnin, 19 Oktober 2009

CERDIK PANDAI MULA KRITIK PAS ?

CERDIK PANDAI MULA KRITIK PAS ?

Dr Abdul Aziz Bari sudah bersuara. Menerusi tulisan yang terpampang dalam Sinar Harian semalam, kritikan terbuka dilakukan. Tidak dinafikan, wujud kemarahan anggota parti terhadap beliau. Justeru, lahir dua tulisan kritikan balas dari dua tokoh dalam parti, Ketua Penerangan PAS Pusat, dan ketua Penerangan PAS selangor.

Sudah diketahui umum, Dr Abdul Aziz Bari merupakan pensyarah yang masih lagi berkhidmat di Universiti tempatan; yang agak berani mengeluarkan kenyataan tentang kebobrokan UMNO/BN dalam perkara yang berkaitan dengan undang-undang berbanding dengan pensyarah-pensyarah Universiti yang lain. Disamping itu juga, kewujudan Dr Abu Hasan Hasbullah yang kebelakangan ini, nama beliau agak sering diperkatakan juga.

Perkataan Dr Abdul Aziz bari, bukan perkataan pemutus. Tetapi, tidak bermakna perkataan beliau itu adalah tidak benar sama sekali ataupun terus ditolak. Justeru, kritikan beliau tidak boleh dipandang remeh. Ini kerana, kritikan beliau, bukan satu kritikan dari orang sembarangan, tetapi datang dari cerdik pandai; orang yang berkelulusan dan berpendidikan tinggi sehingga menjawat Profesor.

Meremehkan beliau sebagai orang yang hanya berada dalam hawa dingin, bukan merupakan hujjah dalam membalas kritikan beliau. Sebaliknya, berhujjah dengan segala kebijaksanaan merupakan tindakan yang patut dilakukan.

Membalas hujjah dengan menimbulkan perkara yang tidak ada kaitan dengan isu yang dibangkitkan, merupakan falasi dalam berhujjah. Perkara ini amat jelas dalam pengajian ilmu munazarah dan jidal.

Falasi digunakan, dikala tidak mempunyai kemampuan untuk berhujjah. Justeru, ia digunakan dikala untuk mengelak dari wujudnya pandangan terhadap kelemahan yang sedia wujud. Ekoran itu, falasi sering digunakan dalam propaganda dalam peperangan, juga dalam serangan politik.

Dari sudut pemikiran ilmiyyah, berhujjah dengan kaedah falasi, akan menampakkan kebodohan dari pihak yang berhujjah. Tetapi, dari sudut pandangan umum, ia sudah pasti dilihat sebagai satu kemenangan.

Perlu diingat, memang falasi digunakan dengan tujuan untuk menutup kelemahan, tetapi jangan sampai ia melahirkan mudharat yang lebih besar. Tindakan hendak me’falasi’kan isu kritikan terbuka Dr Abdul Aziz bari ini, dengan menukilkan kononnya Dr Abdul Aziz Bari mengambil kenyataan para blogger seperti mengambil pandangan ”tepi jalan”, dibimbangi melahirkan mudharat yang lebih besar.

Ini kerana, secara umumnya sudah mengetahui, malahan mengakuinya, bahawa kewujudan Blogger juga merupakan faktor penting dalam usaha menjatuhkan Barisan nasional di beberapa Negeri dalam Pilihanraya umum ke 12 baru-baru ini. Justeru, dakwaan kononnya ”blogger” seperti berita dari ”tepi jalan”, ia seakan-akan sebaris dengan kenyataan pimpinan UMNO/BN sejurus kekalahan teruk mereka dalam PRU ke 12 baru-baru ini, disamping bimbang melahirkan serangan blogger terhadap PAS dalam menghadapi pilihanraya di masa mendatang.

Tidak dinafikan, wujud juga berita-berita tepi longkang dari para blogger, tetapi terus melebelkan secara umum para blogger sebagai pemberita tepi longkang, merupakan satu tindakan yang membimbangkan akan melahirkan mudharat lebih besar di masa akan datang. Adalah lebih baik, tidak digunakan kalimah ”tepi longkang”, tetapi gunalah kalimah lain, yang sama maksud dengan apa yang hendak diperkatakan.

Sayugianya, kritikan Dr Abdul Aziz Bari itu hendaklah dijawab dengan segala keilmiyahan yang ada. Bukannya, mewujudkan falasi. Apabila jawapan yang diberikan dengan segala keilmiyahan yang ada, sudah pasti segala kesan-kesan buruk yang dibimbangi ini tidak akan berlaku. Disamping, keraguan rakyat yang sering tertanya-tanya, akan mendapat kepuasan-hati.

Secara peribadi, aku amat bimbang apabila para cerdik pandai sudah mula mengkritik PAS. Ini kerana, sebelum kejatuhan BN pada PRU ke 12 baru-baru ini, kita dapat lihat bagaimana para peguam mengadakan demonstrasi menentang kepimpinan Pak Lah, para ilmuan-ilmuan bahasa menentang dasar pemerintahan Pak Lah dan banyak lagi.

Justeru, berhati-hatilah ketika sudah kedengaran kritikan dari para ilmuan terhadap PAS. kerana dibimbangi, ia adalah permulaan bagi kejatuhan PAS. jangan mendakwa bahawa mereka tidak berkepakaran dalam politik dan sebagainya, kerana dibimbangi mudharat yang menimpa. Perlu diingat, beliau juga salah seorang rakyat Malaysia yang sedang melihat pergolakan politik di Malaysia.

Beliau sedang melihat, bagaimana kebobrokan UMNO/BN. Beliau juga orang yang sedang membandingkan gandingan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Beliau juga menilai, parti manakah yang dilihat perkukuhkan Pakatan Rakyat, dan parti manakah yang dilihat seperti tidak ikhlas dalam Pakatan Rakyat.

Beliau juga melihat, parti manakah yang lembab, dan parti manakah yang cepat, cerdas dan cergas dalam mainan politik. Masakan beliau, malahan rakyat Malaysia secara umumnya sedang melihat ketiga-tiga parti yang wujud dalam pakatan Rakyat; PAS, PKR dan DAP. Dan secara umumnya, rakyat Malaysia bawahan sendiri sedang bercakap-cakap tentang kewujudakan kelembapan pada satu parti, dan kecerdasan pada parti yang lain dalam Pakatan Rakyat sendiri.

Sekian

p/s : mungkin benar dakwaan sebilangan pihak yang mengatakan, faktor pengundi Melayu terus dengan UMNO/BN adalah disebabkan kelembapan parti pembangkang yang didominasi orang melayu? entah lah..

Wallahu ’Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
20 oktober 2009 * 2:24 petang

13 ulasan:

denaihati berkata...

Titik permulaan kejatuhan PAS apabila PAS sudi untuk bekerjasama dengan DAP...suatu hari nanti sejarah akan membuktikan segalanya sekiranya PAS meneruskan hasrat bersama DAP.

orang kertas berkata...

masalahnya, pas suka menafikan apa saja yang kena batang hidung. dan malangnya pas selangor memiliki ketua penerangan yang tak berapa terang perspektifnya.

Tanpa Nama berkata...

betul lah apa yg ustaz katakan ... ketika kerajaan perpaduan dicanangkan oleh TGHA presiden... ramai cendikiawan dan profesor yg menyokong hasrat murni Tuan Guru hj hadi tapi apa yg menyedihkan terdapat segelintir dari kita yg tak dapat menerima idea tok guru tu ... sepatutnya pandangan profesor spt ini sudah diterima lama..

Tanpa Nama berkata...

KALAU UMNO CAP AYAM PAS PULA CAP KEPALA TAIK

Zorro berkata...

pandangan ketua penerangan pas selangor juga bernas dan adil. dr aziz tidak maksum dan masih terbuka terhadap kritikan. saya percaya ramai yg skeptis terhadap roslan sms dan saya juga percaya roslan sms ada asas yg jelas dlm respon beliau terhadap dr aziz. sementara pas terbuka terhadap kritikan, pas juga berhak memiliki persepsi politiknya sendiri. terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Apabila TGHHA mengundur diri, siapakah yang akan menggantikannya? That person. Oh! No way. Ada baiknya diadakan EGM untuk menentukan kepimpinan baru untuk menghadapi PRU13 dan seterusnya menjadi Government In Waiting. Bukan sahaja MCA perlukan EGM, tetapi PAS juga. Pemimpin tidak semestinya pandai berkata-kata di depan orang ramai. Yang pentingnya ialah mereka yang boleh bekerja. Ambil contoh Nabi Musa dengan Nabi Harun. Nabi Musa ialah seorang pemimpin yang baik tetapi tidak sehebat Nabi Harun. Nabi harun pandai berkata-kata tetapi dia tidak dapat memimpin sebaik nabi Musa.

Tanpa Nama berkata...

Hahaha...orang UMNO sudah menyerang blog ustz. Tengok gaya bahasa pun sudah tahu. Semoga orang UMNO yang selalu membaca blog ustz ini akan dibuka hidayah oleh Allah S.W.T. Supaya mereka memahami hak dan tuntutan akidah yang sebenarnya.

Tanpa Nama berkata...

http://baganutama.blogspot.com/2009/10/post-mortem-prk-bagan-pinang-teguran.html

Tanpa Nama berkata...

aziz bari ni dah nyanyuk skg ni name dia dah tukar jadi aziz barai mangkuk ni dah termakan propaganda wan ji bahalol dan bos dia si anual bakri laknat tak lupe jugak idola wan ji bahalol sang sang erdogan saka bangsat..pegi jahanamla korang semua dok dalam PAS buat semak je baik berambus je !

Hj Azwan Affendy Ahmad Zahidi berkata...

Salam saudara bakistani.

Satu soalan. Jasa blogger ke jasa tranungkite dalam menjatuhkan Umno/Bn?

Fikir2 kan.

Tanpa Nama berkata...

azwan, mustahil tranungkite berjasa besar..mungkin hanya ilusi orang yang aktif disitu sahaja. aku pun segan nak promote tranungkite kat memember. maki hamun tak sudah.

OTAM67 berkata...

Salam,

Ustaz,

Ustaz diantara yg berani termasuk Prof Bahari , tak nak tengok Islam Jatuh...Namun di sana ada pemimpin PAs yang sudah dibuai mimpi & cinta dunia......Para pembaca dan cintakan Islam kena mohon& doa & sembahyang hajat kepada TUAN YANG MEMBERI KEMENANGAN ...agar cita - cita buruk puak - puak ini didalam PAS akan hancur macam hancurnya tentera ababil...

hussin berkata...

Pas: Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa?

http://www.blogtokguru.com/pages/posting/29/pas-keperluan-muktamar-khas-luarbiasa

gelanggang sudah dibuka...