Rabu, 30 Disember 2009

HUSAM WAJIB DIJATUHKAN

HUSAM WAJIB DIJATUHKAN

Aku cukup tidak puas hati dengan Husam. Semasa aku memegang jawatan dalam parti, sebarang agenda yang aku mahu lakukan tidak mendapat tempat. Rakyat lebih suka melihat husam, berbanding melihat aku.

Aku melihat, banyak khazanah ada pada kelantan. terutama, bila minyak sudah diketemui di kelantan. cuba bayangkan, jika aku yang mengelolakannya. Sudah pasti, aku akan menjadi ‘tuan besar’.

“dunia ini, bagai ana yang punya” bak kata tokoh pemikir pembikinan filem, P.Ramli.

Agak susah hendak menjadi pengelola, kalau ada manusia yang bernama Husam Musa ini. Dia amat licik dalam permainan politik, disamping bijak dalam bidang ekonomi. Ini ditambahi lagi, beliau bersih dari sebarang kotoran dalam perkara yang melibatkan wang.

Jadi, apa yang perlu aku lakukan? Aku perlu menyerang. Aku terpaksa membuka blog. Tapi, itu memberi kesan buruk pada nama burukku sendiri. Lebih baik aku membuka blog atas nama isteriku. Lagipun, kalau orang menyerang, sudah pasti orang menyerang itu akan berfikir dua tiga empat kali. Maklumlah, dia seorang wanita.

Disamping itu juga, aku perlu mempengaruhi ipar-iparku. Agar, mereka bersama denganku untuk lakukan serangan terhadap Husam. Inilah masanya, aku perlu bertindak.

Cumanya, aku bimbang dengan keberadaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Apakah beliau akan bersamaku, atau bersama dengan husam? Ahhh.. itu tidak penting. Kalau hari-hari aku menyerang husam, takkan Tuan Guru tak termakan hasutanku?

Yang penting, lawan tetap lawan. Lawan sampai jatuh. Husam perlu dijatuhkan. Jika tidak, aku bimbang kebijaksanaan politikku akan tenggelam dengan kebijaksaan politik husam. Tanpa jatuhnya husam, Susah aku hendak menjadi orang nombor dua dalam kelantan, sepertimana Big Mama dalam kerajaan 1 Malaysia.

Yang penting bagiku, ipar-iparku dan kawan-kawan kelilingku, Husam wajib dijatuhkan….

Sekian


19 ulasan:

Unknown berkata...

Sindir nampak,hehehe..

Tanpa Nama berkata...

sindir anak pukul menantu tibai exco kah kah kah. . . kah kah kah . . .

Tanpa Nama berkata...

Jangan jadi batu-api, jgn jadi org yg berlebih-lebihan dlm membantah dan bergaduh. Tuan punya badan tak ada apa2 pengulas yg lebih2. Saya rasa ustaz yg siang-mlm berceramah pasti lagi arif ttg perangai org yg berlebih2an ini...kembalilah ke pangkal jalan!

abgBro berkata...

ni kesah btui ka atau hayalan je Ostaz? klu btui elok la Ostaz pi nasehat kt "menantu" supaya jgn wat 'khianat ko saing kawe" hok bijok panda tu...
tetapi jiko Ostaz xleh dn xmampu brsemuka dgn "menantu" utk mnyelesaikan kemelut problem tu adalah lebih baik Ostaz jgn pnjang2kn masalah yg xmampu diselesaikn...tq

~sindir menantu angkat exco ni...hehehe

Na'im Nikmat berkata...

Bak kata pepatah 'siapa makan cili pasti terasa pedasnya'

Tanpa Nama berkata...

Kaji & Selidik dahulu sebelum berhujah...

Tanpa Nama berkata...

Tak sangka seorang Ustaz boleh tulis perkara sebagini. Tiap kali ceramah pakai ayat Quran/hadis, tapi masih tulis benda camni. Kini semakin terserlah lah sikap ke'ustazan' yg sebenarnya. Harap bertaubat dan kembali ke pangkal jalan...

awang berkata...

tanpa nama 16:28 dan org spt ini sebenarnya ramai di kalangan ahli kita,selalu ketingalan dalam isu2 ini,cuma satu hala dan tidak ada minda yg luas dan malas mencari maklumat atau membaca.

saya org kelantan yg progresif dan saya setuju dengan ustaz.

kpg saring,pasir puteh

siapa kita berkata...

Kesempurnaan milik Allah
kehambaan milik kita usahakan,
bagaimana memproses nafsu amarah bersesuaian dengan kehambaan ?

www.nuruliman.com.my

janganlah kita jadi orang amarah lawamah nak buat baik atau orang assi atau kabair nak tunjuk baik

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum.... Saya rasa berdukacita diatas apa yg berlaku sekarang,manusia berlaku bias terhadap banyak perkara.Iye,bila berlaku ke atas org lain,dicanangnya seluruh dunia,bila berlaku pada diri sendiri,monyok je dia... Merujuk kpd kes Abd. Ariff Fahmi,Husam Musa baru sehari dua ni buka mulut,sewaktu perlantikan,apa yg dia buat??? manusia lain yg duk kritik ariff fahmi kena sedar,yg lantik tu tok guru,yg beria-ia lantik tu tok guru,bayangkan saudara2 sekelian klu yg duduk tempat to' guru tu TGHH @ Ust Nasharudin...sudah tentu kecoh seluruh dunia..pastu kena ingat,klu x to' guru yg lantik ariff fahmi,dia xleh jadi,xkan ariff fahmi terhegeh2 nak lantik diri sendiri... ye la,manusia bila dah benci,semua hilang pertimbangan,bila sayang to' guru,silap to' guru dibuat xtahu@senyapkan@menikus... kelapa punya orang

Tanpa Nama berkata...

"ustaz" plg bangang penah aku jumpa

Tanpa Nama berkata...

Ustaz G berhak tulis begini kerana simenantu cuba beli beliau. Itu satu penghinaan buat Ustaz G. Simenantu ingat orang berblog ni tak ada prinsip ke.

Tanpa Nama berkata...

ramai juga pengkomen2 yg telah dibayar arif dlm blog ni ustaz kan?

sinach zawawi berkata...

against seseorg jer, trus org tu diclaim dibayar oleh mush..ape bangang sangat ke manusia ni nk pikir pendapat dan memilih pihak? poyo gile org komen2 camni..

n aku,tanpa dibayar oleh sesiapa, against your post wahai penulis budiman..xcukup lg ke sifat membenci yg tlah ko hamburkan ke merata2 tempat.. kenal ke belum hati budi Husam, Arif dll yg terlibat..hai, kalo aku kat tpt arif pon belum tentu bini aku leh diam diri kalo dia pandai menulis..

anyway,pls jgn terus memecahbelahkan jemaah..kalo terasa xde ape nk tulis,jgn fitnah..

done.

Tanpa Nama berkata...

sapa nak ngaku klu org tu berak tepi jalan oii.. betui tak ?

Tanpa Nama berkata...

mana ada org berak tepi jln nak ngaku oiii?

Tanpa Nama berkata...

Sinach Zawawi, Tak perlu acapp kali jumpa. Sekali dah cukup. Dah kenal hati budi. Kan Ustaz? Jumpa pukul 1-4 pagi ke benda. Kalau nak qiamullail tu OK le. Tapi ni nak mengumpat dan fitnah Husam. Apa kebenda menantu macam ni.

Tanpa Nama berkata...

Ermm.. elok lah.. kusutkan lg keadaan.. EGO. Kita ajar orang untuk beradap, buat kebaikan, tapi kita sendiri yang buat benda tu. Licik.
Letak ego kat kaki.... biar hati yang yang bersuara.. biar beradap, biar selesaikan masalah.

Al-Pacino berkata...

First time aku respect hang diatas keberanian mengatakan yang hak. That's a good sign.