Rabu, 30 Disember 2009

SATU HARI KRISIS RUMAH TANGGA NABI


SATU HARI KRISIS RUMAH TANGGA NABI

Jabir bin Abdillah ada bercerita bahawa, satu hari Abu Bakar as-Siddiq datang ke rumah nabi SAW. sesampai di rumah itu, Abu Bakar melihat ramai orang duduk di hadapan pintu rumah Nabi.

Abu bakar menjengok ke dalam rumah nabi, kelihatan di dalam rumah, bahawa Nabi SAW duduk ditengah, dan dikelilingi oleh semua isteri-isterinya. Melihat demikian, Abu Bakar meminta izin dari nabi untuk masuk, tetapi tidak diizinkan oleh Nabi SAW.

Tidak lama kemudian, Omar bin Al-Khattab pula tiba. Pada peringkat awalnya, Omar juga meminta izin untuk masuk, juga tidak diizin oleh Nabi SAW.

Sejenak kemudian, Nabi SAW memberitahu kepada Abu bakar dan Omar, bahawa Nabi SAW telah mengizinkan mereka berdua masuk ke dalam rumah.

Abu Bakar dan Omar pun masuk, dan mereka melihat ketika itu Nabi SAW masih lagi dikelilingi oleh isteri-isterinya. Di kala itu, nabi SAW diam tidak berkata apa-apa pun.

”aku akan bercakap sesuatu kepada Nabi, agar baginda boleh tersenyum” bisik hati omar.

”Wahai Rasulullah, jika anak perempuan zaid – merujuk kepada isterinya – meminta sesuatu nafkah luar dari kemampuanku, sudah pasti aku akan memukul tengkoknya” tiba-tiba Umar bersuara.

Nabi SAW berpaling ke arah Umar, sambil melemparkan senyuman sehingga kelihatan gigi baginda yang putih.

”isteri-isteriku ini berada dikelilingku. Mereka meminta kepadaku nafkah yang aku tidak mampu” kata Nabi SAW.

Mendengar kata-kata Nabi SAW itu, menyebabkan Abu Bakar As-Siddiq bangun berjalan menuju kepada Aisyah. Kelaku Abu Bakar itu, seperti hendak memukul Aisyah.

Tidak sempat Abu Bakar melakukan sesuatu, tiba-tiba Umar juga bangun menuju kepada anaknya, Hafsah.

“apakah kamu meminta kepada Nabi SAW sesuatu yang nabi Saw tidak mempunyainya?” begitulah soalan Abu Bakar kepada Aisyah, dan soalan Omar kepada Hafsah.

Melihat soalan bernada marah dari kedua-dua tokoh sahabat yang bertanya kepada anak masing-masing, menyebabkan Nabi Saw menyuruh kedua-dua sahabat besar itu bersabar, dan tidak marah kepada anak mereka masing-masing.

Ketika itu juga, turun firman Allah;

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ إِنْ كُنْتُنَّ تُرِدْنَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا فَتَعَالَيْنَ أُمَتِّعْكُنَّ وَأُسَرِّحْكُنَّ سَرَاحًا جَمِيلًا * وَإِنْ كُنْتُنَّ تُرِدْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالدَّارَ الْآَخِرَةَ فَإِنَّ اللَّهَ أَعَدَّ لِلْمُحْسِنَاتِ مِنْكُنَّ أَجْرًا عَظِيمًا

Maksudnya;
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: "Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu mut'ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik * Dan jika kamu sekalian menghendaki (keredhaan) Allah dan Rasulnya-Nya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa yang berbuat baik diantaramu pahala yang besar”

(Surah Al-Ahzab : 28-29)

Dengan turunnya ayat ini, setiap isteri-isteri Nabi SAW ketika itu bersuara, “demi Allah, selepas daripada hari ini, kami tidak akan meminta sesuatu lagi kepada Nabi SAW sesuatu yang Nabi SAW tidak mampu berikan
[1]


sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
30 Disember 2009 * 5:37 petang


[1] Tafsir Ibni Kathir : 6/406.

5 ulasan:

akhu_hurairah berkata...

seronoknya bc blog ust ni.

Tanpa Nama berkata...

Tulisan ustaz akhir-akhir ini agak ironis sekali khususnya yang ada kaitan dengan perkembangan PAS di Kelantan. Rasa kasih dan kekaguman yang begitu lama, tiba-tiba kini berbaur dengan rasa sedih dan kecewa. Kita tunggu apakah kesudahan semua ini.

joe penang berkata...

Ana mintak izin dari anta. Ana copy paste dlm blog ana. http://videoagama.blogspot.com/2009/12/3328-29.html

Cuma image dia ana edit sendiri. Lebih cantik dan mudah dibaca. Anta nak copy paste ayat tu pun dipersilakan

Tanpa Nama berkata...

ko ni si maharaja..
ko bukan knal sangat ngan ostaz ni..
ko rujuk la dengan saing dia..
Ustaz Ridzuan Ismail..
baru kau tau sapa dia si Wan ji ni..
harapilmu jer bagus.. tapi akhlak lebih teruk dari yahudi..
aku harap ko yang baru nak belajar selidik dulu sapa kah si wan ji ni..
takut ko menyesal..
sebab ramai anak murid wan ji di masjid-masjid dan surau-surau dah meluat dengan dia..

-Pemuda Subang Perdana

pemuda mtd paya jaras berkata...

sudahla subang perdana woii..ko ni ampu tahap gaban tul la. ridhuan tulah sebenornye penghancur pemuda pas.Dasar manusia munafik, kuliah lewat(ada yang tak datang langsung),cakap soal amanah tapi diri sendiri khianat amanah!!!

pegila tanya sume org pas subang pasal ridhuan anak lelaki mail ni. dah tentu dorang ludah!

untuk pengetahuan ko, si rhiduan ni la yang orang-orang masjid paling meluat. ko tanye ridhuan mail tu, apa yang die dah buat untuk bangunkan pemuda pas??

yang die buat hanyala membesorkan telor je.PTUIH!!!!!