Jumaat, 1 Januari 2010

APAKAH INI KEHIDUPAN (17)

APAKAH INI KEHIDUPAN (17)

“Assalamualaikum ustaz !” kedengan suara Ika cemas sejurus aku menyambut talian telefon dari Ika .

“Waalaikumsalam.. kenapa Ika?” balasku.

“Doktor sini kata, kena buat report polis dulu. Sebab, Aini ni kes rogol”

”ok tak pe.. nanti ana pegi sana sekarang juga” kataku, “tunggu ana datang” pesanku

Aku dan zul terus ke bahagian kecemasan. Sesampai di situ, kelihatan Aini menangis kuat.

”kenapa Aini nangis ni?” soalku lembut

”Aini tak nak buat report polis.. Aini tak nak la” kata Aini sambil menangis.

”kalau tak report, hospital tak nak rawat Aini tau” aku mula memberi nasihat.

”biar dorang tak nak rawat Aini.. aini nak jumpa adik aini jer” Aini berkeras.

”mana boleh macam tu.. tadikan aini batuk keluar darah. Nanti kalau jadi apa-apa ke, sapa susah” Zul menyampuk.

”betul tu” aku mengiyakan zul.

Ika dan Murni diam sahaja. Mereka berdua hanya melihat apa yang aku dan zul katakan kepada aini.

Mendengar apa yang diujarkan oleh Zul itu, menyebabkan Aini diam. Seakan-akan dia sedang berfikir.

Menangisnya semakin reda. Tapi, kelihatan teresak-esak lagi.

”dulu aini pernah duduk dalam rumah kebajikan. Aini kena tangkap kerana bawa dadah” tiba-tiba aini bersuara. ”masa tu, Mak saudara Aini suruh Aini hantar barang kat kawan dia. Aini tak tahu, yang dalam barang tu ada dadah. Last-last, Aini yang kena tangkap dengan polis” sambung Aini panjang lebar.

Aku, Zul, Ika dan murni mendengar sahaja.

”Aini tak bersalah masa tu.. Aini dikhianati oleh Mak Cik Aini sendiri.. lepas tu, aini kena duduk dalam rumah kanak-kanak.

”kalau buat report. Mesti Aini kena hantar kat rumah Kanak-kanak lagi.. sebab, Aini tak cukup umur” Aini bercerita dengan penuh emosi.

Kami diam. Aku melihat wajah Ika dan Murni yang sedang memerhatikan aini.

”macam ni la Aini. Sekarang ni, sakit Aini ni bahaya. Kalau jadi apa-apa, Ustaz bimbang boleh bawa lagi teruk.. mana tau, bawa mati ker?” aku menenangkan aini.

”aini buat report polis dulu.. lepas tu, hospital akan rawat Aini. Lepas tu, sama ada kena pergi rumah kanak-kanak atau tidak, kita fikir kemudian” aku memberi penjelasan lagi.

”kami akan cuba bantu Aini punya.. jangan bimbang” Zul menyambung

Aini kelihatan berfikir. Dia tengok muka Ika. Ika memberi senyuman manis kepada Aini. Kemudian dia melihat Murni. Murni kelihatan mengangguk, mengisyaratkan kepada Aini agar percaya dengan janji dari Zul itu.

”ok la ustaz.. Aini percaya kat ustaz ngan abang Zul” kata Aini setuju.

aku mengangguk.

”Aini kena bina hidup baru. Yang lepas tu, biarlah yang lepas. Sampai bila Aini nak hidup macma ni ? betul tak » aku memberi semangat.

Aini mengagguk apabila aku bertanya.

”Aini dapatkan rawatan Hospital dulu. Lepas tu, baru fikir tindakan selanjutnya. Ok?” aku meminta persetujuan Aini sendiri.

”baik la ustaz” balas Aini.

Bersambung...

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
2 Januari 2009 * 10:08 pagi







2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ustaz;
Ana dah pesan hari tu. Dalam membantu kes begini, ustaz kena cari muslimah. Tak boleh handle berdua dengan lelaki lain. Nanti Ustaz kena fitnah.
Dalam banyak hal lain pun, kes yang melibatkan isu khusus begini mesti muslimat yang uruskan. kalau tiada muslimah, kena perkasakan mereka. Tubuhkan NGO yang sesuai. Walau kes ini kelihatan kecemasan, tetapi kita tak tahu apa yang akan berlaku.
Macamana kalau si perempuan tu kata orang yang cuba menolongnya itu sebagai pemangsa? Anwar juga difitnah dalam situasi yang lebih terkawal berbanding dengan situasi Ustaz. Perempuan tu mungkin dah ternoda, fikiran dia tak stabil. Mana tahu dituduh orang yang dekat dengannya sebagai bertanggungjawab.

Unknown berkata...

TN : 19.57

Betul lah tu, nasihat yg baik.

1. Mesti muslimat uruskan

Tapi Ust pun ada masaalah jugak ni sbb nak bawak muslimat yang mana ye (ahli keluarga ke, isteri jemaah ke atau anak dara jemaah ke)

Pening beb! Lagi pun si Aini tu call Ustaz tak tentu masa lak tu (ada malam, tengak malam dan menjelang subuh pun ada) Nak bawak muslimat macam mana ye?

2. Tubuh NGO yang sesuai

OK : tlg ust buat paper ye. Ust kita ni sibuk beb, ana tahu sangatlah jadual dia ni.

3. Kalau Ust kena fitnah macam DSAI.

Yang ni Ust kena jawab, tapi ana doakan Ust, Zul dan kawan-kawan yang terlibat dalam kes ni terselamat dari fitnah dunia...amin