Ahad, 27 Disember 2009

SOLAT JENAZAH TANPA WUDU'

SOLAT JENAZAH TANPA WUDU'

Solat jenazah baru sahaja selesai ditunaikan. Solat diimamkan Ustaz Harun, seorang imam kampong yang tidak asing lagi di Kampung Melayu. Semasa berdoa, kelihatan seorang lelaki berjalan-jalan dicelah-celah jemaah. Di bubuh pada setiap seorang satu sampul surat ke dalam poket masing-masing.

Aku memahami, itu hadiah saguhati dari keluarga si mati kepada mereka yang menghadiri solat jenazah. Mengenangkan kesusahan dan kesedihan yang menimpa si mati, aku tidak menerima wang saguhati tersebut. Dibubuh kedalam poketku, diberikan balik kepada pemberi tersebut. Dia tersenyum melihatku menolak wang saguhati tersebut, aku pula sekadar membalas senyumannya sahaja.

Nabi SAW berpesan, agar tidak menyusahkan kepada keluarga si mati. Tetapi, budaya melayu menjangkaui kehendak nabi, menyebabkan budaya menyusahkan si mati menjadi amalan kebiasaan bagi masyarakat melayu yang beragama islam.

Sabda nabi SAW;

اصْنَعُوا لِآلِ جَعْفَرٍ طَعَامًا فَإِنَّهُ قَدْ أَتَاهُمْ أَمْرٌ شَغَلَهُمْ

Maksudnya;
"buatlah makanan untuk keluarga Jaafar. Ini kerana, keluarnya telah ditimpa sesuatu yang menyibukkan hati mereka" (sunan abi Daud : 2725)

Budaya Islam ini, tidak berlaku dalam budaya orang melayu. Pada orang melayu, buat kenduri – menyediakan makan dan minum – terbeban di kepala keluarga si mati, walhal Islam meletakkan suruhan agar sahabat handai yang bukan dari ahli keluarga si mati yang perlu menyediakan makanan.

Jika merujuk kepada kitab "Aun Al-Ma'bud", dinyatakan bahawa menyediakan makanan itu, bukanlah untuk dimakan oleh mereka yang hadir, tetapi disediakan untuk keluarga si mati. Ia dengan tujuan, meredakan kesdihan keluarga tersebut dari musibah yang sedang menimpa
[1].

SOLAT JENAZAH

"apa hokum solat jenazah dalam keadaan tidak berwudu', ustaz?" tiba-tiba satu suara kedengaran, menyebabkan lamunanku termati.

"ohh.. Pak chik Hamzah.. ingat sapa tadi" aku menyahut, "apa Pak Chik tanya tadi?" aku menyoal dia balik.

Pak Cik hamzah tersenyum bila aku bertanya begitu. Mungkin dia perasan, bahawa tadi aku sedang dalam lamunan.

"saya tanya tadi, boleh ke kita solat jenazah tanpa berwudu'?"

Aku tersenyum mendengar soalan itu.

"setiap solat perlu ada wudu'. Termasuklah solat jenazah" jawabku. "apa hokum bagi semua solat, begitujuga hokum bagi solat jenazah" sambungku lagi.

"tapikan ustaz.. ada saya dengar satu ceramah. Ada seorang ustaz tu sebut, bahawa solat jenazah tidak perlu berwudu" balas Pak Chik Hamzah yang amat terkenal dengan ketekunannya menunaikan solat berjemaah, juga menghadiri kuliah-kuliah agama.

Aku tersenyum melihat cara pak cik hamzah bertanya. Ditambahi dengan raut wajahnya yang serius ketika bertanya.

"memang ada ulasan macam yang pak Cik sebut tu. Kalau kita baca satu kitab tu, nama kitab tu Az-Zawajir, karangan Imam Ibnu Hajar Al-Haitami
[2]. Dia ada sebut bahawa harus menunaikan solat jenazah tanpa wudu'. Tapi, pendapat itu dipertikaikan" aku memberi penjelasan panjang sedikit.

"tapi… kalau kita buka kitab Mazhab hanafi. Memang boleh solat jenazah tanpa wudu'. Tetapi dengan syarat, perlu bertayammum. Walau berada di tepi sungai sekalipun" sambungku lagi.

Pak Cik Hamzah mengangguk dengan ulasanku. Kelihatan dia amat berminat dengan ulasanku.

"em.. baru saya faham. Maknanya, kalau ada orang dok sebut boleh solat jenazah tanpa wudu', itu bukan pendapat Imam Syafie la kan". Pak Cik Hamzah nak kepastian.

"yap.. betul tu pak cik" jawabku.

"ustaz ada dalil tak yang boleh saya jawab, kalau ada orang tanya saya nanti?" Pinta Pak Cik hamzah.

"ada.. iaitu hadis Abdullah bin Omar yang berkata;

لَا يُصَلِّي الرَّجُلُ عَلَى الْجَنَازَةِ إِلَّا وَهُوَ طَاهِرٌ

Yang bermaksud, "tidak boleh seseorang lelaki itu menunaikan solat jenazah, melainkan dia bersuci terlebih dahulu" (Muwatta' : 487)

"terima kasih ustaz sebab bagi jawapan" kata pak Cik hamzah.

"sama-sama… lain kali, kena bayar ni" aku bergurau..

Pak Cik Hamzah tergelak kuat dengan gurauanku.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Kota damansara
28 Disember 2009 * 2:07 pagi



[1] Aun Al-Ma'bud : 7/199
[2] Az-Zawajir : 2/361.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hangat-hangat taik ayam atau hidup segan mati tak mahu..

Itulah dia Suara Keadilan Online laman berita rasmi Parti Keadilan Rakyat, satu daripada komponen parti Pakatan Rakyat yang kuat kerana bilangan ahli parlimennya yang paling ramai. Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah daripada parti Keadilan Rakyat.Sudah lebih daripada 8 bulan membisu, kelu dan hilang serinya. Cukup mengaibkan dan amat memalukan seluruh warga Parti Keadilan Rakyat.di sini oarng dah nampak yang kita bukan buat kerja bersungguh-sungguh. kita cakap orang jangan percaya akhbar utama tapi lama kita sendiri kaku buat apa.

Dulu Zunar mengendalikan Suara Keadilan Rakyat. Berapa gaji yang diberikan sehinggakan Zunar boleh keluar dan mengendalikan urus niaganya sendiri.tapi susah nak cakap sifat orang melayu ni semua kalau boleh mereka nak free. zunar pun nak makan, anak bini nak makan rumah nak bayar.tu kot yang sdr zunar blah kot. Zunar bukan sebarang orang, lincah, licik dan cukup bijak mengatur maklumat dan propaganda. Lihat semasa dia bekerja dengan Harakah cetak. Banyak isu diutarakan dan beberapa bentuk saraf dan propaganda dilakukan sehingga UMNO/BN tidak duduk diam dek kerana kerenahnya. Dia juga antara pemberi maklumat penting kepada laman-laman pada masa itu. Laman M@rhein adalah antara yang menerima maklumat bulat daripada Zunar, sehingga Harakah cetak membuat temu ramah secara rasmi dan memberikan ruang dalam Harakah kepada webmaster M@rhein. TranungKite laman yang saya menghantar tulisan tidak mendapat tempat sebaik m@rhein walaupun laman TranungKite adalah di usahakan oleh Pemuda PAS Kawasan Dungun.

Tanpa Nama berkata...

Jika dikatakan Parti Keadilan Rakyat tidak ada orang yang mahir mengendali dan menasihati laman webnya, itu suatu cukup jelik. dari zaman reformasi jamil tengok banyak penyokong reformasi yang mempunyai kelebihan amsing-masing.dulu waktu reformasi setiap yang nak menjadi ahli kena isi borang dan jamil masih ingat dalam satu soalan bertanya apa kelebihan anda yg boleh di ketengahkan , mana maklumat-maklumat itu semua. jawabnya hilang , jawapan dan alasan kerosakan teknikal alasan malaun-malaun seumpamanya.

Zaman reformasi dulu mereka ini banyak yang mempunyai banyak kepakaran tetapi satu sahaja kepakaran yang mereka tidak ada iaitu mengampu , membodek dan mengipas ponggong . sebab itu mereka tidak di pedulikan. waktu reformasi dulu jamil menajdi pembantu setiausaha agong pertama sdr anuar tahir. parti taka da duit, ibupejabat tidak ada air kena potong, pernah bill elektrik di potong. tapi waktu itu banyak yang datang membantu tanpa wang untuk mengisi nama-nama ke dalam computer di ibupejabat.jamil tahula jamil di sana. ada yang tak boleh datang suruh anak isteri datang.contoh sdr onn bakar bekas ketua keadilan ceras yangs ekarang ketua keadilan putrajaya.

Kalau laman pun masih PKR belum bersedia untuk direformasi, sejauh mana PKR hendak menguasai media baru ini.sejauh mana kita nak orang percayakan mereka. kenapa laman blog jamil menerima pengunjung melebihi 100,000, orang . sebab orang memerlukan maklumat.jamil ambil maklumat dari merata tempat orang amsuk baca. sebab bila mereka ke laman parti semuanya kaku, tak update, terlambat , maklumat basi.kita nak orang sokong kita , kita nak orang mausk rumah kita ,sarang labah-labah 10 tahun dulu pun ada lagi tak sapu cam mana.

Jamil menulis perkara ini kerana saya melihat dalam PKR (sesetengah orangnya) lebih mengutamakan perang saraf untuk menaikkan nama orang tertentu dalam PKR dan menjatuhkan musuh dengan menggunakan blogger.ada juga pemimpin buat blog tapi setahun sekali update. puan zuraidh ketua wanita jamil jumpa di konvensyen selangor tempoh hari jamil tegur blog tak update. dia terima

Jamil tidak bercadang untuk berbicara secara terperinci bagaimana beberapa orang di kalangan PKR yang menggunakan blogger ini untuk menyerang orang-orang yang tidak disukai dalam PKR dan lebih-lebih lagi orang-orang tertentu dalam PAS bagi mencapai matlamat PKR yang dirancang. Zunar lebih mengetahui perkara ini. Anda boleh bertanya beliau berapa peruntukan kewangan yang diberikan oleh PKR untuk blogger ini mengemas kini bagi tujuan tertentu termasuk menyerang pimpinan yang tidak sehaluan dengan DSAI. Haji Man pun tahu.

Tanpa Nama berkata...

Saya berpendapat perkara ini patut dihindarkan. Fokus kepada Pakatan Rakyat dan perbetulkan matlamat tujuan kelahiran blogger dan berikan tumpuan untuk menjatuhkan Kerajaan Korupsi Barisan Nasional. Utamakan keadilan untuk rakyat.Kita perlukan blogger dan ahli-ahli yang mempunyai kepandaian untuk menang,jangan bongkak , sombong satu keluar 1000 datang. takabur. keluarkan duit sikit cari blogger-blogger yang rajin update bagi sedikit fund biar dia sampaikan maklumat cepat.ni kedekut sangat,semua nak free, buat lama sejuk beku.

Saya berharap benar Suara Keadilan Online menjadi satu daripada sumber maklumat yang perlu bagi kita mencari kebenaran media.Dari dulu lagi suara keadilan online yg sepatutnya online jadi offline. bila sebut keadilan online orang tahu itu pusat sumber maklumat. so apa lagi masukkan maklumat. update selalu.

kalau tak ada orang nak buat keluarkan duit bayar biar jamilkucing buat. kalau orang lain pemalas bak sini jamilkucing rajin.
http://anwaribrahimblog.com/2009/12/24/perutusan-hari-natal-dan-selamat-tahun-baru/#comments

kamal berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.