Isnin, 28 Disember 2009

NASIB BAIK AKU BUKAN ANAK, ATAU MENANTU ORANG BESAR


NASIB BAIK AKU BUKAN ANAK, ATAU MENANTU ORANG BESAR

Dulunya, Bapaku bermazhab sesat UMNO. Telahku usahakan. Akhirnya, dia meninggalkan ajaran sesat UMNO, dan kini masuk PAS. ketika itu, aku baru berumur 14 tahun, iaitu dikala sedang berkain palaikat, berjubah dan berserban bersama menuntut di Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas Kelantan.

Bapaku bukan orang besar. Dia sekadar orang kampung yang terlalu biasa. Tidak mempunyai pendidikan, sehingga membaca pun tidak termampu. Pun begitu, dia amat mengkagumi Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Aku kagum, kini bapaku boleh kagum dengan Menteri Besar Kelantan itu, waima semasa dia UMNO dulu, dia sering kutuk tok guru didepanku.

Aku berkahwin dengan seorang muslimat yang sama-sama menuntut di Mesir berasal dari Negeri terengganu. Bapa mertuaku seorang yang berkerja sebagai security guard di salah sebuah sekolah Menengah di Jertih.

Dia juga orang biasa sahaja. Tidak mempunyai pendidikan tinggi. Membaca surat tulisannya, sudah cukup untuk aku mengatakan bapa mertuaku bukan orang besar.

Mujur aku tidak mempunyai seorang bapa atau bapa mertua yang terkenal dalam masyarakat. Sama ada berjawatan Perdana Menteri, atau Menteri Besar, atau Presiden mana-mana parti dan sebagainya. Jauh sekali, aku merupakan seorang anak atau menantu kepada seorang yang mempunyai nama dari sudut dunia keagamaan. Cukup sekadar anak dan menantu kepada bapa atau mertua yang menjaga agamanya sepertimana wajib menjaga agama oleh orang biasa.

Jika aku adalah anak atau menantu kepada seorang orang besar dari sudut politik, atau sudut dunia keagamaan, sudah pasti factor aku merupakan penyumbang dalam menentu imej bapa atau mertuaku buruk atau tidak.

Lebih aku bersyukur, apabila aku tidak menjadi factor penyebab keburukan imej Islam, dengan sebab aku tidak menjadi menantu kepada mana-mana tokoh agama yang memberi kesan kepada Islam itu sendiri.

Mungkin kalau aku seorang anak atau menantu kepada orang-orang politik, mungkin aku adalah penyebab kejatuhan imej politik bapa atau mertuaku. Mana tau, aku bergantung dengan baju bapa atau mertuaku untuk mencari kekayaan?

Pun mungkin, jika aku seorang anak atau menantu kepada tokoh agama, mungkin aku adalah penyebab kejatuhan imej ketokohan bapa atau mertuaku. Mana tau, sebarang dosa yang aku lakukan, sudah pasti dilihat halal disebabkan aku anak atau menantu tokoh agama?

“Fuh… nasib baik, bapa dan mertuaku bukan orang besar” bentak hatiku.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
29 Disember 2009 * 3:14 petang

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,
Semoga anda diberi petunjukka dan tidak menyebarkan berita fitnah lagi.
Adakah anda tidak malu apabila menyebarkan fitnah. Anda pernah berkata Siasah akan tutup dan andalah orang yang paling suka dan ketawa besarkan kerana gembira mendengar SIasah akan tutup.
Tapi kenapa Siasah masih ada? Kata akan tutup pada hujung tahun ini. Menunjukkan cerita anda adalah palsu dan berniat jahat. Bersihkanlah hati anda yang kotor dan bertaubatlah. Tidakkah anda malu dengan fitnah yang anda buat? Ternyata berita anda adalah berita dari orang fasik yang harus diperiksa .

Tanpa Nama berkata...

rilex la encik zul sulong...

asalnya, memang siasah nak tutup akhir bulan ni, sbb dah kehabisan fulus..tp siasah dpt satu projek iklan dgn salah seorg exco kerajaan selangor dlm minggu ni. projek iklan untuk salah sebuah universiti milik kerajaan...

Tanpa Nama berkata...

Semua Pembaca & Pengomen..

Kaji & selidik dahulu baru berhujah..