Jumaat, 26 Februari 2010

"KULI" DALAM PKR DAN PAS

"KULI" DALAM PKR DAN PAS

Kuli akui sendiri bahawa beliau ikhlas dan masih setia dengan UMNO. Itulah berita yang termaktub dalam Bernama yang dinukilkan oleh malaysiakini. (sila Klik)

Tidak diketahui kebenaran dakwaan kuli itu, tetapi jika diperhatikan kepada usaha dan sejarah politik beliau terhadap melayu, memang amat terbukti. Bermula dari UMNO, kemudian semangat 46 dan seterusnya kepada UMNO pula, benar-benar membuktikan bahawa beliau amat ikhlas dengan melayu. Ini kerana, UMNO dan semangat 46 adalah parti yang meletakkan melayu sebagai asas perjuangan.

Cumanya, Kuli melihat bahawa UMNO telah mengkhianati melayu kelantan, iaitu tidak memberikan hak royalty. Ekoran keikhlasan kuli dengan melayu kelantan, menyebabkan beliau bersedia berdiri dipentas kerajaan negeri kelantan pimpinan PAS dalam menerangkan keadaan yang sebenar; tentang status minyak di kelantan.

Tindakan itu melahirkan "sakit perut" oleh UMNO; iaitu sokongan UMNO di kelantan semakin hari semakin berkurangan dek kerana wujudnya insan ikhlas dengan melayu bernama Kuli. Lantaran kedengaran banyak cadangan agar Kuli dikenakan berbagai-bagai tindakan disiplin dari parti yang beliau "anuti" itu.

Itu dilemma kuli kini. Apakah dilemma ini merupakan ujian bagi kuli, yang menyebabkan Allah memberi pahala kepadanya? Itu soalan yang agak susah untuk dirungkai.

Sekiranya dilemma ini bersangkut paut dengan islam, sudah pasti Allah menjanjikan pahala dengan ujian sedemikian. Janjian pahala sedemikian telah terbukti menerusi ayat-ayat Al-Quran dan As-Sunnah. Namun begitu, jika dilemma ini berbentuk "kemelayuan", tidak tahu nas dari mana untuk menentukan status pahala terhadap ujian terbabit.

Mungkin dilemma yang dihadapai Kuli ini, kerana beliau adalah manusia yang ikhlas dengan Melayu ketika berada dalam parti khianat seperti UMNO. Bagaimana pula status orang yang khianat pada islam dan keadilan yang duduk dalam parti yang baik seperti PAS dan PKR?

Mungkin ia mudah dirungkai secara teori, tetapi sukar diselesai secara praktikal. Lebih-lebih lagi, "team pengkhianat" menguasai sesuatu parti yang baik.

Sekian

p/s : apakah kini UMNO sudah tidak lagi menjadi parti "agama suku – politik suku"?

Wallahu 'alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Danau Kota
12 Rabiul Awal 1431 – 26 febuari 2010 * 5:59 petang

Tiada ulasan: