Ahad, 21 Februari 2010

SIAPA MENTERI BESAR SELEPAS TOK GURU NIK ABDUL AZIZ?

SIAPA MENTERI BESAR SELEPAS TOK GURU NIK ABDUL AZIZ?

Angin bertiup kencang tentang perkembangan politik di Kelantan. Disamping isu Royalti Minyak, yang kelihatan Husam Musa sedang bersilat dalam mendapatkan hak rakyat tersebut, tidak ketinggalan juga isu yang sedang dibicarakan adalah, pengganti Tuan Guru Nik Abdul Aziz bagi jawatan Menteri besar Kelantan.

Husam Musa, ustaz Nik Amar, Ustaz Abdul Halim dan ustaz Muhammad Yaakob adalah nama-nama yang sering kedengaran sebagai calon yang popular untuk jawatan tersebut. Pun begitu, keempat-empat nama ini, tidak dapat menjangkaui kehendak rakyat Kelantan secara majoriti.

Dikhabarkan, Ustaz Baihaqi adalah nama yang paling diterima rakyat kelantan, kerana memandangkan ”ustaz”, ”tuan Guru” dan ”ulama” tidak boleh dipisahkan dari jiwa rakyat Kelantan. Disamping Ustaz Baihaqi merupakan seorang anak kepada salah seorang Tuan Guru yang hebat di Kelantan, Allahyarham Tuan Guru Haji Atiqullah, beliau juga dilihat sebagai seorang pemimpin politik di kelantan yang tidak mempunyai banyak kontroversi negatif dalam minda rakyat kelantan.

Benarkah pengkhabaran tersebut? Kita serah kepada pilihan rakyat Kelantan. Pilihan mereka adalah hak mereka. jika mereka tidak tersalah memilih Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai Menteri besar - insya Allah - mereka tidak akan tersilap dalam memilih pengganti Tuan Guru nik Abdul Aziz.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
7 Rabiul Awal 1431 – 21 Febuari 2010 * 5:04 petang




3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam...

Tolong tafsir surah ke-45 AL-ZUKHRUF ayat ke 87 hingga 89.


jemaah keliru

Tanpa Nama berkata...

ko la!

Tanpa Nama berkata...

COME ON LA BRO, BAIHAQI IS TOO NAIVE AND INEXPERIENCED AS A POLITICIAN. DIDN'T YOU HEAR HOW HE TALKED AT THE FEW NATIONAL LEVEL SEMINARS OR TAKLIMATS? HE NEEDS TEN MORE YEARS TO BE ELIGIBLE TO BE A STATE GVT'S EXCO. TELL ME, WHAT'S WRONG WITH HUSAM, BRO?