Ahad, 21 Februari 2010

SALAHKAH MEREKA TOLONG?

SALAHKAH MEREKA TOLONG?

Dalam perjalanan pulang ke kelantan melalui laluan gerik. Seperti yang diketahui umum, gerik sebuah tempat yang terdapat pokok-pokok besar, binatang buas pun banyak, seperti harimau, gajah dan sebagainya.

Tiba-tiba, apabila sampai di satu jalan, didapati jalan begitu jem sekali. Didapati, ada sebuah pokok besar telah tumbang menutupi jalan.

”wahai orang Islam sahaja, jom kita angkat pokok kayu ini, supaya kita sama-sama boleh sambung perjalanan kita” seorang lelaki muda kelihatan berseban berdiri di atas kayu menjerit.

Dari kalangan yang berada dalam jem itu, terdapat hampir 10 buah kereta yang dinaiki oleh orang yang tidak beragama Islam. salah seorang dari kalangan mereka juga berdiri, ”Wahai kawan-kawan yang tidak beragama Islam, jom kita tolong orang Islam itu angkat pokok kayu yang tumbang ini”

Mendengar teriakan itu, menyebabkan semua keluarga bukan Islam itu keluar untuk membantu. Pun begitu, tiba-tiba seorang lelaki yang beragama Islam lain berkata, ”jangan.. kamu semua tidak boleh tolong..kamu tu kafir.. nanti bimbang kamu akan dapat nama sebab berjaya angkat pokok kayu ini”

Semua keluarga yang tidak beragama Islam itu diam, tidak dapat menjawab. Mereka melihat wajah satu dengan yang lain.

”tak pe la.. kami nak bagi sokongan sahaja, supaya orang-orang islam ada semangat untuk mengangkat pokok kayu ini” ujar salah seorang bukan islam yang ada di situ.

”tak boleh... korang kafir...” bentak seorang lelaki islam yang lain pula.

Lalu datang seorang lelaki Islam yang berserban, jalannya tunduk dan membawa sebatang tongkat.

Dia berkata, ”ala.. memang dorang tu bukan Islam, tapi kalau dia nak tolong kita nak angkat pokok kayu ini, apa salahnya?”

”kita bukan kuat mana pun, lebih-lebih lagi, dalam ramai-ramai kita ni, ada yang sakit jantung la, sakit darah tinggi la, dan macam-macam.. apa salahnya dorang tu tolong kita.. lagi pun, dorang tu bukan nak murtadkan kita pun, sekadar nak tolong kita jer.. yang kita bimbang tak tentu pasal tu kenapa?” ujar lelaki berserban itu.

”Tak leh ustaz.. dorang tu ada agenda..” kata salah seorang anak muda berkopiah putih.

“kalau mu pandai, bijak.. takkan dorang tu boleh agendakan mu?” soal lelaki beserban itu.

“kita kena jadi orang yang bijak. Kita kena pandai ambil kesempatan, sambil tu, kita kena berhati-hati.. jangan dok fikir ancaman, sampai kita tak boleh nak sambung perjalanan hari ini.. silap haribulan, kalau gajah ka, harimah ka datang malam ni, semua kita mati kena makan nanti” tazkirah lelaki berserban itu.

Semua yang beragama islam ada pada hari itu terdiam.

Sekian

Baca sama:
Sistem kehakiman lemah punca campur tangan luar

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
8 Rabiul Awal 1431 – 22 febuari 2010 * 3:39 petang


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tunggulah mungkin lepas ni ada negara Islam seperti Turkey dan tokoh tokoh Islam lain keluarkan kenyataan sokongan juga. Nak juga tau apa macam Dr. Samsuri nak pusing lagi lepas ni.

aljo berkata...

Dia orang ni faham ke kias-kias macam ni ustaz? Setahu saya puak-puak tu mana reti bahasa.

Susah ustaz, puak-puak ni kena cakap straight forward je.

Tanpa Nama berkata...

1.tenguk la kapiaq yang macam mana!
2.Awatt la bodoh hang ni!!
3.Kapiaq tu sokong ka!penubuhan sebuah negara islam!!
4.Sah!!hang ni!akai pendekkk!
5.Sebabtu dok kena tarik idung dengan puak kapiaq!!!

Amri Mat Saaid berkata...

salam Ustaz 1 ji

Dalam tul ayat tu ha ha