Isnin, 24 Mei 2010

BEDA AL-KHAIR DAN AL-MA’RUF?



Kalimah Ma’ruf [معروف] berasal dari kalimah “Ma’rifah” [معرفة] bermakna tahu. Adapun kalimah Al-Khair [الخير] berasal dari kalimah “Al-Khiyar” [الخيار] bermakna pilih.

Dari sudut terjemahan bahasa melayu, kedua-dua kalimah ini diterjemah sebagai “kebaikan, kebajikan”.

Apabila disebut ma’ruf, bermakna sesuatu kebaikan itu perlu diberi kefahaman. Ia agak susah hendak difahami, melainkan perlu ada pemberitahu.

Adapun Al-Khair, ia bermakna mengetahui kebaikan dengan iktiyar atau pilihan manusia, tanpa diajar oleh sesiapa pun. Ia boleh difahami dengan fitrah semulajadi yang Allah berikan kepada manusia.

Semua manusia secara fitrah suka kepada bersedekah, berkasih sayang, tolong menolong dan benci kepada mencuri, rogol, dikhianati dan sebagainya. Tetapi, manusia agak sukar mengakui kebaikan hukum hudud tanpa mereka diberi kefahaman terlebih dahulu.

Justeru itu, tidak hairan Allah SWT menyatakan dalam Al-Quran;

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ

Maksudnya;
“Hendaklah daripada kalangan kamu ada umat yang menyeru kepada “khair” dan menyuruh kepada “ma’ruf””

(Surah Al-Imran : 104)

Ayat ini, Allah SWT menyebut “menyeru kepada Al-Khair”, tetapi dalam perkara Ma’ruf, perlu disuruh. Persoalannya, apa bedanya?

Kebaikan yang difahami secara fitrah [al-khair], tidak perlu disuruh, sebaliknya diajak, manusia pasti akan menerimanya. Benci kepada dicuri, tidak perlu diberi kefahaman, malahan sekadar ajak pun manusia sudah memahaminya.

Adapun kebaikan yang perlu diberitahu [ma’ruf], perlu kepada pemberi kefahaman terlebih dahulu. Ekoran itu, Allah menggunakan perkataan “menyuruh”, bukan “menyeru” dalam perkara yang ma’ruf. Dengan perkataan lain, setelah diberi kefahaman, baru boleh menyuruh mereka agar melaksanakannya. Tanpa memberi kefahaman, sukar untuk mereka menerimanya.

Apabila disebut “Al-Khair” mesti terkandung maksud “Ma’ruf”. Tetapi, apabila disebut “Ma’ruf” tidak semestinya “Al-Khair”, sebab termasuk juga dibawah maksud Al-Khair adalah mencegah dari kemungkaran [ينهون عن المنكر].

Bermakna, lafaz “Al-Khair” itu bersifat Umum. Dan lafaz “Ma’ruf” bersifat Khusus.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
25 Mei 2010 * 3:44 pagi

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Ust Wan Ji

Jgn cari ayat Quran yang kena batang hidung UMNO saja .... tapi bila kena batang hidung PAS, cari tak jumpa pulak ....

Fatwa Nik Aziz, PAS dan halatuju politiknya...

http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=9668

Tanpa Nama berkata...

salam,

kalau cari betul2 mmg jumpa bro. tp parti org baik2 ni diorg selalu istighfar, jadi Allah Ta'ala tutuplah keburukan dia dan tonjolkan yg baik2 shj....

Umno kena banyakkan istighfarlah, buang unsur2 karut marut , khurafat dan bid'ah politik

rimbun pohon berkata...

Assalamualaikum ust.

Alhamdulillah.Satu kupasan yang menarik dan ilmu baru untuk saya.Saya berharap ustaz dapat memperbanyakkan kupasan tafsir berdasarkan lughah sebab rasa seronok dapat tengok kecantikan al-quran melalui bahasa.Jazakallah kher.

*Pandangan komen pertama juga boleh dipertimbangkan supaya para penyokong PR tidak sentiasa bangga menunjukkan kesalahan orang,bahkan sangat perlu pada sesetengah waktu duduk bermuhasabah melihat kesalahan kita.

Sekadar pandangan seseorang yang kurang berilmu.Wallahu a3lam.

Tanpa Nama berkata...

tulih kencang je kat tepi blog.....

"Qiyadah tak boleh tutup pintu muhasabah. Ahli wajib awasi pimpinan supaya mereka lurus. Ahli lalai muhasabah pimpinan adalah dosa kerana abai suruhan Allah. Qiyadah perlu suruh ahli muhasabah mereka, dan tidak boleh pisahkan hal peribadi dan tanzim. Masalah peribadi pimpinan adalah masalah jamaah. Qiyadah mesti muhasabah kepada Qa'id dan sesama sendiri"

- As-Syaikh Said Hawa, Jundullah.

padahal nik aziz lantik menantu dalam kerajaan.lepas tu diam dan buat macam macam alasan bila kantoi

pemimpin yang lain sibuk kaut hasil balak.tipu duit ahli Pas yang bersungguh.tarbiyah ler sama pemimpin tu.jangan sebab konon pemimpin,maka tak perlu ditarbiyah

Tanpa Nama berkata...

Umno kena banyakkan istighfarlah, buang unsur2 karut marut , khurafat dan bid'ah politik

2010 Mei 24 23:11

Macamna hang tau UMNO tak istighfar ... itu UJUB dan BONGKAK pengikut PAS .... seolah2 dah dapat TIKET ke SYURGA ...


""Qiyadah tak boleh tutup pintu muhasabah. Ahli wajib awasi pimpinan supaya mereka lurus. Ahli lalai muhasabah pimpinan adalah dosa kerana abai suruhan Allah. Qiyadah perlu suruh ahli muhasabah mereka, dan tidak boleh pisahkan hal peribadi dan tanzim. Masalah peribadi pimpinan adalah masalah jamaah. Qiyadah mesti muhasabah kepada Qa'id dan sesama sendiri""

Ust Wan JI: sesuai dgn keazaman tuan di atas, sila ulas apa yg berlaku tentang pengurusan KOHILAL .. berikan pembelaan pada yg teraniya (pelabur2...yg telah lebur)