Ahad, 23 Mei 2010

SIYASAH KE ARAH PERLAKSANAAN ISLAM

satu lagi ijtihad baru PAS yang bersifat berani. ia merupakan bukti bahawa benar slogan "PAS For All"


[1]

Dalam usaha melaksanakan Islam, ia memerlukan kepada siyasah. Setelah berjaya menubuhkan kerajaan Islam, pun memerlukan kepada siyasah.

Dalam bahasa Melayu, Siyasah diterjemah sebagai politik. Apabila disebut siyasah, ia tidak lepas daripada menimbang antara mudharat dan maslahah.

Perlaksanaan Hudud adalah wajib, tetapi perlu difikirkan mudharat jika segera dilaksanakan; Apakah mendatangkan mudharat atau maslahah?

Tidak dinafikan, semua ketetapan Allah adalah memberi kemaslahatan kepada manusia. Namun, jika dilaksanakan hudud dalam keadaan rakyat tidak faham, apakah ia akan mendatangkan mudharat atau tidak? Itu wajar diberi perhatian.

Jadi, melaksanakan hudud adalah wajib, tetapi cara perlaksanaannya memerlukan kepada siyasah. Apakah perlu dilaksanakan dengan segera atau tidak? Apakah dengan segera melaksanakan itu, akan menghasilkan kemudharatan pada hukum itu sendiri, seperti penolakan terhadap hukum itu secara total atau tidak? Itu yang wajib diberi perhatian.

Tidak hairan, Umar bin Abdul Aziz ada menyebut setelah ditanya oleh anaknya bernama Abdul Malik, tentang beliau tidak melaksanakan Islam secara total setelah mengambil tampuk pemerintahan.

Umar berkata;

لا تعجل يا بني , إن الله ذم الخمر في القرءان مرتين , وحرمه في ثالثة , و الله إني أخاف أن أحمل الحق على الناس جملة , فيدفعواه جملة

Maksudnya;
“Jangan kamu gopoh wahai anakku. Sesungguhnya Allah cela arak dalam Al-Quran sebanyak dua kali, lalu diharamkan pada kali ketiga. Demi Allah, Aku bimbang melaksanakan kebenaran kepada manusia secara total, lalu mereka menolaknya secara total”

Sebab itu, hudud perlu dilaksanakan. Tetapi, sebelum dilaksanakan, didahulukan usaha pemahaman hukum hudud kepada rakyat adalah perlu. Agar, dengan perlaksanaan hudud itu tidak mendatangkan mudharat besar, seperti pemberontakan dan penolakan terhadap hukum Allah secara besar-besaran. Jika ini berlaku, sudah pasti ia akan melahirkan kemudharatan dalam pentadbiran, walhal kemudharatan itu dilarang oleh Allah SWT.

[2]

Jika kita membaca kitab ”As-Siyasah As-Syariiyyah” karangan Dr Yusuf Al-Qaradhawi, kita akan dapati bahawa Dr Yusuf Al-Qaradhawi mendatangkan satu kisah yang berlaku di zaman Umar bin Al-Khattab menjadi Khalifah.

Zaman Umar, terdapat satu kabilah arab yang beragama Nasrani yang berlindung dibawah kerajaan Umar. Bangsa tersebut dikenali sebagai bani Tughlub [ada baca : Bani Taghlab].

Memandangkan Umar tahu bahawa bani Tughlub ini tidak dapat menerima sekiranya mereka merasakan mereka sebagai bangsa ‘kelas kedua’ dalam kerajaan, malahan boleh mengakibatkan pemberontakan, menyebabkan Umar bin Al-Khattab menukar penggunaan kalimah jizyah yang wajib mereka bayar kepada kerajaan dengan nama bayaran zakat.

Hakikat bahasa, zakat hanya dikenakan kepada orang Islam. orang tidak islam tidak dikenakan bayaran zakat, tetapi membayar jizyah. Namun bimbang kemudharatan yang lebih besar akan menimpa, menyebabkan Umar bin Al-Khattab menukar daripada kalimah jizyah kepada zakat, waima terhadap Bani Tughlub yang tidak beragama Islam
[1].

Dari politik Umar ini, kita dapati bahawa umar tidak mementingkan Nama, sebaliknya mementingan benda yang diberi nama.

Maka begitujuga dengan istilah negara Islam. Dari sudut sejarah, istilah negara Islam bukannya datang dari Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW, malahan dari mulut salaf soleh. Sebaliknya, ia adalah istilah yang dicipta oleh Rashid redha.

Asal istilah itu adalah, untuk menyekat serangan yahudi yang berusaha menjatuhkan khalifah Osminiyyah, tetapi kurang berjaya kerana pergerakan yahudi ketika itu sudah berada ditahap yang sudah hampir kepada penguasan kerajaan.

Istilah ini diguna pakai sehingga hari ini. Malahan, berjaya diburukkan maksudnya oleh sebilangan tokoh-tokoh sekular, seperti Mustafa Kamal Art-tarturk.

Di Malaysia, istilah ini diburukkan oleh UMNO. Menyebabkan, dengan istilah ini Islam yang diperjuangkan oleh PAS ditolak oleh rakyat; khususnya mereka yang tidak beragama Islam.

Jadi, tidak perlu diperbesarkan istilah negara Islam, tetapi yang paling penting adalah usaha perlsakanaan islam itu sendiri. Antara mempertahankan istilah dengan perlaksanaan Islam, sudah pasti dari sudut awlawiyyatnya [keutamaan], perlaksanaan itu adalah lebih penting.

Ini kerana, kaedah ada menyebut;

الحكم يدور على المسمى , لا على الإسم

Maksudnya;
“hukum itu berlegar pada benda yang diberi nama, bukan pada nama”

[3]

Dari sudut siyasah juga, kita perlu mempunyai plan tindakan dalam usaha perlaksanaan Islam. ia memerlukan target dalam jangka masa pendek, dan target untuk jangka masa yang panjang.

Penubuhan Negara Islam adalah satu kewajipan. Perlaksanaan hukum hudud juga adalah satu kewajipan. Tidak boleh menafikan kewajipan ini, malahan menafikannya boleh menggugatkan aqidah.

Namun, sudah berkurun dan berabad Negara Islam telah diruntuhkan, maka membangunkannya semula satu kesusahan; memerlukan berbagai-bagai strategi yang cukup licik. Keadaan ini lebih menjadi rumit, apabila Negara kita mengamalkan sistem demokrasi berpilihanraya.

Justeru, dalam usaha menubuhkan kerajaan Islam, kita memerlukan plan jangka masa pendek; seperti kita tidak terus mengemuakan idea negara Islam terlebih dahulu, sebaliknya mengemukakan dahulu idea kerajaan berkebajikan, kerajaan yang adil, kerajaan yang demokratik dan sebagainya.

Target jangka masa pendek ini adalah bertujuan, untuk mendapat ruang gerakan Islam untuk menghampirkan diri dengan rakyat; dalam usaha memahamkan mereka tentang Islam. apabila semakin hari, semakin rakyat memahami Islam, barulah kita kemukakan idea negara Islam yang merupakan cita-cita kita sejak sekian lama.

Jika ini yang kita lihat, pasti kita akan menilai bahawa kenyataan Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang dikenali sebagai ”Amanat Pemangku presiden” sebagai satu ucapan yang cukup mempunyai wawasan dan masa depan. (sila Klik)

Secara analoginya, jika kita dapat bayi pun, kita tidak terus paksa dia naik basikal, sebaliknya kita mulakan dengan bercakap, kemudian berjalan dan seterusnya naik basikal.

[4]

Tindakan gopoh melaksanakan islam tanpa memberi penerangan kepada rakyat terlebih dahulu merupakan cara berpolitik taliban. Ekoran itu, undang-undang islam tidak berjaya dilihat indah disisi rakyat Afghanistan.

Justeru itu kita melihat, apabila Taliban diserang, rakyat taliban sendiri tidak mendokong taliban. Akhirnya, taliban jatuh disamping undang-undang Islam juga dibenci oleh rakyatnya sendiri.

Di Malaysia, dengan penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat merupakan satu ruang yang terbuka kepada PAS memberi penerangan dan penerapan terhadap keindahan Islam dari sudut pemerintahan. Apabila ini berjaya dilakukan, tidak mustahil dalam dua atau tiga PRU umum akan datang, Islam akan memerintah di Malaysia.

Hasilnya semakin kelihatan, apabila kita dapati DAP sendiri sudah mula tidak marah kepada istilah negara Islam dan tidak takut kepada hudud, waima sering diratib secara propaganda oleh UMNO – Laknatullah Alaih.

Ya, kejayaan ini dicemburui dan didengki oleh UMNO. ekoran itu, berbagai-bagai tuduhan yang dilemparkan kepada PAS, tetapi ternyata PAS semakin hari semakin diterima, dan UMNO semakin hari semakin dibenci rakyat.

Takbir...

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
24 Mei 2010 * 9:31 pagi



[1] Sila baca dari muka surat : 146 – 148.

14 ulasan:

Hisyamuddin Che Ali berkata...

Salam ziarah..truskan perjuangan..sedarkn masy, yg umno pengkhianat rkyat..(mhn link,shbt)

Sang Harima berkata...

Asslamualaikum ustaz.

Tok Guru Ayah Chik merupakan seorang ulamak dalam bidang Siasah yang hebat di dunia. (Gua ada baca satu artikel tentang ulamak-ulamak besar dunia yang masih hidup. di Malaysia, tok guru Nik Aziz dan Ayoh chik ada dalam senarai tu.) Jadi, tak hairanlah beliau berfikiran sebegini jauh. Juga sama dengan cadangannya tentang UG, gua juga ada baca artikel yang beliau sebelum keluarkan cadangan tu, telah berbincang dengan ulamak-ulamak dunia yang laim. Tetapi, cadangan itu telah memakan diri beliau sendiri.

*sape tak puas hati dengan komen ni, cari gua. Ayoh chik suruh kita bertanggungjawab dengan segala apa yang kita tulis, tunjuk siapa kita. Bukan tanpa nama..

Tanpa Nama berkata...

Salam Wan JI,
UMNO – Laknatullah Alaih (mu mati nanti mu jawab dgn semua Ahli UMNO)


"Hasilnya semakin kelihatan, apabila kita dapati DAP sendiri sudah mula tidak marah kepada istilah negara Islam dan tidak takut kepada hudud, waima sering diratib secara propaganda oleh UMNO – Laknatullah Alaih"


Tapi wan ji terlupa atau dgn sengaja tidak mengkaji fakta2 yg terdapat dlm blog DAP. Sila Baca sebahagiannya:

"DAP bagaimanapun tetap berpegang kuat kepada komitmennya bahawa Malaysia hendaklah kekal sebagai sebuah negara demokratik, sekular dan berbilang agama. Kerjasama DAP dengan tiga parti pembangkang lain adalah berdasarkan manifesto bersama BA “Ke Arah Sebuah Negara Malaysia Yang Adil” demi memusnahkan hegemoni politik BN dan menghancurkan rantai kongkongan yang membataskan hak dan kebebasan rakyat Malaysia yang menjejaskan keadilan, kebebasan, demokrasi dan pemerintahan yang baik.

Dia atas kewajaran tersebut, DAP mengambil keputusan untuk tidak lagi berada di dalam gabungan BA ini apabila ianya dicemari oleh desakan satu parti komponen bahawa sifat sekular negara ini harus digantikan dengan pembentukan Negara Islam."

Nota: macam mana Wan Ji mengatakan DAP semakin tidak marah

Tanpa Nama berkata...

Salam Semua

Carilah kesamaan ...

Ust Kazim Elias - Part 4 Sibuk berpolitik

http://www.youtube.com/watch?v=x1nwsVUgSlk

Berdamai ... sokong UG

Tanpa Nama berkata...

1.Dah kata mamat ni hidup dengan alam khayalan!hidup penuh dengan mimpi!macam pak kaduk dulu!!
2.dari hang dok harapkan puak kapiaq harbi!lebih baik hang cari jalan macammana nak tarik puak melayu dan islam dekatkan diri dengan Pas!dari 20-25% yang sokong pas lani!hang carila jalan supaya 60-70% umat islam dekati dan sikong pas!
3.kalau itu terjadi!pas boleh tubuhkan sebuah kerajaan Islam dimalaysia!kalau pas mau la!
4.Tapi!!!!isu kohilal!isu ariffahmi!isu balak kelantan!!membuatkan ramai orang islam jauhkan diri dari pas!!!!

Tanpa Nama berkata...

Salam Semua,

Ini pendapat Ust Kazim Elias tentang apa yg berlaku dlm suasana politik di Malaysia sekarang ....

pesan2 nabi;
kalau ada panah patahkan ....

http://www.youtube.com/watch?v=KV_6pzXQ40Q

Bila rakyat Amerika dibantu oleh Iraq sendiri menjatuhkan Saddam akhirnya ia jatuh ...

Bila UMNO dijatuhkan oleh DAP dgn dibantu oleh PAS ...

Wajib dengar ....(jgn jadi Pak Turut)

ahli pas berkata...

Salam Ustaz, salah satu cara mendera penulis upahan umno dilaman in dengan menyekat tulisan mereka mereka ini biar mereka meroyan. Terlal menjijikkan car tulisan mereka. Selepas ini tengoklah serangan tanpa nama ini kerana tekena batang hidung mereka. Insyallah akan menagmuk sakan kalangan tanpa nama ini.

rimbun pohon berkata...

Assalamualaikum w.b.t.

Terima kasih saya ucapkan atas jasa baik ustaz menjawab persoalan saya didalam komen yang terdahulu.

Saya mempunyai beberapa kemusykilan yang berharap pada pencerahan(asyik soalan je kan..minta maafla ye)

1-Pihak DAP adalah sebuah parti yang majoriti ahlinya adalah orang yang tidak beragama islam.Kenapa PAS memilih untuk bergabung dengan mereka instead of menumpukan tenaga yang ada pada mencari sokongan padu orang melayu dan islam kalaupun tak nak bergabung dengan UMNO(saya agak jelas isu UMNO khianat Pas dulu,jadi PAS tak mahu sejarah berulang) kerana kita pastilah lebih percaya pada orang islam.

Juga tindakan PAS untuk cari crowd seakan membuka peluang pada jemaah islam lain untuk mengkritik yang PAS lebih mementingkan kuantiti berbanding kualiti ahli/penyokong.

Saya dengan rendah diri berharap ustaz dapat memberi penjelasan berkenaan soalan ini.Segala usaha ustaz saya dahului dengan ucapan Jazakallahu khairan kathira.

Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

"ahli pas berkata...

"Salam Ustaz, salah satu cara mendera penulis upahan umno dilaman in dengan menyekat tulisan mereka"

Kata memperjuangkan kebebasan bersuara dan Anti ISA.... baru dapat kendali blog (bukan kerajaan lagi) dah nak gam sana .. gam sini ... apa lah lu ....

Tanpa Nama berkata...

"Hasilnya semakin kelihatan, apabila kita dapati DAP sendiri sudah mula tidak marah kepada istilah negara Islam dan tidak takut kepada hudud, waima sering diratib secara propaganda oleh UMNO – Laknatullah Alaih"

Jawapan utk "DAP sudah mula tidak marah"

Surah Al-Kaafiruun
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
"Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
"Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
"Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
"Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
"Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".

Tanpa Nama berkata...

Nampak tak? geng penyerang berani mati katak pihak sana tu dah mula serang.... betul tak? Geng sekolah dewasa dalam filem P Ramlee. wakak kakak kkakkakk jerat ahli pas dah mengena .

Tanpa Nama berkata...

Kepada 2010 Mei 24 21:53

Ambil pengajaran isu KOHILAL ... perbaiki dulu dalaman PAS ... Jgn asyik "kuman seberang laut nampak, gajah depan mata buat2 tak nampak ..."

wakak kakak kkakkakk ......

Tanpa Nama berkata...

"Hisyamuddin Che Ali berkata...

Salam ziarah..truskan perjuangan..sedarkn masy, yg umno pengkhianat rkyat"

Sedarkan dulu ahli PAS yg begitu mudah dapat tiket ke syurga ....

Tanpa Nama berkata...

Penyokong Pas bukan Islam diingat jangan terburu buat tuntutan


2010/05/26
RANTAU PANJANG: Penyokong Pas bukan Islam diingatkan supaya tidak bersikap terburu-buru dalam membuat sebarang tuntutan terhadap parti itu walaupun mereka akan diberi hak bersuara apabila diterima menyertai gabungan atau sayap baru dalam parti itu.

Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, walaupun pada prinsipnya ahli Pas bersetuju dengan kenyataan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menerima bukan Islam sebagai anggota parti, mereka harus lebih berhati-hati. Menurutnya, ia kerana perkara tersebut akan diperincikan Abdul Hadi dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Agung parti bulan depan. "Oleh itu, kita minta mereka (bukan Islam) jangan terburu-buru dalam membuat sebarang tuntutan sebelum ianya diperjelaskan oleh pucuk pimpinan parti," katanya di sini hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas, Hu Pang Chaw, bahawa penyokong Pas bukan Islam mahu dipercepatkan kelayakan mengundi dalam parti.

Abdul Fatah juga menasihatkan ahli baru parti supaya memahami budaya Pas yang tidak mudah menerima sesuatu pandangan atas dasar mendesak. - Bernama

"belum apa2 lagi ..... tapi tak pa, kan "PAS for ALL"