Sabtu, 29 Mei 2010

PEMIMPIN MESTI ADA ‘PETA PERANCANGAN’


[1]

Pemimpin yang hebat mempunyai wawasannya tersendiri. Apabila dia memegang sesuatu tampuk pemerintahan, hendaklah sudah wujud plan dan perancangan untuk mencapai sesuatu wawasan tersebut.

Pemimpin yang tidak mempunyai ‘plan’ dalam otak mereka, tidak akan dilihat hebat. Malah, tidak mustahil kepimpinannya penuh dengan kelembapan dan seterusnya akan ditolak oleh rakyat, ekoran tidak berjaya hendak mengatasi perlumbaan dalam merebut pengaruh.

Apabila seseorang pemimpin itu sudah mempunyai ‘plan’ dalam otak mereka, strategi perlaksanaan terserah kepada orang keliling mereka. jika bijak orang kelilingnya, maka berjayalah dia mengotakan ‘plan’nya. Sekiranya orang kelilingnya tidak bijak, tidak mustahil pemimpin itu akan menjadi beban kepada sesuatu pertubuhan, mahupun kerajaan yang dipimpinnya.

Disamping seseorang pemimpin itu mempunyai perancangan masa depan, diperlukan juga kepadanya mempunyai penasihat-penasihat yang boleh berkongsi pandangan dan memberi pendapat-pendapat yang bernas dalam mengelolakan sesuatu organisasi agar dilihat relevan setiap masa.

Mustahil seseorang pemimpin itu mampu berfikir sendirian, tanpa mereka mempunyai penasihat dan ‘orang yang boleh bertukar pandangan’ yang dapat melahirkan idea-idea yang bernas.

Justeru, penasihat yang bijak amat diperlukan oleh seseorang pemimpin bagi melahirkan kejayaan dan ke’relevan’an terhadap pimpinannya.

[2]

Jika diperhatikan, dunia mengetahui bahawa antara pemerintahan yang hebat adalah di zaman pemerintahan Umar bin Al-Khattab. Kehebatan Umar, disebabkan beliau mempunyai ‘plan’ dalam mengemukakan agenda kerajaan perintahannya, disamping dia mempunyai penasihat [orang kelilingnya] yang bijak.

Dalam kitab al-Mughni karangan Ibnu Quddamah, didatangkan satu kisah Umar bersama dengan seorang penasihatnya yang bernama Kaab bin Suwar. Suatu hari, ketika mereka berdua sedang berbual-bual, seorang perempuan muda telah datang.

“wahai Amir Al-Mukminin, Aku tidak pernah mendapati seorang lelaki yang cukup baik melainkan suamiku. Demi Allah, sepanjang malam dia menunaikan solat, dan bersentiasa berpuasa pada siang hari” Perempuan muda itu berkata kepada Umar.

Mendengar apa yang diucapkan perempuan itu, menyebabkan Umar memuji suami perempuan terbabit. Pujian yang diberikan umar itu, menyebabkan perempuan itu merasa malu dan terus berlalu pergi.

Keadaan itu diperasankan oleh penasihat Khalifah, Kaab bin Suwar.

”Wahai Amir Al-Mukminin, sebenarnya kedatangan perempuan itu adalah untuk melaporkan sesuatu perkara kepada kamu” ujar Kaab.

Umar terkejut, kerana tidak perasan tentang maksud kedatangan perempuan muda itu. Umar bertanya Kaab, ”apa sebenarnya yang mahu dilaporkan oleh perempuan itu wahai kaab?”

”itu adalah perempuan muda, sudah pasti dia menyatakan bahawa suaminya sentiasa tidak bersamanya, ekoran sepanjang malam menunaikan solat, dan berpuasa disepanjang siang hari”

Mendengar penjelasan Kaab itu, baru Umar perasan, lalu meminta agar perempuan itu dipanggil untuk berjumpa dengan Umar.

Apabila perempuan itu sudah berada di hadapan Umar, beliau bertanya, ”Wahai perempuan, apakah kamu datang tadi ingin melaporkan tentang suami kamu yang meninggalkan tempat tidurnya bersama kamu?”

”benar wahai Amir Al-Mukminin. Sesungguhnya aku adalah seorang perempuan muda. Aku memerlukan, sepertimana perlunya perempuan-perempuan yang lain”

Mendengar itu, Umar terus mengarahkan agar suami perempuan itu datang mengadap. Apabila suaminya berada di hadapan Umar, beliau telah menyuruh Kaab supaya menjatuhkan hukuman.

Diperingkat awal, Kaab menolak untuk menjatuhkan hukum, namun setelah Umar berkata, “aku minta kamu berhukum terhadap suami perempuan ini, kerana kamu memahami tentang apa yang aku tidak memahaminya”

Keizinan Umar itu, menyebabkan Kaab membenarkan kepada suami perempuan itu berpuasa dan solat malam selama tiga hari, dan melarang kedua-dua ibadat itu pada malam yang keempatnya.

Umar bertanya, bagaimana Kaab menjatuhkan hukuman sebegitu. mendengar soalan Umar itu, Kaab terus berkata bahawa beliau berhujjah dengan merujuk kepada firman Allah SWT yang berbunyi;

فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ


Maksudnya;
“Kahwinilah apa yang baik bagi kamu dari perempuan itu dua, tiga dan empat”

(Surah An-Nisa’ : 3)

Seakan-akan suami perempuan itu beristeri empat, dan ketiga-tiga malam dia beribadat itu seperti malam bersama tiga isteri, dan malam keempat itu sebagai malam giliran untuk isterinya.

Mendengar penjelasan Kaab yang merupakan penasihat Umar, menyebabkan Umar berkata, “hukuman kamu ini, lebih aku kagum berbanding firasat kamu terhadap perempuan tadi
[1]

[3]

Sepertimana yang kita tahu, Umar adalah seorang tokoh pemimpin politik yang cukup hebat. Disamping kezuhudan, di zaman beliaulah, banyak ijtihad-ijtihad baru yang dikemukakan oleh beliau.

Dengan kebijaksanaan berpolitik itu, menyebabkan pemerintahan Islam tersebar luas; bukan sekadar di sekitar arab, tetapi sudah menjangkaui diluar dari batasan arab.

Apa yang kita dapati, Umar bukan sekadar seorang yang bijak, malah beliau seorang pemimpin yang mempunyai penasihat-penasihat yang hebat. Ini menyebabkan, beliau sentiasa dilihat sebagai seorang pemimpin yang relevan di zaman beliau, malahan di zaman kini.

Sekian

Wallahu ‘Alam


- Sri Indah (b) Sg Buloh
30 Mei 2010 * 12:06 Pagi







[1] m/s 11/397.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1.Peta perancangan nik aziz!mimpi!!
2.Kapiaqkan sesama islam!!
3."islamkan" puak kapiaq!!Syok sendiri la tu!!
4.Kelantan dah maju mengatasi negeri lain!ayaq paling bersih!hutan balak boleh kat sesama islam!!tak dak lagi puak yahudi berniaga kat kelantan!!
5.Peta perancangan nik aziz!!realiti!!
6.Ceramah!!!ceramah!!ceramah!!siang dikedai kopi!malam dengaq ceramah!!
7.Merempat!!merempat!!merempatt!!cari makan dinegeri orang!!mengundi dinegeri sendiri!!
8.Kena cucuk idung!!kena cucuk idungghg!!puak kapiaq berapa kerat jee kat kelantan!!habis balak kena sapu!!!

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Para pembela kumpulan UG sudah menyerang Ust Wan Ji tahap yang tertinggi dan kemuncak nya hingga dapat kita lihat perkataan perkataan mereka tidak lagi menggunakan akal sebalik nya nafsu yang menggila. Memang begitulah kalangan pengampu dan pembodek yang tidak ada pegangan pada apa apa sumber melainkan untuk wang dan sedikit kedudukan di dunia.

Mereka telah memperlihatkan indikasi indikasi kehilangan inisiatif yang memberikan petunjuk kehancuran atau kegagalan segala usaha mereka. Insyallah kerja kerja tanpa barakah itu tidak lama bertahan nya. Akhirnya pasti akur kepada kehendak azali. Berjuang dalam pas mestilah jujur dan ikhlas dan bukan ada agenda sendiri. Ustaz Wan Ji teruskan perjuangan Ustaz kerana kami sedar siapa yang benar atau siapa yang tersasar.