Ahad, 9 Mei 2010

TUKAR KETUA POLIS

TUKAR KETUA POLIS

(1)

Zaman nabi Muhammad SAW, umat amat baik sekali. Setelah nabi menjejakkan kaki baginda di madinah dalam sejarah hijrah, pasti kita tidak akan kedengaran umat islam semakin berkurangan. Yang kedengaran adalah, umat Islam semakin bertambah dan bertambah.

Umat zaman itu baik. Antara factor utama adalah, ketua mereka adalah orang baik. Ketua mereka ketika itu, tidak lain dan tidak bukan adalah manusia yang paling baik atas muka bumi; nabi Muhammad SAW.

Begitujuga orang tidak lupa dengan Umar Abdul Aziz. Walau memerintah tidak lama, iaitu sekadar 2 tahun 5 bulan sahaja, beliau berjaya memberi model pemerintahan sehingga hari ini manusia tetap memperkatakan tentangnya.

Rakyat dibawah pemerintahannya, semuanya baik-baik. Waima miskin, mereka suka buat kebajikan. Jika yang miskin suka buat kebajikan, maka usah bicara tentang orang kaya. Sudah pasti, derma dan infaq mereka amat mengkagumkan.

Mengapa rakyatnya sebegitu hebat? Tidak lain dan tidak bukan, kerana rakyat itu mempunyai seorang pemimpin yang hebat dari sudut kebajikan.

Ekoran itu, tidak hairanlah Umar Abdul Aziz sendiri pernah berkata;

"Manusia itu berdasarkan agama ketua mereka"

(2)

Rakyat kelantan, amat sinonim dengan rakyat yang suka memakai serban. Kemana sahaja kita berada dalam negeri kelantan, pasti kita akan terlihat orang memakai serban. Semuanya bersebab, rakyat kelantan mempunyai seorang ketua kerajaan yang suka berserban.

Cara politik mereka tidak sama dengan cara politik orang di luar kelantan. Dalam masyarakat mereka, budaya mendengar ceramah dan kuliah agama amat sinonim. Justeru, mereka tidak menjadi susah untuk menghimpun ribuan manusia dalam satu masa untuk mendengar ceramah dan kuliah agama.

Semuanya bersebab, ketua negeri mereka sendiri suka memberi ceramah dan kuliah. Apabila ketua sesuatu kaum itu begitu, maka rakyatnya akan jadi seakan-akan ketua mereka juga, waima tidak semua.

Pastinya, Umar Abdul Aziz pernah menyebut;

"manusia itu berdasarkan agama ketua mereka"

(3)

Malaysia ditimpa malang yang amat sangat. Budaya pihak polis menembak rakyat tanpa hak sedang berleluasa sekali.

Kelmarin dulu kita dengar seorang rakyat mati ditembak polis dengan alasan yang tidak munasabah langsung; kelmarin pula kita dengar seorang rakyat ditembak polis dengan alasan peluru sesat; dan kini kedengaran pula rakyat ditembak dengan sebab naik motor laju; juga alasan yang tidak munasabah.

Susah hendak menilai semua ini. kerana, kesalahan yang kedengaran dari pihak tertinggi polis, banyak menyalahkan mangsa tembakan. Jika di salahkan kepada anggota polis yang menembak pun, mungkin sekadar kesalahan itu dikemukakan, tetapi tetap mempunyai alasan untuk mempertahankan tindakan anggota polis terbabit.

Asas penubuhan pasukan polis adalah, untuk menjaga keselamatan rakyat. Tetapi, jika dengan keberadaan polis itu menyebabkan rakyat rasa tidak selamat, nak buat apa ada polis. bermakna, fungsi polis sudah tidak sealiran dengan asas tujuannya.

(4)

Kedengaran sebelum ini dakwaan dari ketua polis Negara sendiri bahawa beliau mempunyai sijil ijazah, tiba-tiba terbukti bahawa beliau menipu. Nampaknya, rakyat mahu ditipu oleh ketua polis.

Menipu adalah budaya terkutuk dan terkeji. Apabila menipu, menunjukkan ketua polis tidak mempunyai sifat amanah. Apabila tidak mempunyai sifat amanah, tidak hairan kalau ada anggota polis yang bersalah, pasti beliau akan mempertahankannya, waima terpaksa keluar kenyataan yang berbau bodoh.

Kalau ketua polis kaki menipu rakyat, tidak hairan kalau ada orang bawahan polis boleh menembak rakyat. Orang melayu dulu-dulu ada menyebut pepatah yang berbunyi, "ayah kencing berdiri, anak kencing berlari"

Dan ia tidak bercanggah dengan maksud perkataan Umar Abdul Aziz;

"manusia berdasarkan agama ketua mereka"

(5)

Taqwa adalah perkara asasi dalam kehidupan. Apabila manusia itu bertaqwa, pasti mereka akan menunaikan amanah mereka, sama ada terhadap Allah, ataupun terhadap makhluk.

Tanpa taqwa, polis sanggup menembak rakyat sesuka hati. Tanpa taqwa, polis sanggup menipu rakyat. Tanpa taqwa, polis sanggup memberi alasan bodoh untuk membenarkan tindakan mereka menembak rakyat.

Justeru, bagi melahirkan keselamatan Negara, tidak dapat tidak, Negara perlu seorang ketua polis Negara yang bertaqwa. Makanya, sebarang perlantikan ketua polis Negara perlu ada penapisan terlebih dahulu.

Penapisan itu, hendaklah beralasan taqwa. Seperti mensyaratkan bahawa ketua polis Negara seorang yang kaki solat berjemaah, orang yang hafal 10 juzuk Al-Quran, hafal hadis 40 dan sebagainya.

Kalau ketua polis Negara sudah sebegitu, tidak mustahil anggota polis bawahan tidak melakukan tindakan sesuka hati sehingga melibatkan darah, seperti yang berlaku dalam dua tiga hari ini.

Ini kerana, Umar bin Abdul Aziz ada berkata;

"manusia itu berdasarkan agama ketua mereka"

Sekian

Wallahu 'Alam


Al-Bakistani

- jerteh
10 Mei 2010 * 12:50 pagi

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rakyat kelantan, amat sinonim dengan rakyat yang suka memakai serban. Kemana sahaja kita berada dalam negeri kelantan, pasti kita akan terlihat orang memakai serban. Semuanya bersebab, rakyat kelantan mempunyai seorang ketua kerajaan yang suka berserban.

ustaz wan ji berserban ????? suruh mb selangor pakai serban ...

Tanpa Nama berkata...

salam 18:28,

bersihkan hati

Tanpa Nama berkata...

Salam 2010 Mei 9 18:49,,,,
(bersihkan hati anda juga)

kalau pakai serban pasal mb pakai serban bukan sebab sunnah Nabi Muhammad s.a.w.... ada pahala ke ... sebab itu saya kata ustaz wan ji di tinggal di selangor mb yg tak berserban ...

Tanpa Nama berkata...

Justeru, bagi melahirkan keselamatan Negara, tidak dapat tidak, Negara perlu seorang ketua polis Negara yang bertaqwa. Makanya, sebarang perlantikan ketua polis Negara perlu ada penapisan terlebih dahulu.

Penapisan itu, hendaklah beralasan taqwa. Seperti mensyaratkan bahawa ketua polis Negara seorang yang kaki solat berjemaah, orang yang hafal 10 juzuk Al-Quran, hafal hadis 40 dan sebagainya


Ustaz....nak tulis pun pikir lah dulu ....kalau cam tu semua nak masuk polis dari mata2 kena ada syarat di atas...

lu pikir lah sendiri...

Tanpa Nama berkata...

tukar mursyidul am pas

ada berani?

pasal tak berani nak letak jawatan sebagai MB sedangkan dulu cakap nak letak jawatan.

nak pegang jawatan sampai mati ke macam firaun?

Tanpa Nama berkata...

Dah tak sihat ... nak jadi mb lagi ... cam na nak lawat rakyat ... rakyat kelante hari ni pun ada tido dlm kandang lembu .... sapa nak tanggung kalau rakyat tuntut ... tak pernah nampak muka nik aziz pun kat tempat kami ..... tu la .... berebut lagi nak jadi pemimpin ..... masa di dunia nak orang sanjung, angkat , bodek .... ayat2 Al Quran yg keluar semua tuju kat UMNO .... tiada ayat Al Quran pun yg menegur dan memeperingatkan pimpinan PAS ....

mu jawab semua di akhirat ... siapa yg sembunyi ayat2 Allah s.w.t...