Selasa, 13 Julai 2010

EXCO INFRASTRUKTUR SEDIA KERJASAMA UMNO - PAS?

Muhyiddin berbunyi lagi tentang kerjasama antara PAS - UMNO. Alasan kerjasama adalah, perkukuh Islam dan kedudukan melayu. Apakah benar kerjasama ini benar-benar boleh perkukuh Islam dan kedudukan melayu, atau sebenarnya mahu perkukuh UMNO?

Melayu dan Islam tidak boleh dikukuhkan selagimana rasuah masih berleluasa, ISA masih berjalan seperti biasa, penyelewengan harta rakyat berleluasa . Bukan sekadar tidak beragama, UMNO terbukti menjual agama. Apakah kita sudah lupa "Islam hadhari"?

Melayu dan Islam mengajar keadilan, UMNO melakukan kezaliman. Melayu dan islam menyeru kepada menghormati hak manusia termasuk terhadap bangsa cina dan india, tetapi UMNO mengkhianati bangsa cina dan india, malahan secara diam-diam UMNO mengkhianati Melayu.

Yang syok nak bergabung dengan UMNO ini, hanya exco inftrastruktur Negeri Selangor yang beliau sendiri ada melakukan pertemuan sulit dengan seorang mufti yang satu-satunya sering bercakap pasal gabung UMNO-PAS, iaitu Harussani di PNB Park pada tiga bulan lepas. Dalam reteriat PAS baru-baru ini pun, dengan lantang exco berkenaan mencemuh Tan Sri Khalid, PKR dan DAP. Ucapannya itu, memberi satu kejutan baru, bahawa retreat PAS kali ini seolah-olah dihadiri seorang wakil UMNO.

Sekian

p.s : 18 % kouta PAS dalam Alam Flora - dimaklumkan semuanya diberikan kepada Kontraktor UMNO [majoritinya orang Rahman Palil, Bekas Exco Agama dalam Kerajaan Selangor BN lalu] kecuali satu sahaja dapat kepada kontraktor PAS. Siapa yang bagi kepada kontraktor UMNO itu? dimaklumkan juga, exco yang ada kaitan dengan alam flora ini memberi surat sokongan terhadap Kontraktor-kontraktor UMNO itu.

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

- Sri Indah [b] Sg buloh
14 Julai 2010 * 12:04 tengahari

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bertambah lagi saham anda di neraka....alhamdulillah!

Tanpa Nama berkata...

bertambah lagi saham anda di neraka....alhamdulillah!

munkar berkata...

pertama kali saya lihat seorang ustaz yang tidak takut azab api neraka!

dakulim berkata...

blog ini SESAT!

CariBala berkata...

"Siapa yang bagi kepada kontraktor UMNO itu?"

Apa masalah kalau bagi pada kontraktor UMNO ????? Adakah Pakatan Rakyat yg dikatakan jaguh kepada Keadilan dan benci pada segala bentuk kezaliman pun ingin turut mengikut jejak langkah UMNO sebelum ini ...

cuba baca ini ... apa yg sedang berlaku di proton ...

Siasat Segera Pembangkang Hasut Benci Kerajaan di Proton
Posted on Tuesday, July 13 @ 12:20:23 MYT
Topic: Berita


Oleh Mohd Faizal Mohd Salleh



KUALA LUMPUR, 13 Julai – Pelbagai isu dalaman Proton baru-baru ini telah didedahkan oleh blogger-blogger sehinggakan salah seorang pegawai pengurusan kanan sebuah jabatan di Proton didakwa ditahan Polis pada Isnin lepas kerana dituduh mencabul kehormatan seorang kakitangan beliau sendiri.

Mangsa juga dikatakan membuat laporan polis di Balai Polis Putrajaya pada 29 Jun.

EXCO Merangkap Pengerusi Sekretariat Pekerja Muda Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin mendakwa, pegawai kanan tersebut merupakan salah seorang penggerak utama Pas yang bergerak licik menjalankan pelbagai program bagi menarik pekerja-pekerja Proton memberi sokongan kepada Pas dan membenci kerajaan BN.

artikel penuh:

http://www.isuhot.com//modules.php?name=News&file=article&sid=1091

Tanpa Nama berkata...

apa la lu ustaz...selamba je wat kenyataan tanpa ada bukti kukuh..jgn ckp ada dgr2 je..kuar la bukti..xabih2 dengki..pelik la lu ust...

Tanpa Nama berkata...

ust. jgn lupa bertanding & ofer diri utk tanding Ketua pemuda PAS m'sia @ negeri jgn x ofer ye... kalah belakang citer yg penting lawan bukan sekadar tulis kat blog je...

wa sokong sama lu

Shannaro berkata...

woiittt

kasi tau la nama, senang nak buat tindakan. Lu ostad xtau dosa pahala ka? Lu xtau adab kaa?

-Shannaro-

Tanpa Nama berkata...

1.dah cakap dulu!!dia ni bukan ustaz!!dia cuma lulus bidang agama!!itu jee!!
2.Dulu ada !hindu!ambiq kertas agama dalam spm!Dapat AI!!bukan bermakna hindu tu alim!!macam burung tiong!!hafal dan jawab!!dapatla A1!
3.Macamla juga mamat ni!dia tiada ciri-ciri ulama!jauh sekali sebagai imam!!dia macam hindu tadi!!ambiq jurusan agama!lulus!!itu jeee!!macam burung tiong!macam hindu tadi!!
4.Dan ramai lagi puak yahudi!!masters dalam bidang agama islam!hafal Al-Quran !!tapi untuk jahanamkan umat Islam!!
5.Mamat ni!!lebihkurang yahudi dan hindu diatas!!

Bungkuih berkata...

Salam Wan Ji

Engko ni aku tengok fobia betul kalau UMNO dgn PAS nak berbaik2 ... kau tuduh pro UG la dan
macam2 lagi...

apa nak jadi dgn engko ni ha ... pergi bagi kuliah kat orang ... suruh amal makruf nahi mungkar ....tapi diri engko aku tengok pun ada masalah dalaman .... yg perlu direndam dgn clorox ...

matlipat berkata...

Bungkuih,
Bila sebut aje PAS nak berbaik dengan UMNO,bukan Us.Wan Ji aje yang forbia,hampir semua ahli PAS naik forbia terkecuali Puak UG dan pencacai-pencacainya.Bukti(kalau tak tau,atau tak mau tau)sudah 3 Muktamar berlalu,diketiga-tiga Muktamar tu memutuskan PAS tetap bersama Pakatan Rakyat.Cadangan anta untuk "rendam dengan clorox" tu,amat sesuai ditujukan kepada 4-5 pemimpin-pemimpin besar PAS yang hati mereka terpaut dengan UMNO.