Selasa, 20 Julai 2010

KOMEN ULASAN TULANG BESI

Tulang besi menulis dalam blog beliau;

"Seperti saya kata sebelum ini, ada video yang diambil perjumpaan Harussani dengan Hasan Ali (dan muungkin Khairuddin Othman sekali). Saya juga pernah berkata saya sanggup bersangka baik dan kemungkinan Hasan Ali cuma mahu berjumpa untuk mendapat maklumat sahaja" (Sila Klik)

komen:

Dalam satu pertemuan dengan rakyat Malaysia di Australia, SB Harussani ada menyebut bahawa ada seorang pimpinan PAS bersama seorang peguamnya datang berbincang dengan beliau tentang perpaduan melayu di Malaysia. Tetapi, tidak dinyatakan siapa pimpinan terbabit.

Salah seorang yang hadir dalam majlis itu ada menelefonku dari Australia, memaklum dan bertanya. Sebagai orang yang melihat gambar pertemuan itu di PNB Park itu, Aku menyebut bahawa orang itu adalah Dr Hasan Ali, dan peguam itu bukan Khairuddin kerana Khairuddin bertubuh besar. Orang itu bertubuh kecil, dan aku tidak mahu menyebut nama peguam itu dalam entry ini.

sekian

Wallahu 'Alam



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

geng MCA dan GERAKAN pi buat temujanji dengan DAP kat singapore tu tak dinamakan perpaduan ke?

Tanpa Nama berkata...

pergh, cerita si tulang besi ni anda percaya bulat2. "fantastik"

tp sy pelik la, artikel anda bertajuk 'ulama pembohong', anda kata harussani ni pembohong, alih2 kat sini anda percaya pulak kata harussani ni.

pemikiran one-g ni macam org2 kaki berita hiburan pulak. bila wartawan kata "ada sorang pelakon lelaki anak tiga buat skandal. mamat ni dah kahwin 10 tahun" maka peminat berita hiburan pun mulalah berspekulasi, "oh tu pelakon nunu bin nini. tgk muka dia pun aku boleh agak dia kaki pompuan".

inikah ustaz2 zaman sekarang? patutlah umat rosak, pengajarnye pun rosak. ustaz ni suruh org bertaubat, tp ustaz ini tak pernah menginsafi perbuatannya. ustaz ini suruh org berpegang kpd al-quran dan as-sunnah, tp dia pegang apa yg dia nak dan lepas apa yg dia nak. sama2la kita perbaiki diri wahai one-g

Tanpa Nama berkata...

bangang lak ai ostad ni..xabih2 nak fitnah hasan ali..tunjuk gambar la woi....asyik dgr ckp org jer..ko ni xambik ibrah dari pengajian ilmu hadis ni..