[1]
Setahu aku, zaid Ibrahim adalah orang yang mempunyai fahaman politik yang liberal. Dia tidak mengakui kuasa mutlak dalam sesuatu organisasi. Ekoran itu, tidak hairan dia masuk PKR, tetapi tidak masuk PAS setelah ia keluar dari UMNO.
Dan ekoran itu juga, apabila sampai pemilihan, dia memilih untuk bertanding jawatan timbalan presiden, kerana mungkin dia nampak keberadaan Azmin Ali sebagai Timbalan presiden akan mempamerkan kekuasaan mutlak Anwar Ibrahim dalam PRK.
Pernah orang-orang zaid bercakap, bahawa keberadaan Azmin Ali, banyak mempengaruhi keputusan Anwar Ibrahim. Aku tidak tahu kebenaran dakwaan itu. Jika benar dakwaan tersebut, tidak hairan Zaid mengambil sikap untuk lawan jawatan Timbalan presiden PKR. Ini kerana, kemungkinan Zaid bertujuan, untuk mempamerkan keterbukaan dalam parti PKR.
[2]
Secara realiti berfikir, orang terpaksa akui bahawa Anwar Ibrahim dan PKR; antara dua ini, faktor Anwar Ibrahim lebih kuat dalam mencorak suasana politik di Malaysia berbanding PKR.
Jika faktor PKR merupakan kekuatan bagi mencorak politik Malaysia, sudah pasti UMNO/BN akan melancarkan serangan yang kuat terhadap PKR, walhal keadaannya adalah sebaliknya. Juga, sudah pasti ketika ketiadaan Anwar Ibrahim dahulu, PKR akan mendapat banyak kerusi dalam parlimen dan DUN. Tetapi, keadaannya berbeda. Ini kerana, di kala itu, masakan parlimen dan DUN, untuk menjaga bahagian-bahagian [kini : cabang] pun, ada sebilangannya tidak mempunyai ketua.
Di parlimen Subang, adalah contoh yang paling kukuh bahawa PKR agak susah hidup dikala Anwar Ibrahim berada dalam penjara. Allahyarham Abang Amir [ketua PKR bahagian Subang] terpaksa memegang jawatan tersebut, kerana tidak ada seorang pun yang sanggup memegang jawatan ketua Bahagian ketika itu. Tetapi kini, kelihatan perebutan jawatan berlaku, sehingga tercetus perbalahan dalam merebut sesuatu jawatan sehingga wujud ugut mengugut.
[3]
Ramai yang menjangkakan bahawa Anwar Ibrahim akan ‘pulang’ ke penjara. Malahan, perkara ini sudah sampai ke tahap yakin oleh sebilangan pimpinan PKR, PAS dan DAP sendiri. Didakwa, Zaid Ibrahim adalah orang yang yakin dengan keadaan ini.
Apabila keadaan ini berlaku, siapa akan lakukan wave untuk menghadapi PRU akan datang? Lantaran, ada sebilangan pihak dalam PKR sendiri beranggapan, sudah sampai masanya PKR tidak lagi bergantung kepada individu bernama Anwar Ibrahim, sebaliknya PKR perlu membina kekuatan partinya sendiri dan berdiri sendiri.
Melihat kepada keadaan inilah, tidak hairan orang sanggup menolak Azmin yang terbukti gagal menggerakkan wave ini semasa Anwar Ibrahim di dalam penjara dahulu. Apabila mereka menolak Azmin, maka mereka mencari pilihan yang kedua, iaitu Zaid Ibrahim. Pada mereka, bukan kerana mereka mahukan zaid Ibrahim, tetapi mereka tidak mahu Azmin Ali.
Ekoran itu, kita dapat lihat bahawa orang yang menyokong atau cenderung kepada Zaid ini adalah dari kalangan mereka yang banyak berpenat lelah dalam PKR semasa Anwar Ibrahim dalam penjara dahulu. Dengan maksud, mereka adalah golongan politik jalanan dan demonstrasi. [nama mereka tidak perlu disebut].
[4]
Namun begitu, ternyata dalaman politik PKR agak kasar. Sebelum Zaid mengisytiharkan kesediaan bertanding jawatan Timbalan PKR, sudah kelihatan serangan dari team Azmin Ali terhadap Zaid. Antara yang kedengaran adalah, Zaid Ibrahim adalah trojan horse, zaid ibrahim mendapat duit dari Tun Daim, Zaid Ibrahim meletakkan cita-cita nak jadi PM apabila PR memerintah malaysia nanti dan sebagainya.
Serangan demi serangan dahsyat ini, melahirkan pertembungan yang agak dahsyat antara team zaid dan team Azmin. Dalam facebook dan blog, dapat dilihat serangan keras dan kasar ini.
Disamping itu juga, Anwar Ibrahim sudah kelihatan seperti bapa yang tidak mampu lagi mengawal anak-anak yang sedang bergaduh, lalu mengeluarkan kenyataan berbau serangan secara saraf terhadap Zaid, disamping tidak pernah berjaya membuktikan bahawa dia berbelah pihak kepada Azmin. Apabila keadaan ini berlaku, tidak hairan individu Anwar Ibrahim menjadi calar, sehingga sudah ramai yang frust apabila melihat pergolakan politik dalam PKR ini.
[5]
Mungkin ada cakap-cakap mengatakan bahawa, tidak salah Anwar Ibrahim berbelah pihak kepada Azmin, ataupun menyindir atau menyerang Zaid Ibrahim.
Secara peribadi, aku tidak bersetuju Anwar Ibrahim berbelah pihak, ini kerana dia adalah seorang pemimpin politik yang berada di peringkat Ketua Umum. Apabila dia berada setinggi itu, tindakan yang wajar dilakukan oleh beliau adalah, bertindak seperti bapa dalam menyelesaikan perbalahan antara anak-anaknya. Adapun, jika Anwar Ibrahim juga bertanding jawatan Presiden, atau timbalan presiden, atau apa jua jawatan pun, sudah pasti tindakan Anwar Ibrahim menyerang atau menyokong sesuatu pihak, tidak melahirkan perasaan negatif dalam hati rakyat malaysia yang melihat pergolakkan politik dalam PKR.
Soal apakah boleh Ketua Umum berbelah pihak, mungkin dari sudut demokrasinya ia tidak menjadi satu kesalahan. Tetapi, dari sudut uruf dari kacamata rakyat malaysia, ia bakal melahirkan kemudharatan yang bakal tertimpa pada PKR yang wajar diambil kira.
Contohnya seperti, Imam Al-Bukhari tidak mengambil hadis dari orang yang tidak memakai kopiah, walhal tidak menjadi satu dosa bagi seseorang yang tidak memakai Kopiah. Tetapi, memandangkan uruf masyarakat di kala itu, bahawa orang yang tidak memakai kopiah adalah orang yang kurang amanah, maka tidak hairan Imam Al-Bukhari tidak mengambil hadis, malahan menolak hadis yang diriwayatkan oleh orang yang tidak memakai kopiah dengan alasan ‘tidak siqah’.
Maka begitujuga, tindakan Ketua Umum PKR dilihat berbelah pihak kepada individu tertentu dalam Pemilihan PKR pada kali ini.
Justeru, apakah keadaan Anwar Ibrahim kini sudah tercalar dalam pemilihan PKR pada kali ini? Secara peribadi, aku mengatakan “Ya, Anwar Ibrahim telah tercalar”.
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
- Sri Indah [b] Sg Buloh
6:30 petang * 24 November 2010

3 ulasan:
azmin ada wave ka? apa dh jd tika anwar dlm penjara pd thn 99? krn terlalu menunggu arhn anwar dr tirai besi, move xbpa menjdi.
PKR adalah parti beyond. jd bacaan nya kena beyond. agenda keadilan utk rakyat malaysia harus diteruskan walaupn tanpa anwar.pkr perlu melahirkn kader2 yg lbh berketrampilan, yg mampu merubah politik malaysia dimasa hdpn.
brp umoq anwar skrg? brp umoq ahmadinijad?absheed?erdogan?obama?
we need a change.
Gambar ini pula dirakam hari ini sebaik sahaja dia tiba di Kelantan. Sihat, bertenaga dan ceria.Tiada kerusi roda pun untuknya.
Sebelum masuk Tanah Haram dia sihat, masuk sahaja Tanah Haram dia sakit, keluar dari Tanah Haram sihat semula.
Adakah bumi Mekah tidak mahu menerima Nik Aziz ?
Sama-samalah kita fikirkan.
Posted by Team Gelombang Merah at 3:44:00 PM 0 comments Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz Links to this post
Saturday, November 20, 2010
ye setuju malah bukan saje Anwar tercalar tapi parti juga terpalit sama. Aku tak sokong zaid dan aku juga bkn penyokong azmin. Cuma aku tertanya-tanya kemana Anwar (selepas keluar dari penjara) humban para reformis dan mereka2 yg berjuang, bertempur di jalanraya di kala dia di dalam penjara?. Atas kriteria apa dia memilih seseorang itu untuk menjadi pemimpin?. Apa yg jelas, keterampilan, gelaran, ex Umno or BN dan kaki kipas....itu kriteria yg jelas di sukai oleh Anwar. Pernah sekali Anwar, ketika berkunjung ke Pahang, di perkenalkan kepada ketua cabang, Anwar berbisik kepada Pengerusi Negeri, 'takde org lain ke?' yg membawa maksud bahawa org itu pada dia kekampungan!. Tapi adakah dia sedar atau tahu bahawa org itulah selama ini mengerakkan cabang sehingga kini dari era reformasi. Org itulah yg berhempas pulas mengadakan program2 dgn mengeluarkan duit sendiri tanpa banyak alasan demi perjuangan. Anwar mmg lupa diri dan bongkak. Nampak kasar tapi Anwar perlu di sedarkan, di jerkah kalau perlu. Dia sudah jauh hanyut dek kerana terlalu byk pujian dan pengagungan terhadap dirinya. PKR jika ingin pergi jauh, ahli2nya perlu menghentikan pergantungan mutlak terhadap Anwar. PKR perlu berubah kepada perjuangan keadilan untuk rakyat sebagai keutamaan bukan keadilan untuk Anwar sahaja.
Rentak politik Anwar sekarang telah mula menuju kepada bersikap kuku besi, mempertahan kedudukannya demi cita2 utk menjadi PM. Itu hakikat, terimalah dgn hati terbuka. Kak Wan sebagai presiden parti sudah tidak lagi mempunyai kuasa, sekadar berada di kerusi presiden demi kelansungan survivor politik Anwar. Harap ahli2 parti buka mata, percayalah pada kemampuan diri sendiri, kemampuan Anak muda, reformis untuk terus berjuang. Mungkin ada baiknya Anwar di penjarakan semula( tidak bermaksud mengatakan dia bersalah) supaya PKR boleh 'membersih'kan parti dari anasir2 'jahat'. Anasir2 jahat ini dengan sendirinya akan 'menonjolkan' diri bila saja Anwar di penjarakan. Tak percaya....tunggu saja saatnya di mana mereka2 ini akan secara perlahan-lahan meninggalkan PKR dan merayu untuk kembali kepada UMNO!.
Catat Ulasan