Jumaat, 26 November 2010

SEORANG IMAM DENGAN SEORANG LELAKI HINDU

Seorang imam sedang menyapu sampah di sekitar masjid. Ia merupakan jadual hariannya selepas menunaikan solat asar.

Sedang dia menyapu, dia terlihat seorang lelaki hindu datang membawa sebatang besi, lalu dipacak besi itu di bawah sebatang pokok yang berada berhampiran dengan masjid itu.

Melihat itu, imam terbabit terus menuju ke arah lelaki hindu terbabit dan bertanya.

“apa yang tuan buat itu?”

“Pacak ini besi dekat ini pokok la”

“Oooo.. kenapa pacak besi ini kat sini?”

“Semalam saya tidur, saya ada mimpi bahawa ada satu dewa suruh saya pacak ini besi sama ini pokok”

Mendengar jawapan lelaki india itu, imam itu terus terfikir bahawa tindakan lelaki india itu bertujuan untuk membina kuil di tapak tersebut untuk masa akan datang. Imam itu tidak membalas jawapan lelaki india itu. Dia hanya sekadar menganggukkan kepalanya, apabila mendengar jawapan lelaki hindu terbabit.

Keesokkannya, lelaki hindu itu datang sekali lagi pada waktu yang sama. Didapati bahawa besi itu sudah tidak ada lagi ditempat yang dipacaknya semalam.

Lelaki hindu itu terus berjalan menuju ke arah Imam yang sedang menyapu sampah sepertimana rutin hariannya.

“Imam, ada nampak tak, siapa yang cabut itu besi?”

“Saya yang cabut itu besi la..”

“kenapa imam cabut itu besi?”

“Semalam saya tidur. Saya ada mimpi. Mimpi itu cakap supaya saya cabut itu besi. Itu pasal saya cabut besi itu pagi tadi” ujar Imam itu selamber rock.

Lelaki hindu itu tidak dapat berkata apa-apa, dan berlalu pergi.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani

- Sri Indah [b] sg buloh
27 November 2010 * 2:56 pagi

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mcm cerita arwah bekas mufti wilayah ja..hehehe

oRang kAmpong berkata...

Asm us.pd hemat sy kedua2 watak yg us gambarkan xd adalah manusia yg baik.xp bl soal ugama ni realitynya sy xfikir ada org mcm tu.klu sy duk tempat imam tu sy tak tunggu mimpi lg dah jam tu jugak sy bg penampar bisu kat tok sami tu.