baru-baru ini, pergi ke sebuah kedai kitab arab di Setapak. Pada asalnya, hendak beli kitab Maqasid Syariah tulisan Syaikh Tahir Ibnu Asyur. Tiba-tiba ternampak dua buah kitab ini, dan terlalu berkenan, tetapi tidak mampu hendak membelinya kerana kekurangan ongkos. Kitab itu adalah;
dan kitab ini:
dalam dua buah kitab ini, jika mahu dibeli, ia memerlukan wang hampir RM 300. Mungkin faktor kitab ini tebal dan mengandungi isi yang cukup berkualiti menyebabkan kedua-dua kitab ini terlalu mahal. Walau bagaimana pun, Aku membeli sebuah kitab yang menarik, iaitu kitab yang bertajuk "Maqasid As-Syariah Al-Islamiyyah", iaitu sebuah kitab yang terhasil dari tessis Phd dengan harta RM 125.
Tapi tadi, hati kecilku berkata, "Kalau la bapa aku Menteri besar, atau Perdana Menteri, mesti aku boleh beli kitab-kitab yang aku berkenan tu. Kalau bapa aku menteri besar, atau Perdana Menteri, masakan dua buah kitab ni, kereta honda Elysion atau alphad pun aku mampu beli. Siap dengan no Plat berbayar lagi.. Kalau aku tak pakai juga, nanti orang akan kata aku berminda dinasor pula..."
7 ulasan:
Ustaz, jagalah lidah dari memperkatakan apa yang bukan hak ustaz untuk kata. Jangan rendahkan diri ustaz ke tahap yang rendah. Besar sangat ke isu kereta sampai ustaz nak cakap macam tu. Hebat sangat ke kitab yang ustaz beli sampai boleh bayar pahala mengumpat? Dia beli guna duit haram ke? Ke mana pergi feqh inkar munkar yang ustaz duk belajar dulu? Ke maqasid hebat dalam buku, tapi amal apa pun tarak? Tak payahlah nak sembang pasal kereta orang, takut nanti hal dalam kain ustaz pun orang sembang. Maaf terpaksa guna bahasa ni untuk 'rotan' ustaz.Kalau ada medium untuk ana sampaikan teguran ini bukan diruangan komen ini, lebih ana sukai dari menulis di sini.
Akhukum fillah, Abu Abdillah.
ambo setuju, macam anak MB yang pakai nombor plate berbayar lagi iaitu PAS 17
1.Kalaulah bapa hangpa MB!buku-buku tu tak perlu lagi!!hangpa dah pandai gunakan Al-Quran dan Hadis untuk halalkan "baju" hangpa yang baru tu!!
2.Pertama!hangpa akan beli kereta mewah!buat banglow besaq!!mesti ada gelaran datuk!datuk sri!baru ada standard!baru tak malukan islam!sebaris dengan pemimpin yang lain!!dah lama mimpi perkara seperti diatas!dulu tak ada peluang!bila ada peluang!konsep ZUHUD entah kemana!!
3.Kedua!!hangpa akan terlibat dengan MLM!mudah jadi jutawan!!bagi namala produk tu seperti Produk Tok Wali ke!!siap dengan panel syariahh lagi!!semuanya akan nampak halal belaka walaupun hakikatnya skim piramid!skim pak man telo!!yang memang sah-sah HARAM!umat islam akan percaya habis!!puak-puak ibnu abbas yang ngaji taraf diploma kat uitm tu mesti percaya habis!!!
3.Mimpi hangpa sekarang!!atas kapasiti puak bawahan!puak marhein!puak tiada kedudukan!!mimpi pun seperti balak untuk rakyat!buku agama yang duatiga kupang!!bila hangpa dikedudukan nik aziz!mat sabu!atau nik abduh!mimpi hangpa lain la pulak!merc ka!banglow besaq ka!!skim cepak kaya(MLM)la!atau dok pakai tie dan kot!siang dan malam!!macam mahfuz!atau dok pukoi kayu golf siangmalam macam aziazanla pulak!!
4.Atau jangan-jangan hangpun dah pasang angan-angan untuk dapat pangkat datok!merc!YB kottt!!!!
Salam Ust.WJ
ada tak sapa-sapa (kita tak kenal dia,dia tak kenal kita)tiba-tiba saja-saja
bagi (bukan sbg hadiah ,bukan apa-apa)tapi bagilah!
apa lagi yang nak diucap!
sambung...sekadar coretan pengalaman...
1.kawan 1-tokey MLM!!yangla ni dikatakan bertaraf jutawan!(gelak jee kalau tak perkara sebenar)ada restoren ayam organik!!dulu masa miskin!katanya tak mau berhutang!hidup sederhana!sekarang!!hutang berjuta-juta!!
2.Kawan 2-bekas orang kuat Al-Arqam!!penulis buku!ada majalah sendiri!!pernah kantoi temuduga sebab tak pakai tie!!katanya tie HARAM!!sekarang dinobatkan sebagai orang korporat!Tie siang malam!!
3.RUMUSAN!PAKAT-PAKAT TAK PAYAH JUAI ISLAM LA!!!!ALLAH BAYAR CASH DIDUNIA LAGI!!!
mahal sangat 300 tu , sbb kat msia kot kalau kat arab mgkn bwh seratus
tapi ya la bro wan ji , aku teringat kisah bapa imam haramain juwaini , kerja dia ambil upah salin buku , masa tu mana ada cetak , dikumpulnya duit beli amah (lagi murah kalau pinang merdeka) dan dapat anak yakni imam haramain juwaini sahibul al-burhan , bapak beso usul fiqh ...
kalau semua dah bedal kat dunia apa yang kita nak merasa kat akhirat?
bro wan ji - ingat cakap aku ni - hang tu nanti kalau dah top gila - sana sini 'masuk' - aku nak tengok hang macamana , lani takpe la hang muda - semangat anak muda - belum kaya ... hehe hang jaga - byk yg dah terlingkup
Awat hang kemaruk sangat ???
Catat Ulasan