Sabtu, 25 Ogos 2012

[NAIL AL-AWTAR 2] AIR KELUAR CELAH JARI NABI


Dari anas bin malik berkata; aku tengok Rasulullah saw ketika itu telah masuk waktu asar. Manusia mencari air sembahyang dalam keadaan mereka tidak ada air sembahyang. Lalu didatangkan kepada Rasulullah SAW air sembahyang, lalu Rasulullah SAW meletakkan tangannya dalam bekas itu. Kemudian Rasulullah SAW menyuruh manusia berwudu' dari air dalam bekas tersebut, aku nampak air terpancar keluar dari celah-celah jari baginda hingga air wudu' untuk orang lain' (muttafaqun alaih)

1- mukjizat nabi

mukjizat bermakna perkara yang menyalahi adat yang diberikan khusus kepada para nabi. Kepada orang lain, tidak diberikan mukjizat.

Antara mukjizat nabi saw itu adalah Allah SWT mengeluarkan air dari celah jari Nabi saw sepertimana air mata air terpancar. Menurut riwayat, bilangan sahabat pada ketika itu mencecah bilangan 15000 orang. Dan orang yang boleh berwudu dengan air yang keluar dari celah jari nabi itu hampir seribu orang.

2- air musta'mal boleh digunakan

dari hadis ini, ulama selain syafiiyyah menjadikan hujjah bahawa air musta'mal boleh digunakan. Ini kerana dalam hadis, didapati para sahabat berwudu dengan air yang dicelup tangan oleh Rasulullah SAW.

Namun begitu, ulama syafiieyyah menyatakan bahawa asal air musta'mal tidak boleh digunakan. Tetapi dalam keadaan terdesak, maka ia dibenarkan untuk digunakan atas alasan dharurat.

Dan lagi, mereka beralasan bahawa yang dimaksudkan dengan air musta'mal adalah air yang selepas digunakan untuk berwudu dan mandi jinabah. Adapun semata-mata celup seperti dalam hadis ini, air tersebut dikira sebagai mutlak lagi.

3- celup tangan dalam air

tidak memudharatkan sedikit pun pada air yang dicelup tangan; sama ada menjadi musta'mal atau mutannajis berdasarkan kepada hadis ini.

Namun begitu, sekiranya tangan itu mempunyai kotoran, maka air tersebut boleh bertukar sifatnya. Ini disandarkan kepada beberapa hadis yang mana Nabi SAW menyuruh membasuhkan tangan terlebih dahulu sebelum mencelup tangan ke dalam air, krn kita tidak tahu ke mana tangan kita pergi semasa kita tidur.

4- berwudu dan istinja' dgn air zam zam

air yang keluar dari celah jari nabi adalah air yang bersih. Ini merujuk kepada jasad nabi saw yang jauh lebih bersih berbanding tanah. Sedangkan air yang dari tanah juga bersih.

Jika air zam zam yang berasal dari tanah pun sudah bersih, maka air yang berasal dari jari nabi saw itu lebih bersih.

Jika dengan air dari celah nabi saw pun boleh dibuat berwudu', maka terlebih boleh digunakan jika air itu adalah air zam-zam, sama ada untuk berwudu atau untuk beristinja'.

Ini dikuatkan lagi dengan satu hadis Ibn Abbas bahawa dia berkata, 'aku telah memberi minum kepada Rasulullah SAW dengan air zam zam, lalu Baginda SAW minum air itu dalam keadaan berdiri. 

Juga hadis dari ali bahawa dia berkata bahawa rasulullah saw meminta membawa sebaldi air zam zam; kemudian baginda minum dan berwudu dengan air itu'

(nail al-awtar, jld 1, hlmn 17 - 18) 

Tiada ulasan: