Sabtu, 25 Ogos 2012

APA BEDA SYAITAN DENGAN MAHATHIR?


Syaitan bukan nama makhluk, tapi nama perangai yang melekat pada makhluk. Imam tabari mendenisikan syaitan adalah, 'setiap yang jahat dari kalangan jin, manusia, binatang dan sebagainya'.

Iblis adalah makhluk. Sudah pasti ia adalah syaitan, kerana tidak ada kejahatan tanpa iblis. Iblis dan kejahatan umpama kentut dengan taik; umpama umno dengan rasuah; umpama sami vello dengan MRR2; umpama mahathir dengan politik diktator.

Kita tidak boleh menolong syaitan, kerana menolong syaitan beerti menolong membuat kejahatan. Contohnya kita tidak boleh tolong pencuri dengan membawa tangga untuk membantu pencuri panjat rumah untuk mencuri.

Namun begitu, tidak salah kita ditolong oleh syaitan, kerana tidak mustahil syaitan boleh menolong orang buat baik. Contohnya seperti kita nak pergi masjid dan motor kita rosak. Tiba-tiba ada seorang budak dadah yang lalu menawarkan bantuan untuk membaiki motor kita secara percuma. Tindakan budak dadah itu memudahkan untuk kita ke masjid.

Ia sama seperti kita nak pergi ke kelantan ikut jalan gerik. Sesampai di gerik, kita dapati jem panjang ekoran sebatang pokok tumbang menutup laluan jalan. Untuk nak angkat pokok yang tumbang itu, kita tidak boleh menghalang orang-orang jahat yang nak tolong sama mengangkat kayu yang tumbang tersebut. Jika dihalang juga, maka itu satu kebodohan tahap luar biasa.

Yang paling penting, seharusnya kita berfikir untuk tidak menjadi syaitan dan  tidak membantu syaitan. Yang paling bijak, macam mana kita nak manfaatkan syaitan untuk memberi kemenangan kepada Islam.

Wallahu 'Alam

Tiada ulasan: