Dari abu hurairah berkata; seorang lelaki tanya Rasulullah SAW, katanya: kami naik kapal laut dan kami bawa air darat sikit sahaja. Jika kami berwudu', kami akan dahaga, apakah boleh kami berwudu guna air laut? Jawab nabi, airnya suci dan bangkainya pun halal' (tirmizi kata, hadis hasan saheh)
1- suci menyucikan
Maksud dari hadis ini, air laut adalah suci. Dengan maksud, ia boleh diminum. Juga ia boleh menyucikan. Dengan maksud, ia boleh digunakan untuk mandi jinabah, berwudu dan sebagainya. Inilah mengikut pendapat syafiiyyah.
Adapun mengikut pendapat Ibn abd al-Bar, ibn Umar dan Said bin Musayyib, air laut itu suci, tetapi tidak boleh menyucikan.
Ini kerana mereka melihat kepada satu hadis mauquf atas Ibn Umar berkata; 'air laut itu tidak memadai dari wudu, junub, krn dibawah laut ada api kemudian air kemudian api hingga dihitung tujuh laut dan tujuh api'
namun begitu, hadis mauquf ini dinilai oleh al-bukhari sebagai tidak saheh.
2- kenapa sahabat tanya soalan
soalan ini dikemukakan oleh sahabat krn mereka ada mendengar satu hadis bahawa Nabi SAW ada berkata, 'jangan kamu naik kapal laut kecuali untuk menunaikan haji, umrah atau berperang di jalan Allah, krn dibawah laut ada api dan dibawah api ada laut' (abu daud)
bila melihat kepada hadis ini, seakan-akan ada yang tidak kena pada air laut menyebabkan lahirnya sangsi dikalangan sahabat tentang keizinan untuk berwudu dan mandi jinabah dengan air laut. Makanya tidak hairan mereka kepada Nabi SAW ttg perkara ini.
3- makanan dari laut
semua seafood atau makanan dari laut adalah halal, hingga anjing, ular dan babi laut sekalipun. Inilah pendapat yang saheh dikalangan ulama dalam mazhab syafie.
Namun begitu, ada mazhab yang melarang dari makan sebilangan binatang laut, seperti mazhab Hanafi dan syiah melarang makan sotong, seperti sebilangan ulama syafie melarang makan babi laut krn merujuk kepada umum Quran mengharamkan makan babi.
4- bertanya soalan jika tidak tahu
dalam hadis ini, dapat mengajar kepada kita tentang sikap sahabat dalam urusan keagamaan. Mereka sangsi atau tidak tahu terhadap sesuatu, mereka akan bertanya terlebih dahulu.
Nabi SAW juga pernah berkata, 'ubat bagi kesangsian itu adalah tanya'.
5- jawapan lebih dari soalan
adalah satu sifat yang terpuji apabila seseorang itu menjawab soalan lebih dari kehendak soalan si penanya berdasarkan keperluannya. Inilah yang ditekaskan oleh al-Khitabi.
Ia sepertimana dalam hadis yang lain bahawa orang bertanya kepada nabi apa yang perlu dipakai dalam ihram. Mendengar soalan itu, nabi saw menjawab, 'tidak boleh pakai qamis, serban, seluar, penutup kepala, pakaian yang disentuhi wangian atau za'faran. Jika tidak ada selipar, maka pakailah khuf'
walaupun dikalangan ulama usul menyatakan bahawa jawpan dari soalan hendaklah selaras dengan soalan. Namun, ia bukan bermaksud tidak boleh menjawab dengan panjang berdasarkan keperluan atau memberi faedah kepada orang yang bertanya.
(ringkasan dari Nail al-awtar, jld 1, hlmn 14 - 17)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan