Inilah kampung yang umurnya sudah lebih 20 tahun. Aku pun dibesarkan di kampung ini. Tapi sayang, walaupun sudah 20 tahun kampung ini wujud, ia tetap tidak bergeran. Kita sekampung telah berjaya dipermainkan dan ditipu oleh UMNO/BN, kononya hendak diberi geran, tapi sampai hari ini pun tak dapat juga geran itu.
Kampung kami berada bersebelahan dengan satu projek perumahan mewah yang sedang hebat berjalan. Peliknya, projek perumahan itu berstatus Freehold, tapi kampung kami yang sebelah ini, dikatakan berstatus leasedhold, tetapi, sampai sekarang tak ada geran.. peliknya !!! ke kami ni bakal jadi setinggan?????
cantikkan rumah ini. inilah Villa putra, perumahan mewah yang berada bersebelahan dengan kampung kami.
anak panah kebawah itu, menunjukkan projek perumahan. ada papan tanda tulis kat tepi jalan tu, itulah jalan masuk kampung kami....
tengok jer laaaaa......
Kami dah buat laporan pasal status tanah dan memaklumkan bahawa tanah kami tidak bergeran kepada Menteri Besar Selangor yang baru. Yang peliknya, hanya laporan siasatan yang dihantar. Geran tetap kami tidak dapat??????
Nampaknya, kami percaya dengan PAS dan PKR; perjuangannya adalah Islam dan keadilan. Islam pun ada keadilan. Pilihanraya ke 12, isu kebajikan rakyat dijadikan modal utama kempen.
Masa kempen pilihanraya, Dato' Hasan Ali pun hadir sebut tentang janji pilihanraya... bestnya dibuai janji... tapi apakan daya????
Ternyata, bukan kebajikan rakyat yang diutamakan, tetapi kebajikan exco yang diutamakan.
Ternyata, bukan kebajikan rakyat yang diutamakan, tetapi kebajikan exco yang diutamakan.
jom kita sama-sama laung slogan keramat....
Hidup camry !!!
hidup camry !!!!
hidup Camry !!!!!!
Bersambung……
Bersambung……
8 ulasan:
Orang PAS dilatih supaya menegur pemimpin yang haprak. Hatta saidina Umar pun "diluruskan" oleh pedang rakyatnya. Inikan pula zaman sekarang yang banyak fitnahnya.
teguran demi teguran sebenarnya asing bagi orang-orang PAS. Mungkin Hassan Ali pun tak terasa pedih sebab dulu banyak ceramahnya yang tegur pimpinan negeri UMNO.
SEkarang apalah salahnya bila Kerajaan Negeri Sekarang tidak putus ditegur oleh rakyatnya. Demi kebaikan bersama.
Antara terima atau tidak, tepuk dada tanya Iman.
Ana sokong segala pendedahan Ustaz terhadap kerja2 Kerajaan Selangor sekarang!!!
Pak Karamu melawat blog anda
tegur pemimpin itu wajib.
tegur cara berakhlak itupun wajib.
setiap yg didakwa salah itu wajib dibuktikan satu persatu atau ia hanya tuduhan kosong dan fitnah.
kepada musuh2 Pas samada umno atau sb yg nak porakperandakan Pas, ketahuilah P/J dilantik oleh Presiden.
kritikan anda yg tak berakhlak itu sebenarnya anda sasarkan kpd Presiden kami kah?
budaya kritik pimpinan cara semborono ini bukan budaya Pas.
dari cara tulisan pun kami tahu ciri dolah bin ubai yg ada pd mrk yg suka caci dan hina pimpinan Pas.
Bg ahli Pas tg ikhlas nak perbetul pimpinan ketahuilah ada salurannya yg anta boleh buat laporan dgn bukti2 anta.
nak terus tulis kpd dan telefon Presiden pun boleh. Presiden kita mudah dihubungi tanpa protokol yg rigid.
sekali lagi diingatkan kpd sb dan umno dan dolah bin ubai. Jangan cuba pecahbelahkan Parti kami sbb usaha keji anda sedang dipantau.
Ubbadah bin As-Somit
Imam Az-Zahabi dalam kitab Siyar Al-'Alam wa An-Nubala' bercerita tentang Ubadah bin As-Somit R.H;
Beliau antara manusia yang tidak suka pemerintah diampu-ampu. Pernah berlaku satu kejadian dalam satu masjid, yang ketika itu didalam masjid tersebut dihadiri Muawiyyah sebagai gabenor Islam di Syam. (sudah pasti depan orang ramai)
Apabila khatib berkhutbah dalam masjid tersebut terlalu sangat memuji Muawiyyah, menyebabkan Ubbadah bin As-Somit bangun dalam keadaan tangannya memegang tanah, lalu dicampakkan ke muka si khatib tersebut.
Tindakan Ubbadah itu menyebabkan muawiyyah agak marah, menyebabkan Ubbadah terus menyebut;
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا رأيتم المداحين، فاحثوا في أفواههم التراب "
Maksudnya;
“Bersabda Rasulullah SAW, apabila kamu tengok pengampu, maka campakkan tanah pada mulut mereka ”
Semasa hayat, beliau tidak pernah memegang apa-apa jawatan pun. Semuanya ekoran dari sumpahnya tidak mahu memegang sebarang jawatan ekoran mendengar pesanan nabi terhadap kesusahan di akhirat nanti apabila memegang jawatan.
Pernah di zaman Omar menjadi Khalifah, beliau dipujuk agar memegang jawatan, tetapi beliau tetap dengan pendirian beliau menyebabkan Omar akur.
Beliau amat mencontohi kehidupan Omar bin AlKhattab yang bersifat zuhud, menyebabkan beliau amat tidak suka dengan sikap Muawiyyah yang dilihat seakan-akan bermewah-mewah. Menyebab beliau menjadi pengkritik tegar terhadap pemerintahan Muawiyyah ketika berada di palestine.
Muawiyyah amat tertekan dengan kritikan tegar itu, menyebabkan menghantar balik Ubbadah agar berada di Madinah. Semasa berada di Madinah, menyebabkan Omar bin Al-Khattab pelik dan bertanya kepada beliau mengapa beliau berada di Madinah. Ubbadah menceritakan semuanya kepada Omar, menyebabkan Omar minta agar Ubbadah pergi juga ke Palestine sekali lagi dan memantau pergerakan Muawiyyah. Dan Omar pun mengirim sama surat kepada Muawiyyah tentang arahan beliau agar Ubbadah berada di Palestine untuk memantau pergerakan Muawiyyah itu.
http://g-82.blogspot.com/2009/01/bertemankan-sahabat-nabi-siri-1.html
Salam, pendapat ana, masalah yg ustaz utarakan ni betul. Cuma bersabarlah sikit. Jangan isti'jal. BN/Umno perintah berpuluh tahun tak dapat2 geran tanah. PR perintah tak sampai setahun malah apa yg ustaz utarakan kepada mereka rasanya tak sampai pun setengah tahun. Bagilah peluang. Wallahua'lam.
isu ana, kereta camry boleh cepat, mengapa masalah tanah tak boleh cepat?????
nanti ana akan dedah, 5 keluarga orang melayu Islam yang masih duduk dalam khemah, walaupun kita dah memerintah 1 tahun....
1 tahun, camry boleh, tapi mengapa rakyat tak boleh....
sekian
kita dilarang isti'jal (gopoh), tetapi dalam masa yang sama kita dilarang juga jadi Taanni (lembab)...
di Selangor, kita lembab memberi kebajikan rakyat, tapi gopoh membela kebajikan exco (camry)....
orang yang tidak duduk di kampung; duduk dikalangan orang miskin, tak tahu perasaan mereka. ana duduk dalam masyarakat miskin, orang kampung yang terlalu memerlukan, ana dapat rasa keperitan hidup ini....
kita jangan menilai kehidupan orang kampung, sedangkan kita berada dalam rumah mewah; kalau tak mewah pun, tapi hidup dalam semua keperluan yang mencukupi...
kalau mahu menilai mereka, duduk dengan mereka. selami perasaan mereka.... pada masa itu, baru kita tahu, apa keadaan sebenar yang terjadi....
kebanyakan exco kita adalah orang yang memang sudah mewah; mungkin mereka tidak tahu perasaan orang kampung di bawah.
tidak ada salahnya, mereka "mencemar duli" untuk menziarahi rakyat; selami nasib mereka dengan perasaan, bukannya dengan perasaan ego.
sekian
Al-Bakistani
Assalamualaikum. Salam Ziarah...
1. Tahniah kpd ustaz! Keseriusan ustaz dalam membela kebajikan rakyat wajar dipuji dan dicontohi. Ini semua membuktikan ustaz mmg seorang yg cakna dgn permasalahan dan keperluan rakyat.
2. Saya cuba utk memahami suasana yg ustaz alami. Barangkali usaha2 awal yg lebih lembut telah ustaz buat melalui saluran2nya tp akhirnya tiada natijah. Saya yakin dgn status ustaz sbg org yg berilmu dan dikenali ramai, ustaz pasti sudah berusaha sehabis baik selari dgn tuntutan agama dalam hal memberi teguran kpd pimpinan.
3. Saya yakin pendekatan ustaz yg 'pedih' ini adalah setelah usaha2 yg 'lembut' dibuat sebelumnya. Cumanya, mungkin ustaz boleh timbangkan cadangan saya supaya sebelum pendekatan 'pedih' ini digunakan, apa kata try dulu pendekatan 'desak' tanpa perlu menyentuh peribadi. Bukankah mendesak ini sudah menjadi praktis kita selama ini?
4. Untuk tujuan itu ,barangkali boleh adakan pertemuan dgn mana2 exco yg berkenaan utk bincangkan masalah ini. Dalam masa yg sama umum mengetahuinya, supaya mereka yg terlibat lebih rasa terdesak. Dgn kata lain desakan dalam bentuk yg lebih aman dan harmoni tp efektif.
Semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua.
-UmmusSalam-
Catat Ulasan