Selasa, 13 Januari 2009

BETUL KE PROJEK KEBAJIKAN TAK TERJEJAS : TIPU !!!!

BETUL KE PROJEK KEBAJIKAN TAK TERJEJAS : TIPU !!!!

Malaysiakini melaporkan bahawa Nik Nazmi berkata;

"Pembelian kereta Toyota Camry ini sebenarnya tidak menjejaskan langsung projek-projek kebajikan "merakyatkan ekonomi Selangor" yang telah dirancang kerana kerajaan negeri sudah mempunyai bajet untuk kesemua program berkenaan,
[1]"

ULASAN

Aku tidak tahu apa definisi kebajikan yang dimaksudkan oleh si Setiusaha Politik Menteri Besar Negeri Selangor ini. terpulanglah kepada sesiapa yang mahu menafsirkannya.

Padaku, bukan isu terjejas atau tidak projek kebajikan yang telah dibajetkan, tetapi persoalannya, mengapa gopoh sangat nak tukar kereta baru??????

Disaat rakyat dalam kesusahan, di saat itu para exco menjadi ”mangkuk hayun”.

Wahai para exco kerajaan negeri selangor yang mangkuk hayun sekelian!!!

Korang tau tak, kampung aku sampai hari ini tidak bergeran tau?????

Aku dan Eddieputra dah hantar surat kat Menteri Besar Selangor, buat laporan pasal keadaan tanah kami yang tidak bergeran. Jawapan balas pun sudah diberikan. Tetapi, kami bukan sekadar nak jawapan balas sahaja, kami mahu geran tanah....sekali lagi.. kami nak bergerankan tanah kami niiiiii.... korang faham tak???????

Kami dah tak larat nak menjawab dengan orang kampung, tahu-tahu korang pakai kereta baru.... apa penting sangat ke kereta camry tu??? Kalau nak berjimat pun, kenapa tak pakai kereta korang sendiri dulu, claim minyak sudah la.. baru lah berkebajikan namanya..... ini tidak, kononnya nak jimat kos, beli kereta baru... mangkuk punya exco....

Masa tak jadi exco dulu, senang jer nampak naik kereta sendiri, tahu-tahu sekarang, jadi susah pulak nak naik kereta sendiri. Apasal ni????

Itu satu, yang keduanya pula.

Kat kampung aku ni, ada seorang budak berumur 2 tahun; ditimpa penyakit jantung berlubang. Aku dah buat surat permohonan zakat; dan surat permohonan zakat itu, telah ditandatangan oleh exco agama sendiri.. korang tak kenal ke sapa exco agama kerajaan negeri selangor ni,, tapi kenapa sampai hari ini, satu berita pasal zakat itu pun tak sampai-sampai kat kami.

Korang tau tak, bapa budak tu dah habis sangat dah duit dia, sebab dok biaya anaknya yang jantung berlubang tu... budak tu, kalau kena asap api goreng ikan pun, mukanya dah biru tau....
korang ada fikir ker benda-benda macam ni?? ke asyik dok fikir nak naik kereta baru jer????

Kat IJN yang nak diswastakan oleh UMNO si Babi tunggal tu, bapa budak tu dah berhutang dengan IJN tu sebanyak 30 ribu ringgit tau... dan hari ini, IJN sudah tidak mahu memberi sebarang rawatan kepada anak malang itu, disebabkan kemiskinan yang menimpa keluarga malang tu....

korang ada fikir ker benda-benda macam ni?? ke asyik dok fikir nak naik kereta baru jer????

Kalau korang nak tau, kalau jumpa ngan bapa budak tu, kau akan kata, bapa budak tu macam orang gila; kesana macam tak kena, ke sini pun rasa macam tak kena. Hidup tak senang, sebab asyik dok fikir hal anaknya yang sakit jantung berlubang tau....
korang ada fikir ker benda-benda macam ni?? ke asyik dok fikir nak naik kereta baru jer????

Aku dah berusaha hantar surat permohonan bantuan zakat melalui exco Agama kerajaan negeri selangor dah lebih 4 bulan tau, tapi apasal sampai hari ini, masakan duit bantuan, berita pasal status permohonan kami tak dengar langsung.... hapa, korang bantai ke duit zakat tu?? Ke korang malas nak buat kerja??? Kalau malas buat kerja, korang boleh Blah.. !!!!.. bagi orang lain yang lebih layak pegang jawatan tu... ramai lagi yang lebih bagus dari kau tau ....

Kalau mati budak tu, aku akan menyalahkan Hasan Ali sebagai exco agama, dan aku akan dakwa beliau dan semua exco kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor di akhirat nanti....

Sekian

P/s : apa-apa hal, sila hubungi di e mail aku yang termaktub.

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh

14 Januari 2009 * 3:00 pagi.

[1] http://malaysiakini.com/news/96384

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

asm wbt.
tahniah al-ustadz. berani kerana benar dan sesungguhnya adil itu lebih hampir kepada taqwa. semoga Allah beri kekuatan kepada antum dan memelihara cinta kepada "taqwa" ini. whlm.

min celcom pj

Abu 'Ubaidah Al-Jaiz berkata...

Demo kat depan klinik

Tanpa Nama berkata...

Walaupun ustaz marah-marah tapi ana boleh faham perasaan ustaz.

Ya Allah, begitu banyak kisah sahabat berkenaan tanggungjwb pemimpin terhadap rakyatnya tapi 'orang kita' boleh lagi buat kerja macam ini.

Ana setuju dengan ustaz. Taknak atau tak mampu buat kerja silalah tukar dengan orang lain. Berat tu dosa perlu ditanggung di akhirat nanti kalau kerjanya macam ini.

Astaghfirullah. Semoga ana tak tergolong.