Jumaat, 23 Januari 2009

EXCO GUGUR DI PULAU PINANG : SELANGOR BAGAIMANA ???

EXCO GUGUR DI PULAU PINANG : SELANGOR BAGAIMANA ???

Utusan Malaysia melaporkan;

“BUKIT MERTAJAM 23 Jan — Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang menggugurkan tiga anggota exco kerajaan negeri daripada barisan jawatankuasa badan itu bagi membolehkan mereka memberi tumpuan kepada pentadbiran kerajaan negeri.

Mereka terdiri Timbalan Ketua Menteri Mohammad Fairus Khairuddin dan anggota exco Law Choo Kiang, kedua-duanya Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, dan seorang lagi anggota exco, Abdul Malik Abul Kassim, yang juga setiausahanya
[1]

KOMEN:

nampaknya, PKR di Pulau Pinang dilihat lebih cerdik dalam bertindak dalam menyelesaikan masalah kelembapan gerak kerja kebajikan rakyat dibawah kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Perhubungan PAS Selangor tidak mahu mencontohi ke???? Maklumlah, banyak masalah rakyat yang tidak selesai, bahkan kelembapan semakin hari semakin kelihatan.

Diharapkan exco Kerajaan negeri Selangor yang mewakili PAS berkenaan sedar kelemahan ini. Atas dasar tanggungjawab dan bertanggungjawab, bertindaklah seperti yang berlaku di Pulau Pinang.

Itupun, kalau sayangkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Tapi tak tahu la pula, kalau masih lagi menaruh harapan nak jadi MB Selangor???

Tak payah la... baru dua jawatankuasa pun dah tak boleh nak jaga, inikan pula nak jadi MB...

Kalau nak jadi MB juga, maka benarlah kata pepatah (setelah diubah):

“biar mati rakyat, jangan mati kemewahan exco..”

Maklumlah.. dalam senyap-senyap, kitakan ada slogan baru....

Hidup Camry !!!!
hidup exco !!!
hancur rakyat !!!!


Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
23 Januari 2009 * 10;34 malam.

[1]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_01.htm

1 ulasan:

bumilangit berkata...

waaahhh.. garang betul ustaz!

bila buleh pekena teh tarik bersama?