Khamis, 15 Januari 2009

SURAT DAMAI” : NYATA EZAM MAT GEMPAK TAHAP GABAN

“SURAT DAMAI” : NYATA EZAM MAT GEMPAK TAHAP GABAN

Ezam, Klon malahan scan Pak Syaikh Anwar Ibrahim yang berbangsa jawa mahu mendedahkan, kononnya ada satu surat damai antara Pak Syaikh Anwar Ibrahim dengan Dr Mahathir semasa pemecatan Pak Syaikh dahulu.

Bunyi macam gempak, tapi rupa-rupanya tak gempak mana. Sebab, surat itu, bukan sahaja berada didalam tangan Ezam sahaja, bahkan ada kat tangan ramai kenalan rapat Pak Syaikh Anwar Ibrahim.

Aku mengenali beberapa kenalan rapat Pak Syaikh Anwar Ibrahim, seperti Saudara Eikmal Ahmad dan Saudara Eddieputra. Saudara Eikmal seorang yang berwatak intelek, lantaran dulunya beliau seorang budak dari badan kajian “IKD” dan Eddieputra pula seorang yang berwatak bersahaja lantaran beliau seorang aktivis reformasi yang sentiasa dengan masyarakat.

Antara kedua-dua teman itu, aku amat rapat dengan Eddieputra.

Eddieputra menyatakan bahawa beliau juga ada menyimpan surat yang didakwa damai itu; dan beliau sendiri menunjukkan kepadaku surat tersebut sebelum Ezam pergi kempen pilihanraya Kuala Terengganu lagi.

Membaca kandungan surat tu, aku nak tergelak dengan berita gempak yang dimainkan oleh Ezam. Apabila membaca kandungan surat itu, disamping mengetahui kronologi disebalik keluarnya surat itu, ianya tidak segempak mana, cumanya sengaja digempakkan oleh Ezam seperti hendak melariskan majalah gempak yang tersebar di pasaran.

Eddieputra menyatakan, surat itu diambil oleh beliau ketika Pak Syaikh Anwar Ibrahim hendak pindah rumah dari Bukit Damansara ke bukit segambut. Semasa pemindahan sedang berlaku, Eddieputra meminta izin dari Pak Syaikh Anwar Ibrahim untuk menyimpan surat itu, untuk dijadikan koleksi.

Pak Syaikh tidak kisah Eddieputra ambil surat itu, kerana pada beliau, surat itu adalah sampah yang tidak bernilai lagi.

Semasa Ezam hendak mendedahkan kandungan surat damai tersebut, aku tidak menyangka, surat itu yang dimaksudkan. Tiba-tiba, apabila surat itu didedahkan, aku rasa nak tergelak dengan sikap ezam yang suka menggempakkan orang dengan sesuatu yang tak gempak langsung.

Eddieputra pada awalnya pun menyangka, bahawa mungkin ada sesuatu yang lebih gempak yang mahu didedahkan oleh Ezam, rupa-rupanya surat yang sama; bermakna, bukan sesuatu yang gempak, tetapi kegempakannya itu sekadar gempaknya ”majalah gempak” yang tersebar di pasaran sahaja.

Oleh itu, tolong bagi pesanan kat Mat ezam tu, tak payah buat kerja gempak sangat. Sebab, orang yang suka gempak-gempak ni selalunya orang yang gila nak masyhur...

sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
15 Januari 2009 * 3:41petang.

7 ulasan:

suratkhabarlama berkata...

SMS Najib dgn peguam Shafiee pasal Razak Baginda lagi gempak rasanya..

Panglima Perang Cyber berkata...

terima kasih sudi datang..

kita mahu kawan tak mahu lawan..

cuma mahu lawan sesiapa sahaja yang nak jatuhkan Islam dan penganutnya.

Yang terdiri dari bangsa Melayu yang merangkumi juga mualaf dari bangsa cina india.

keranan takrif melayu di sisi perlembagaan ialah bukan bangsa melayu sahaja bahkan termasuk mereka yang beragama Islam dan bertutur bahasa melayu serta mengamalkan istiadat melayu...

salam jumaat....

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) berkata...

HMMMM....MULA2 DEDAH SURAT DULU...EZAM ADA PENDEDAHAN BERANTAI......NANTIKAN PENDEDAHAN ANU DALAM KAIN ANUAR TUUU.....SEBAB EZAM TAHU TU....dalam bahasa perangsaraf ialah keep them hungry

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) berkata...

hahahaha

tunggu episod ezam

seterusnya

anuar tu giant.. susah nak dilapah kan....

Tanpa Nama berkata...

yeah ustaz, trooper BLOG BTN sudah mariiiii!!!

BPN=BTN

Tanpa Nama berkata...

UMNO yang lawan Islam, walaupun nama melayu. kalau betul2 UMNO pertahan islam, kenapa 50 tahun lebih rakyat tetap tak faham Islam... tahu-tahu, makin ramai melayu murtad ada la....

oleh itu, kalau mahu pertahankan islam, UMNO wajar dilawan...
UMNO dan DAP, DAP lebih mulia...sebab UMNO orang islam yang lawan islam. adapun DAP, tolak Islam sebab dorang bukan beragama Islam.

jelas !! UMNO adalah jijik dan kotor...

sekian

Al-Bakistani.

Tanpa Nama berkata...

to : Otai;

rasa tak sabar jer nak tengok gempak apa lagi yang nak didedahkan oleh si Mat Gempak ni....

harapnya, lepas ni, yang gempak yang hendak digempakkan oleh mat gempak ni sememangnya gempak la.. kalau gempak sekadar majalah gempak, baik tak payah la.. sebab buat malu jer...

tapi kalau dia dah tak malu, tak pe gak.. kita boleh bagi satu lagi gelaran baru, "mat semalu"


ok tak ;)

sekian

Al-Bakistani