Jumaat, 27 Mac 2009

TERUSKANLAH WAHAI ”MANGKUK-MANGKUK” POLITIK !!

TERUSKANLAH WAHAI ”MANGKUK-MANGKUK” POLITIK !!

Isu rakyat tidak selesai lagi. Yang miskin, masih lagi miskin. Yang duduk dalam Khemah, tetap dalam khemah lagi. Nasib mereka, tetap sama seperti sebelum ini.

Kemenangan adalah kegembiraan. Jangkanya, gembira kerana rakyat yang miskin mendapat pembelaan. Gembira rakyat dibawah khemah selamat diberikan rumah. Tetapi, semuanya itu adalah pembohongan.

Pilihanraya menjadi medan kata-kata manis dari ”seorang lelaki” yang sedang mengorat seorang ”anak gadis” yang cantik yang kononnya untuk dijadikan Isteri, rupa-rupanya ianya sekadar mengejar habuan seks yang tidak pernah kenal erti kepuasan.

Susah untuk selesai masalah kemiskinan. Susah untuk selesaikan masalah rakyat duduk bawah khemah. Semuanya jadi susah, sebab tidak memulakan gerak kerja. Gerak kerja tidak berjaya dimulakan, sebab tidak ada kesempatan kerana sebuk bermain politik.

Taja menaja menjadi mainan politik. Alasannya senang;

”itu adalah orang aku. Kalau orang aku naik, maka segalanya menjadi senang”.

Jangkanya, apabila orang dia naik, maka rakyat akan terselamat. Rupa-rupanya, menerima nasib yang sama. Bak kata pepatah;

”keluar mulut buaya, masuk mulut harimau”

Ekoran itulah, kawan baik ditaja. Kalimah ”ustaz” dijaja sana dan sini. Kerana, kalimah itu ada nilai untuk mendapat populariti. ”Ustaz” yang ditabalkan, tetapi ”ustaz” yang yang ditabalkan itu, hanya namanya sahaja ”ustaz”.

Dalam usrah, berbagai-bagai kejahatan musuh yang dibongkar. Rupa-rupanya, kejahatan musuh itu, diteruskan oleh ”ustaz” yang ditaja.

Jangan dikritik ”ustaz” itu. mengkritik bermakna tidak memberi wala’. Memberi wala’ kepada ”ustaz” adalah wajib. Melanggar yang wajib, maka sudah dikira sebagai dosa. walaupun, kerja ”bangsat” itu dibuat oleh ”ustaz”.

Maklumlah, berdasarkan pemikiran sentimen ramai, apabila jam yang salah masa, bukan jam yang perlu diperbetulkan, tetapi matahari yang sewajarnya dibetulkan.

Apabila seluar singkat, yang wajar dibetulkan adalah potong kaki agar sama panjang dengan seluar, bukannya menambah kain agar seluar sama panjang dengan kaki.

Wala’ berjaya dicandukan. Wala’ hanya berlaku pada ”orang-orang aku”. Adapun ”orang-orang yang bukan orang-orang aku”, maka itu tidak boleh diberi wala’, walaupun mereka itu adalah nakhoda kapal.

Wala’ hanya dari ”kem aku”. Selain ”kem aku” wala’ haram diberikan, walaupun terhadap nakhoda kapal yang diterima ramai.

Parahnya, mangkuk-mangkuk politik ini adalah manusia yang penakut. Mereka hanya berani berkata-kata dibelakang, tetapi amat tidak berani berkata dihadapan.

Mereka menjadi penakut sedemikian adalah kerana, mereka takut masa depan politik mereka lesap. Maklumlah, mereka berpolitik bukan untuk Islam dan rakyat, tetapi untuk ”aku” dan ”orang-orang kem aku”.

Bagaimana dengan islam pula?? Jawapannya, itu sebagai tempelan sahaja. Maklumlah, takkan ”ustaz” nak berpolitik dengan "politik kafir" pula kot....

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
28 mac 2009 * 2:08 pagi




10 ulasan:

ROHAN berkata...

5 bintang untuk posting ini!

Tanpa Nama berkata...

testing..... ustaz wan ji??? skang taklif jawatan apa dlm pas???

bachik berkata...

adakah saudara juga termasuk mangkuk yang saudara ceritakan?

Tanpa Nama berkata...

maaf lambat balas komen.. baru balik dari bukit gantang...

soalan dari saudara-saudara tanpa nama dan Saudara Banhik.. apakah ana termasuk dari kalangan mangkuk-mangkuk politik itu?? juga soalan, apa jawatan yang ditaklifkan kini??

jawapan ana...

mungkin ana sebahagiaan dari mangkuk-mangkuk itu.. tetapi kini, ana tidak bersedia dimangkuk-mangkukkan lagi oleh si mangkuk-mangkuk politik itu...

pada ana, lebih baik menjadi matahari berbanding menjadi jam. lebih baik menambah kain untuk sama panjangkan antara kaki dan seluar bagi seluar yang singkat berbanding memotong kaki untuk sama panjangkan seluar dengan kaki....

Islam adalah utama. rakyat miskin adalah utama. rakyat bawah khemah adalah utama. pangkat jawatan, sebagai alat untuk menunaikan keutamaan itu. jika perkara utama tidak boleh ditunaikan dengan jawatan. lebih baik, kita mencari alat yang lain untuk menunaikan perkara utama tersebut.

jika kita mempertahankan sesuatu alat yang ternyata tidak berjaya untuk menunaikan keutamaan itu, pada ana, itu adalah tindakan yang "bacul" dalam menggunakan alat. lebih-lebih lagi, jika wujud "lobi-melobi" dalam mempertahankan sesuatu alat, atau wujud "taja-menaja" dalam mempertahankan sesuatu alat.


sekian

Al-Bakistani

Zul UPM berkata...

Salam, ustaz pun nampak macam melobi jugak. Huhu.

Al-Bakistani berkata...

cuba pilih;

a) lobi-melobi atau taja menaja orang didakwa tak leh buat kerja..
b) lobi melobi atau taja menaja orang yang terbukti tak leh buat kerja....

mana satu yang baik, dan mana satu yang buruk dari dua perkara ini???

sebab apa melobi?? apakah tujuannya, kerana itu "kawan aku" atau kerana "dia memang boleh buat kerja"...

itulah asasnya tok guru nik aziz pernah sebut, Mat Sabu sebagai calon Kuala Terengganu. mencalonkan Dr Maria sebagai Naib Presiden dalam pemilihan lepas dll.

dah menang ni, lobi menjadi isu. sebab, ada orang tak leh buat kerja pun, tapi mereka nak jawatan. sebab apa nak jawatan??

maklumlah, kita kan dah menang. ia tak sama masa kalah dulu...

masa kalah dulu, yang layak pun tak nak jawatan. sebab apa tak nak jawatan masa kalah, masa menang nak jawatan pula??

entah la....

sekian

Al-Bakistani

Zul UPM berkata...

Salam,

Dua-dua ana tak pilih. Buat apa nak melobi? Dah nampak macam Umno. Bezanya tak guna duit. Harapnya takde. Ke ada pimpinan PAS yg melobi guna duit? Itu mgkn bg pihak yg mengiktiraf lobi melobi. Itupun, jika dalam PAS ni ada beberapa pihak dan ada pulak orang suka melobi pihak-pihak. Ayat yang pening.

Biarlah kita serah kepada Majlis Syura untuk putus sapa layak dan sapa tak layak untuk brtanding. Bukan untuk kepentingan kem tetapi kepentingan Islam. Tak perlulah ustaz nak kepohkan soal kem yang saja hendak diisukan oleh satu kem agar dinampak PAS ni ada dua kem.

TG Nik Aziz mencadangkan Mat Sabu jadi calon KT bukan melobi Mat Sabu jadi calon KT. Itu kena paham. Bagi ana, tak sama antara duanya. Ok, TG nik Aziz boleh bagi cadangan dan pandangan tetapi bukan pemutus. Atlast, TG Nik Aziz setuju Hj Wahid jadi calon sbb Hj Wahid menolak pd awalnya jd calon bila TG Hj Hadi approach.

Yg org mcm ini kita nak, bukan nk kpd jawatan tetapi boleh buat kerja. Yang boleh buat kerja tapi nak kepada jawatan pun bahaya jugak tu. Orang mana yg boleh buat kerja tapi nak kepada jawatan tu? Harap xde yg terasa.

Kita ada susur galur yg jelas tentang sapa yg layak memutuskan keputusan. Jgn ustaz politikkan dan menjadikannya sebagai isu besar.

Smg Allah memberikan kemenangan kpd orang yg ikhlas berjuang utk Islam. Ana pernah tnya satu soalan kepada Ustaz Zaharudin, lalu beliau menjawab, "Nta jgn bimbang, Allah akan jaga jemaah Islam PAS". Ustaz Zaharudin yg ustaz panggil Tok Guru suatu masa dulu. Hehe.

Doa kami agar orang yg punya niat buruk dan tidak ikhlas dalam PAS, dibukakan pintu hati untuk ikhlas berjuang. Tapi jika masih memilih kepentingan tertentu, semoga Allah jatuhkan orang sebegini dr kepimpinan jemaah Islam. Smg Allah perkenankan.

Maaf ustaz, saja nak share.

Wassalam.

Al-Bakistani berkata...

ana tidak berbicara pasal "calon" pilihanraya. tapi bicara tentang jawatan dalam parti.

orang yang tidak terlibat, tidak perlu menaruh perasaan terkejut terhadap artikle ini.

pada penglihatan ana, perlantikan seseorang untuk sesuatu jawatan parti atas dasar "kawan" memang wujud, bahkan perlantikan atas dasar "kelayakkan" sengaja dikesampingkan.

ana sudah tengok semua itu. bahkan, ana sendiri pernah berjaya dikambinghitamkan oleh seseorang demi untuk menjayakan misinya itu. mungkin ana terlalu "budak" ketika itu.

ana juga tahu, bagaimana istilah "ustaz" dijadikan strategi berguna untuk memenangkan seseorang dalam sesuatu pemilihan. dan perkara ini, telah dilakukan didepan mata ana sendiri.

yap.. ana juga meletakan keyakinan yang sama, Allah akan jaga PAS. tetapi, Allah menyebut, seseorang itu kalau nak berubah hendaklah melakukan perubahan dari dirinya sendiri.

keadaan sekarang, PAS masih dengan cara lama. ekoran itu, PAS minoriti berbanding PKR dan DAP. justeru, PAS berlu adakan anjakan baru untuk lebih maju. perlu ada kkonsep "fiqh At-Taghyir". perlu dilantik orang yang layak dan mampu bekerja untuk memajukan parti, bukannya orang yang dilebelkan sebagai "kawan aku".

pada ana, tindakan meletakkan asas "kawan aku" sebagai pemegang jawatan, bukanlah ajaran Islam. tetapi, Islam meletakkan asas "layak" untuk memegang jawatan.

nyatanya. Allah menjaga PAS. tetapi, Allah menyerahkan kemajuan PAS pada orang-orang dalam PAS.

firman Allah;

"sesungguhnya Allah tidak akan mengubah satu kaum, melainkan mereka mengubah diri mereka sendiri".

sekian

p/s : seorang tuan guru tidak semestinya dia hebat dalam politik. makin dia berpolitik, makin rakyat bawahan benci dia. tetapi, bila dia mengajar, bahan ilmunya tidak dapat disangkal. tetapi, tidak dinafikan, di sana wujud tuan guru yang bijak berpolitik... Ustaz Din Tantawi pernah sebut, ada orang tu hebat tulis kitab sahaja, belum tentu dia hebat berpolitik.

Al-Bakistani

Zul UPM berkata...

Salam a'laik,

Ana paham penulisan ustaz. Calon dlm pilihanraya sekdar contoh yg ana ketengahkan sbb konsepnya sama sahaja iaitu : "Pilihlah pemimpian yang boleh buat kerja dan layak. Awas dengan pemimpin yang layak dan buat kerja tapi meminta-minta jawatan"

Sbg contoh, ada hamba Allah tu jumpa Cikgu Pa selepas penamaan calon PRK KT dan berkata "What's wrong with me?" Dia bengang sebab dia tidak terpilih sbg calon sedangkan kawan dan lawan dok sangka dia akan jadi calon, lastly Hj Wahid jd calon. So, nak ke pimpinan macam ni?

PAS minoriti berbanding PKR dan DAP. Pemahaman ana mgkn ustaz maksudkan di dlm Parlimen. Setahu ana, seorang pimpinan pusat ada jelaskan bahawa dlm PRU12 kita menumpu utk menguasai kerusi DUN. Itu penumpuan PAS waktu itu. So, tidak hairanlah kita x ramai di Parlimen sbb byk kerusi PKR ambik.

Ana sokong, seorang tok guru yg hebat dr segi keilmuannya tidak semestinya hebat dr sudut politiknya. Byk contoh kita boleh ambil tapi alhamdulillah mereka tetap hebat dan memilih untuk bersama dgn PAS walaupun tidak berada di front line. Tapi kalau di nisbahkan kepada TGNA dan TGHH, bg ana pemikiran politik mereka sgt hebat. TGNA hebat dr dulu lg. Kini kehebatannya diteruskan kesinambungan oleh TGHH.

Ini fakta. TGHH disegani kawan dan lawan, x macam Anwar. Even Anwar pun dh exhausted bila 16september x jadi dan Perak dirampas. Tapi TGHH masih mantain. Ucapan beliau dlm Parlimen pun dikagumi kawan dan lawan. Ini menandakan kehebatan dlm politiknya. Ana bg contoh dua tok guru ni sebb mereka layak dijadikan contoh. Wallahua'lam.

BPKR berkata...

oiii.. kau ni budak UPM mana tau pasal politik Malaysia.... baik kau ambil tahu pasal belajar kau jer......

yang kau tak pasal-pasal kau sebut pasal kami punya Dato' Seri tu apasal???????

kau tak tahu 916 tak jadi tu kenapa... kalau kau tak tahu, baik kau diam...

kalau Aku dedah kat sini. nanti ustaz hadi kau jadi buruk....

Dato' Seri kami dah jaga dah nama baik ustaz Hadi korang tu...

kami dah la bengang sesangat kat ustaz hadi korang tu,..korang jgn bagi kami bengang kat korang pulakk....

faham !!!!!