Faizal Tahir dan keluarga bahagia
TKO MEMBANTUTKAN DAKWAH????
Tranungkite adalah lamanweb politik yang dikuasai oleh PAS. ia kepunyaan Dewan Pemuda PAS kawasan Dungun. Tahniah atas usaha Pemuda PAS itu.
Pun begitu, berita dari Pas Johor yang bertajuk “Islam Awang Liku Versi Najib Ganti Islam Hadhari”, yang diterbitkan oleh Tranungkite pada hari ini, mempunyai nilai ulasan yang boleh dipuji, tetapi dilihat agak kurang bijak, apabila gambar Saudara Faizal Tahir yang buka baju dipaparkan.
Aku adalah orang yang agak rapat dengan keluarga Faisal Tahir. Secara personal, aku agak kenal Faizal Tahir, walaupun kami tidak begitu rapat.
Walaupun kisah silam, Faizal Tahir dilihat sebagai “orang yang berdosa”, tetapi sekarang beliau adalah orang yang sedang dalam “proses untuk berubah”.
Beliau adalah orang yang tidak mengundi UMNO/BN, malahan membenci. Tetapi, keadaan ini tidak pernah difikirkan oleh orang-orang PAS sekarang yang mendakwa berdakwah.

Aku memandang, Faizal adalah eset berharga untuk menarik pengaruh anak-anak muda kini kepada Islam. Sepatutnya, Faizal perlu dijadikan senjata berharga dalam menarik pengaruh mereka kepada Islam. lebih-lebih lagi, beliau dalam “proses berubah”.
Pernah kita berfikir, Faizal mempunyai peminat yang ramai, sudah tentu dengan berjaya meng”islam”kan lagu-lagu nyanyian Faizal akan menghasilkan kejayaan meng”islam”kan peminat-peminat Faizal. Walaupun tidak berjaya secara penuh, sekurang-kurangnya sikit pun sudah memadai.
Bak kata kaedah fiqh;
لا يدرك كله لا يترك كله
Maksudnya;
“tidak mendapati semuanya dengan tidak menolak semuanya”
Tetapi, apabila gambar “dosa silam” dipaparkan oleh lamanweb yang kepunyaan PAS, ini merupakan tindakan yang sedang membantutkan proses untuk menjayakan dakwah islamiyyah terhadap anak-anak muda.
Kalau pun TKO tidak mahu berusaha hendak meng”islam”kan peminat-peminat Faizal, diharapkan jangan menjadi penghalang usaha individu tertentu yang berusaha untuk meng”islam”kan mereka.
Faizal kini sudah tidak lagi melakukan tindakan yang sensitive, tetapi persoalannya, mengapa dosa lama ini diungkit-ungkitkan lagi. Jika beliau masih lagi tidak berubah, lalu mahu dipaparkan juga, terpulanglah kepada kebijaksanaan kita dalam memaparkan gambar-gambar sebegitu atau tidak.
Aku harap, TKO lebih bijak dalam memaparkan gambar-gambar dalam web mereka di masa akan datang. Dicadangkan, gambar “dosa silam” yang telah dipaparkan itu dibuang, kerana ianya telah berjaya melukakan hati insan-insan yang tidak bersalah dan tidak berdosa, bahkan dalam usaha mereka menuju kepada Allah.
Nabi SAW ada bersabda :
كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ
Maksudnya;
“Setiap umatku bisa diampunkan melainkan mereka yang menzahirkan maksiat yang dilakukan[1]”
Sabda nabi SAW lagi;
مَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya;
”Barangsiapa yang menutupi aib saudaranya yang Islam, pasti Allah akan menutup aibnya pada hari akhirat nanti[2]”
Memang hadis ini ada perbahasan, iaitu dalam keadaan tertentu, boleh dibuka aib seseorang. Pun begitu, mendedahkan aib orang yang sedang dalam proses menuju kepada kebaikan akan mengakibatkan mudharat yang lebih besar. Sudah pasti, tindakan itu adalah dosa disisi Allah SWT.
Sekian
P/s : jangan disebabkan kebodohan kita menjadi punca manusia jauh dari Islam
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com
ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
25 mac 2009 * 6:08 petang
[1] Sahih Al-Bukhari : 5608.
[2] Sahih Al-Bukhari : 2262.
4 ulasan:
tak payah lah dedah strategi anta nak dekati dia dlm blog terbuka ni...kalau dia baca ....terbantut plak.sekadar pandangan...selamat berjuang...delete ajer artikel ni...
apasal nak takut. sebab memang Dia pun dah bersedia nak berkawan dengan ana.. dan dia positif untuk kebaikan ini. cumanya, kita kurang nak ambil tahu sikit pasal dia...
ana takkan delete, selagi gambar dalam artikle tranung itu tidak didelete lagi.
sekian
Al-Bakistani
apa kaitan dgn tranungkite plak...ana tak wakili tranungkite..
gambar "silam" Faizal tu ada dalam tranungkite. artikle ini berkaitan dengan gambar "silam" itu. tidak ada kaitan dengan mereka yang tidak mewakili Tranungkite...
sekian
Al-Bakistani
Catat Ulasan