Ahad, 26 April 2009

DAKWAH BERSTRATEGI DALAM PAKATAN RAKYAT

Ir Nizar, tokoh pemimpin islam For All dari kalangan Profesional. Tuan Guru Nik Abdul Aziz, tokoh Pemimpin islam For All dari kalangan Ulama
DAKWAH BERSTRATEGI DALAM PAKATAN RAKYAT

Secara peribadi, aku amat mengkagumi dengan ketokohan Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Seorang ulama berfikiran jauh merentasi zaman dan tempat.

Semasa Pakatan Rakyat mula menjejakkan kakinya di Malaysia, aku manambahkan bilangan bacaanku terhadap tulisan-tulisan Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Padaku, jawapan kemusykilan ketika itu, banyak terjawab melalui tulisan-tulisan beliau.

Jika ditelaah buku-buku tulisan Dr Yusuf Al-Qaradhawi, terutama Fiqh Daulah dan Fatawa Muasarah, kita akan berjumpa jawapan disebalik tertubuhnya kerajaan Pakatan rakyat di Malaysia. Apakah ianya bercanggah dengan Islam atau tidak? Hatta jika majoriti ahli parlimennya tidak beragama Islam sekalipun.

Konsep Fiqh maqasid dan Fiqh Maalat At-Tatbiq yang ditekankannya, memberikan kita satu keputusan yang jitu dan matang dalam bertindak untuk membawa kerajaan Pakatan rakyat ke arah kemenangan islam itu sendiri.

STRATEGI DAKWAH

Jika di awal-awal kemenangan Pakatan rakyat, pernah aku menulis tentang dakwah berstrategi dalam kerajaan Pakatan Rakyat. Ini kerana, Kerajaan Pakatan Rakyat bukanlah sebuah kerajaan Islam, tetapi mempunyai harapan yang cerah untuk bertukar menjadi kerajaan Islam.

Menyedihkan, tulisanku itu dihina sebilangan pihak. Mungkin mereka tidak memahami maksud yang ingin aku luahkan dalam tulisan tersebut, sepertimana Tuan Guru Haji Abdul Hadi mendakwa ramai rakyat yang tidak memahami Kerajaan Perpaduan yang diideakan oleh beliau.

Sebenarnya, Aku menekankan konsep dakwah berstrategi dalam kerajaan pakatan rakyat adalah merujuk kepada penekanan Dr Yusuf Al-Qaradhawi ketika pihak gerakan Islam berada dalam kerajaan yang tidak menjadikan Islam sebagai asas pemerintahan.

Pun begitu, Aku tidak kisah dengan penghinaan tersebut, menyebabkan aku sendiri bertindak sehingga kini, berkawan dengan manusia yang tidak sealiran denganku, setiap hari minggu merayau-rayau sekitar Kuala Lumpur untuk mencari anak-anak muda yang boleh dijadikan kawan, dengan harapan dakwah berstrategi yang aku sebutkan itu, aku sendiri melakukannya.

Aku pernah mencadangkan perkara ini dalam beberapa mesyuarat jemaah, tetapi perkara ini tidak diendahkan, bahkan dianggap remeh. Kalau ruang ini sudah tidak diendahkan, lebih baik aku bertindak di luar dari bidang kerja jemaah dengan harapan, jemaah tetap mendapat manfaatnya sama.

Dr Yusuf Al-Qaradhawi ada menggariskan beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh sesuatu gerakan Islam ketika gerakan Islam terpaksa masuk dalam kerajaan yang tidak Islam. Antaranya adalah, perlu diadakan gerakan dakwah berstrategi, yang tidak dikhususkan kepada rakyat sahaja, bahkan menjangkau kepada YB-YB dari sahabat parti Pakatan Rakyat juga.

Secara peribadi, aku tidak melihat wujudnya penyusunan plan dakwah berstrategi itu. Bahkan, di awal kemenangan pun, di peringkat salah sebuah negeri Pakatan Rakyat, ada mengadakan program ijtimak, tetapi menyedihkan isu ini tidak dibincangkan secara serius. Bertambah menyedihkan lagi, apabila salah seorang ustaz yang berjawatan ”Ulama” yang membentangkan kertas kerja, tidak berbicara tentang dakwah, tetapi yang dibincangkan adalah isu ”GLC”.

Waduh !!! sedih merasakan pemikiran kita ketika mencapai kemenangan. Apabila isu GLC itu dibangkitkan, menyebabkan salah seorang YB Ahli parlimen PAS yang berstatus Profesional, telah mencadangkan agar isu GLC ini tidak disentuh, tetapi hendaklah dilakukan perbincangan strategi dakwah. aku juga, telah bangun menyatakan tidak bersetuju dengan isu ”GLC” yang dibangkitkan, dan mencadangkan agar diadakan perbincangan tentang konsep dakwah Nabi SAW dalam perjanjian Al-Hudaibiyyah. Sedihnya, ia tidak dilayan langsung.

Aku tidak kisah jika itu tidak dilayan, tetapi aku bimbang dengan keadaan kerajaan Pakatan rakyat tanpa wujudnya usaha dakwah berstrategi.

Tidak lama kemudian, kedengaran pula berita ”pertemuan sulit” dan juga telah sampai kepada aku sebuah ”kertas kerja” yang ditulis ”orang tertentu”; yang mencadangkan agar kerajaan Pakatan rakyat tidak tertubuh di peringkat pusat kerana majoriti ahli parlimennya tidak beragama Islam.

Inilah yang mensangsikan aku. Apa sebenarnya yang sedang difikirkan kita dalam mencapai kemenangan Islam di Malaysia. Aku tidak terlalu bimbang kemenangan Islam di Kelantan, kerana ketokohan tok guru Nik Abdul Aziz dan kemampuan beliau telah terbukti kejayaannya, walaupun ada pihak yang tidak ”sebulu” dengan tok guru.

Tetapi aku terlalu bimbang di negeri pakatan rakyat di Perak, Selangor dan Pulau Pinang. Bukan kerana Pakatan rakyat, tetapi bimbang kelalaian kita dalam menyusun program dakwah Islamiyyah bagi mencapai kemenangan islam itu sendiri.

Pun begitu, aku berbangga mempunyai seorang pemimpin seperti Ir Nizar yang beliau bukan dari kalangan agamawan atau Ulama. Aku merasakan, ketokohan dan kehebatan beliau berdakwah telah berjaya menandingi para agamawan kita. Masakan tidak, walaupun ilmu agama beliau setahap ”mee celup” (pinjam bahasa Ustaz Nik Abduh), tetapi kemampuan beliau mengislamkan pemikiran sahabat-sahabat dari DAP amat terbukti. Lebih mengkagumkan, sehingga sampai satu tahap, ramai dari YB-YB DAP telah mampu membaca Al-Quran, walaupun dengan pelat cina.

Padaku, kita perlu belajar dari tokoh ini dalam membawa kerajaan Pakatan rakyat menuju kepada kerajaan Islam.

Sekian



Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
27 april 2009 * 10:33 pagi

4 ulasan:

seli berkata...

slm ustaz...ana cadangkan ustaz buatlah temu janji dengan Tuan Guru Hj Hadi utk propose cadangan ustaz tu..

sekian

Tanpa Nama berkata...

Us,

Program dakwah berstrategi memperkenalkan Islam melalui Pakatan Rakyat(PR) penting kerana ia wadah yang mana dapat menghimpunkan masyarakat. Walau bagaimana pun, PAS perlu ada program dakwah berstrategi dahulu untuk dilaksanakan bersama PR

Tanpa Nama berkata...

SALAM,

saya pelik kenapa masih ada pimpinan PAS membincangak secara terbuka isu unity governmernt sedangkan mesyuarat jawatankuasa pas pusat sudah membuat kptsn spy isu ini ditutup. malah saya terkedu membaca tulisan Ust Nik Abduh yang membuat tuduhan secara terbuka mengatakan pembantu2 TGNA memberikan kefahaman yang salah kpdnya dan menuduh mereka sesat.siapakah pembantunya itu? Dato Husam kah? Ust Nik Amar kah? Dato rahim kah? sepatutnya tuduhan sebegini tidak patut dibuat dikhalayak umum. bincang dlm mesyuarat parti...kalau inilah cara kita berpolitk, maka samalah kita dgn UMNO...nauzubillah...ustaz...saya pohon ustaz tulis artikel supaya isu ini tidak lagi diperdebatkan di khalayak umum...terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum, saya bangga dengan pendekatan Ust.yang muda tetapi berpandangan orang dewasa. teruskan pendekatan ini dan jgn jadi seperti sesetengah ustaz yang bersa dia je boleh bicara bab ugama tapi kerja parti ...FAIL!!! sebagai pendengar setia kuliah Ust disekitar Ampang...syabas dan teruskan membentesi fahaman salah ustaz2 yang memesongkan (pinjam bahasa Nik Abduh)