Selasa, 7 Julai 2009

ORANG SALAH PERLU DIHUKUM !!

ORANG SALAH PERLU DIHUKUM !!

Semua orang yang bersalah dan sabit kesalahannya, wajar diberikan hukuman. Jika tidak diberikan hukuman, memungkinkan kesalahan yang sama akan berulang kembali.

apabila kita meneliti balik dari kitab-kitab fiqh, kita akan ketemui, bahawa pensyariatan sebarang hukuman mempunyai tujuan pencegahan yang disebut sebagai “Radia’h” dan “Zajirah”
[1].

Makna “radia’h” adalah mencegah dari pelaku kesalahan dari mengulangi kesalahan yang telah dibuat. Adapun makna “Zajirah” adalah mencegah orang lain dari melakukan kesalahan. Ekoran dari itulah, Islam mewajibkan perlaksanaan hukuman itu dilakukan, tanpa “pilih bulu”.

Asas pencegahan ini merujuk kepada Firman Allah SWT;

وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا جَزَاءً بِمَا كَسَبَا نَكَالًا مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Maksudnya;
”Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”

(Surah Al-Maidah : 38)

Memahami inilah, didapati pensyariatan hukuman terhadap pesalah bukanlah semata-mata pensyariatan, bahkan ianya terkandung maksud untuk menjaga maslahat kehidupan manusia.

Justeru, hukuman yang hendak dilaksanakan, tidak boleh “pilih bulu”. Jika yang melakukan kesalahan itu adalah kawan kita, maka orang itu terlepas. Dan jika kesalahan itu dilakukan oleh orang yang bukan kawan kita, maka tidak dapat tidak, hukuman mesti dikenakan. Tindakan sebegini mengundang kebinasaan

Dalam satu hadis diriwayatkan bahawa Nabi SAW ada bersabda;

إِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ قَبْلَكُمْ أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عَلَيْهِ الْحَدَّ وَايْمُ اللَّهِ لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا

Maksudnya;
“Sesungguhnya binasa golongan sebelum kamu kerana, apabila mencuri dari kalangan mereka oleh orang yang mulia, pasti mereka akan membebaskannya. Dan apabila mencuri itu adalah orang yang lemah dari kalangan mereka, pasti mereka akan laksanakan hukuman tersebut. Demi Allah, sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, pasti aku akan potong tangannya
[2]

Sekian

p/s : Baca sama
sanggahtoksago dan Mstar, juga Malaysiakini.

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri indah (B), Sg Buloh
8 Julai 2009 * 3:07 pagi


[1] Dirasah Fiqh As-Syafii : 4/23.
[2] Sahih Al-Bukhari : 3216.

2 ulasan:

sinner berkata...

SO, pointnya nk suh jawatankauasa amik tindakan pada presiden la? saya tgk kebencian anda menutup segala2nya hingga tiada rasionalnya pemikiran saudara..read between the lines..perbincangan akan diteruskan BN selagi ke arah kebaikan..ini juga disebut dlm press conf presiden PR tempohari..ini tanda kita open ke arah kebaikan unless presiden kata 'kami buka perbincangan utk masuk BN'..itu br kna hukum..

kamon laa,anda terlalu emosional..stop it will ya..kalo xsuka presiden, go ahead, go away from PAS..sebab majority kami masih lg hormat presiden..

tarik nafas panjang2,think! jgn benci menyelubungi diri anda..

wassalam

Al-Bakistani berkata...

tuan Ibrahim kata;

"Sebarang huraian dan kenyataan yang cuba membuka kembali perbincangan akan mengundang pelbagai reaksi dan membuka semula ruang fitnah dalam jamaah. Sekiranya fenomena ini berlaku, Jawatankuasa Disiplin parti akan bertindak dengan mengambil tindakan disiplin demi menyelamatkan parti dari pergolakan yang sangat merimaskan ahli-ahli," tegas beliau dalam blognya.

Tambah Tuan Ibrahim, ingatan ini perlu dilihat secara serius memandangkan PAS telah terlepas dari satu ribut yang menggoncang keutuhan dan setiakawan parti, dan sebarang pandangan yang berbeza boleh disalurkan melalui saluran rasmi parti, bagi mengelak ia disalahertikan oleh media arus perdana.

***

di mana-mana dunia pun, sebarang hukuman berlaku pada orang bawahan... orang atasan mana yang kena hukuman...

sebarang kesalahan orang atasan, perlu dita'wilkan. adapun orang bawahan, itu adalah salah...

kadang-kadang teringat balik masa bersembang dengan Cikgu Non Afghani, kesedihan beliau dikena tindakan disiplin sehingga dipecat dari menjadi ahli PAS ekoran mempertahankan hak balu memali...

nasib-nasib...

sekian

Al-Bakistani