OMAR ABDUL AZIZ TEGUR KHALIFAH
Sewaktu Omar bin Abdul Aziz menjadi penasihat kepada Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik, Khalifah telah dicemuh oleh seorang lelaki dalam satu majlis khalayak ramai.
Tindakan lelaki yang mencemuh Khalifah Sulaiman itu tidak disenangi oleh baginda Khalifah, menyebabkan baginda telah mengadakan satu mesyuarat dengan dihadiri oleh para penasihat-penasihatnya untuk berbincang tentang tindakan lelaki tersebut.
“apa pandangan kamu sekelian tentang kejadian mencemuh beta yang dilakukan oleh lelaki tadi?” tanya khalifah kepada semua penasihat-penasihat yang hadir.
Sebilangan besar dari mereka mencadangkan agar kepala lelaki itu dipenggal, tetapi tidak mendapat respon yang baik oleh Omar bin Abdul Aziz.
Khalifah Sulaiman perasan dengan respon yang tidak baik yang diberikan oleh Omar bin Abdul Aziz itu.
“mengapa kami tidak berbicara wahai Omar? Apakah kamu bersetuju dengan cadangan itu atau tidak?” tanya khalifah dengan nada yang lembut.
Omar menjawab, “Saya tidak pernah mengetahui bahawa di sana wujud hukuman halal darah terhadap orang yang mencemuh, melainkan mencemuh keji terhadap Rasulullah SAW” sambil berdiri dan berlalu pergi sambil diperhatikan oleh semua penasihat-penasihat Khalifah.
Mendengar jawapan Omar itu, Khalifah Sulaiman berkata dengan rasa kekaguman terhadap Omar yang terlalu mencintai kebenaran dan keadilan, “kamu wahai Omar, sememangnya kamu adalah kepunyaan Allah”
Kisah yang dinukilkan ini, memperlihatkan kepada kita betapa Omar bin Abdul Aziz tidak pernah merasa takut dalam menyatakan kebenaran. Walaupun ketika itu, semua penasihat-penasihat Khalifah sepakat menyatakan hukuman pancung terhadap lelaki yang mencemuh baginda, tetapi persetujuan majority itu tidak dipersetujui oleh Omar atas dasar kebenaran dan keadilan Islam.
Keadaan ini jarang berjumpa pada manusia di zaman kini, waimma ada walaupun tidak ramai. Menyedihkan, disebabkan mahu mengampu para pihak yang berkuasa, ada sebilangan ulama sanggup menghalalkan perkara yang haram, dan mengharamkan perkara yang halal dengan alasan “mengampu”.
Justeru, kisah yang dinukilkan ini dapat dijadikan panduan oleh semua manusia, agar ia menjadi satu panduan yang amat berkesan dalam usaha melaksanakan keadilan dan kebenaran di atas muka bumi Allah SWT.
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com
- Kota Damansara
8 ogos 2009 * 3:34 petang
5 ulasan:
Syeikh, boleh tak kita tegur pimpinan PAS?
kenapa takkomen isu arak dis Selangor.. minta komen...
to mamat drebar:
semua manusia tidak maksum, melainkan yang dilantik jadi nabi. nabi pun pernah ditegur oleh para sahabat dalam banyak kisah, inikan pula kita manusia biasa.
to tanpa nama;
sila baca artikle2 dalam jangka seminggu ini...
sekian
Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
Betul syaikh... ramai orang-orang keliling TG Nik Aziz yang macam Syaikh cakapkan tu...mengampu saja lebih..Tapi apa pun tarak..macam tong kosong...
saper org2 keliling TG nik aziz tu?? kalau husam musa, ana memang tak setuju... Kalau barisan saf adun kelantan, lagi ana tak setuju..mereka pernah ditawar berjuta2 ringgit untuk keluar dari PAS semasa pas menang tipis di kelantan..tapi mereka teguh pendirian..macam nih boleh kata tong kosong..yang bercakap tu yang tong kosong...kelantan semuanya mantap iman dan telah diuji...
Catat Ulasan