Khamis, 20 Ogos 2009

MENINGGAL DUNIA SEBAB KELALAIAN KERAJAAN PR SELANGOR??

MENINGGAL DUNIA SEBAB KELALAIAN KERAJAAN PR SELANGOR??

Dalam tahun lepas, aku ada mendedahkan tentang kelalaian pihak atasan lembaga zakat negeri selangor untuk mendapat bantuan kewangan bagi menampung perbelanjaan keluarga miskin yang sedang berhadapan dengan musibah anak yang sakit jantung.

Aku bersama eddieputra sendiri berusaha untuk mendapatkan bantuan itu. kami berulang alik ke pejabat exco agama untuk menghantar maklumat tentang anak kecil yang malang itu, tetapi yang kami dapat hanyalah ”habuk”.

Pendedahanku itu banyak mengundang kemarahan sebilangan pembaca terhadapku tentang pendedahan itu. Aku tidak kisah dengan kemarahan mereka terhadapku, kerana padaku, bahu yang memikul lebih merasa berat berbanding orang yang melihat sahaja orang yang memikul.

Mungkin kita yang melihat boleh ketawa melihat kepenatan orang yang memikul satu bebanan yang berat, tetapi disebalik ketawa kita itu, kita tidak sedar bahawa betapa sedihnya hati orang yang sedang memikul bebanan, mungkin hatinya sedang berdoa sesuatu dengan Allah agar orang yang ketawa itu akan dibinasakan oleh Allah SWT.

Walaupun aku mendedahkan isu ini berkali-kali, malah berulang alik berkali-kali juga ke pejabat exco agama untuk memaklumkan maklumat itu, ternyata ia adalah hampa sehampa-hampanya.

Maklum balas yang kami dapat adalah, kononnya orang atasan lembaga zakat adalah orang UMNO. persoalannya, kalau ada orang UMNO yang hanya menyekat kebajikan yang wajib disampaikan kepada rakyat, mengapa kita yang sudah berjawatan exco tidak berfikir dan bertindak dengan secerdik-cerdik yang mungkin untuk memecat, atau bertindak agar kebajikan yang disekat itu sampai kepada rakyat yang berhak.

Pada hari ini, aku mendapat berita. Adik Nurul yang tidak berjaya diberikan bantuan kewangan untuk mendapat rawatan dari pihak lembaga zakat selangor telah kembali ke rahmatullah.

Aku tidak mampu berkata apa-apa, melainkan aku berharap agar Allah membalas “kejahatan” pihak atasan terhadap “kezaliman” mereka terhadap anak kecil itu, juga terhadap ibu bapanya yang merupakan rakyat selangor yang boleh dikategorikan sebagai miskin itu.

Mereka bukan sekadar dizalimi oleh barisan nasional yang sediakala zalim, tetapi mereka telah diabaikan kebajikan oleh orang yang sedang lalai memerintah dalam kerajaan pakatan rakyat negeri selangor. Terutama, mereka yang berjawatan exco dalam bidang yang dimaksudkan.

Aku doakan, agar Allah balas segala apa yang terjadi ini terhadap mereka yang berkenaan.. Ya Allah, binasakan mereka...Amin Ya Rab Al-‘Alamin.

Sekian

Sila baca:
Al-fatihah buat adik nurul

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg buloh
20 ogos 2009 * 6:00 petang

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Amin...perkenankanlah ya Allah doa org yang dizalimi

Tanpa Nama berkata...

Salam ust...

artikel dalam web nie
http://mashoori.wordpress.com/
ade ape2 komen ust?

Tanpa Nama berkata...

Saya fikir Ustaz WanJi ada baiknya meneliti struktur MAIS.

Sejauh mana kuasa Exco yang dimaksudkan itu dalam MAIS.

Kemudian, bila tahu siapa sebenarnya ada kuasa direct pasal zakat, maka berusanlah dengan individu berkenaan dalam MAIS / LZS.

Saya pun ada satu projek membabitkan MAIS.

Saya cuba masuk guna line MB lagi. Tapi no respon. Tapi saya tak salahkan dia. Walaupun ADUN tersebut sangat rapat dengan MB.

Sebab struktur MAIS yang terus report kepada Sultan.

Tapi bila guna line yang betul, alhamdulillah, tiada masalah. Respon baik.

Pakdi
http://www.pakdi.my

Al-Bakistani berkata...

mungkin perlu ada beza antara buat projek dengan MAIS dengan permohonan zakat untuk orang yang memerlukan???

kalau ikut prosidurnya, melalui pjbt zakat pun sudah memadai. itu pun kami dah buat, tapi tak berhasil juga.

kami gunakan line exco. pun tak dapat juga.

masakan dapat bantuan zakat, telefon dari lembaga zakat pun tidak.

guna JPD, semua macam mangkuk hayun. makin menyakit hati sahaja ada la... mentang-mentang memerintah, cakap pun dah lain. ala sombong dan angkuh je. terasa hati si bapa yang miskin. sedih entah kepalang.

mungkin lepas ni, kena keluar fatwa baru, haram bayar zakat kepada LZS???

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

sekian

Wallahu 'Alam

Tanpa Nama berkata...

Allahuakbar!! Apakah ini tanda2 kerajaan Selangor akan berpindah semula ke BN? doa org yang dizalimi tidak akan ditolak oleh Allah... Harap2 kerajaan Selangor sekarang cepat2 sedar...