Selasa, 29 September 2009

BAGAN PINANG : TERBUKTI UMNO PARTI RASUAH

BAGAN PINANG : TERBUKTI UMNO PARTI RASUAH

Rasuah politik sesame UMNO telah mengakibatkan Isa Samad dihukum. Jangan dilupa, hukuman terhadap rasuah yang melibatkan Isa Samad itu, bukanlah hukuman yang dikenakan menerusi hukuman dari pihak kerajaan, tetapi hukuman menerusi disiplin UMNO. (sila klik)

Ketebuktian Isa samad melakukan amalan rasuah dalam UMNO adalah menerusi siasatan dalaman UMNO. Adapun skandal rasuah Isa Samad diluar dari daerah UMNO, belum dilakukan sebarang siasatan lagi.

“kalau sesame UMNO pun mereka sanggup lakukan rasuah, inikan pula mereka hendak lawan PAS” satu ungkapan berhikmat dari Tuan Guru Nik Aziz dalam mengulas isu rasuah yang di amalkan semasa UMNO.

justeru, bapa rasuah yang dihukum menerusi lembaga disiplin UMNO, tidak bermakna Isa samad sudah bersih dari sebarang skandal rasuah. Pun begitu, disebabkan ketandusan pemimpin, menyebabkan UMNO terpaksa menabalkan bapa rasuah itu sebagai calon Bagan Pasir.

Sekian
p/s : selepas PRK Bagan Pinang, Insya Allah, ana akan menulis tentang perbedaan antara wala' dan Siqah. Dan Insya Allah, tulisan tersebut terbuka untuk kritikan, dan hentaman secara ilmiyyah, agar kita dapat satu kesimpulan jitu dalam isu wala' mengikut konsep islam.

Wallahu ‘Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com





- Sri Indah (B), Sg Buloh
30 september 2009 * 12:07 pagi

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

'duit' raya rm200.00 seorang telah disampaikan kepada warga tentera pada 29 sep 09. pengundi manek urai tempoh hari juga dibayar wang 'saguhati' rm 500.00 seorang. begitulah nilaian 'harga' pengundi pos berbanding dengan pengundi manek urai. untuk naikkan nilaian sdra, suarakan rasa tidak puas hati sdra dengan layanan ini. ugut mereka, ingat warga tentera murah ke? mungkin sdra akan dapat 'duit' raya fasa kedua sebelum 11 okt ini. cuma ingat pesan tok guru nik aziz, "bagi duit ambik, bagi kain pakai, bagi guka kacau, undi BULAN.
duit tu bukan duit depa, duit rakyat semua. jangan sekali2 jual maruah sdra! tentera bersama rakyat. justeru fahamilah aspirasi, cita2 dan harapan rakyat. selamat mengundi tanpa perlu "menhjual" undi sdra. rakyat mahu tentera turut serta bersama mempertahankan kedaulatan negara.

jeneral (bersara)