CADANGAN SELCAT : SIASAT PIMPINAN PR SAMA, TERMASUK EXCO INFRASTRUKTUR
Aku sangat bersetuju dengan artikle Ustaz Din tantawi yang bertajuk ”OSA : melindungi penyeleweng” (sila Klik). Artikle itu bernas, malahan memang itulah yang kita diajar dalam banyak siri-siri ceramah politik yang melibatkan PAS, PKR dan DAP (Pakatan Rakyat).
Jika diimbau zaman lampau, iaitu ketika masih diperingkat sekolah rendah. Penceramah politik PAS yang sering menjadi buah mulut bapaku adalah Saudara Mat Sabu (Abang Mat).
Semasa Aku di sekolah rendah, Aku amat berminat dengan ceramah Abang Mat yang menghentam UMNO, juga mendedahkan banyak penyelewengan-penyelewengan pimpinan UMNO/BN. Tanpa disangka, setelah selesai menuntut, Aku sekarang sudah berkawan dengan Abang mat, sehingga kami pernah mengadakan program bersama, juga makan dalam satu maidah.
Mendengar ceramah abang Mat, secara tidak sengaja kita sudah dididik supaya bencikan kepada penyelewengan. Malahan, kita terus beranggapan, mana-mana pimpinan PAS, ataupun pimpinan dari parti-parti Pakatan Rakyat yang lain naik sebagai kerajaan, sudah pasti penyelewengan seperti UMNO/BN itu tidak akan berlaku.
Justeru itulah, kita terlalu membenci sebarang penyelewengan, tidak kira siapa sahaja yang melakukannya; imma melibatkan pimpinan PAS, waimma pimpinan PKR dan DAP.
KERAGUAN TERHADAP PENYELEWENGAN
Jika kita melihat dalam kitab-kitab fiqh jinayah syariah, pasti kita akan berjumpa dalam satu perbincangan yang disebut sebagai ”Qarinah”. Dalam islam, Qarinah mempunyai kesan yang besar dalam menentukan sesuatu kesalahan terhadap seseorang jenayah. (Sila baca ulasan lanjut dan terperinci di sini)
Dalam isu Selcat, kita dapat melihat bagaimana selcat berjaya mendedahkan banyak penyelewengan-penyelewengan terhadap duit rakyat yang melibatkan pemimpin-pemimpin BN semasa mereka menjadi kerajaan Negeri Selangor dahulu.
Di saat siasatan sedang berjalan lancar, ia banyak memberi kegembiraan kepada ramai rakyat Selangor, juga rakyat-rakyat di malaysia. Malahan, ia bisa ’menyempitnya pernafasan’ bagi pimpinan-pimpinan UMNO/BN Selangor. Tidak semena-mena, Dato’ Hasan Ali mengeluarkan kenyataan yang menghentam; meminta agar Selcat ini tidak dilakukan siasatan seperti biasa, tetapi hendaklah ditukar cara dan bentuk siasatan tersebut.
Lebih meragukan lagi adalah, kenyataan Dato’ hasan Ali itu ’seiring dan sejalan; sepiring dan sepinggan’ dengan kenyataan Khir Toyo yang penyelewengan beliau banyak terdedah menerusi siasatan Selcat ini. Keadaan ini melahirkan ’qarinah’ dalam banyak kenyataan beliau tersebut.
Justeru, dicadangkan juga kepada selcat, agar melakukan siasatan juga terhadap pegawai-pegawai kerajaan; pengarah-pengarah jabatan dalam Kerajaan PR ini, yang melibatkan exco Infrastruktur, seperti Jabatan pengaliran dan Saliran Negeri Selangor (JPS), Alam Flora dan sebagainya. tidak ketinggalan juga, yang melibatkan exco-exco yang lain.
Cadangan ini, amat bersesuaian konsep ketelusan yang diperjuangkan oleh PAS, PKR dan DAP sepertimana termaktub dalam manifesto pilihanraya umum baru-baru ini, yang ia terbukti perlaksanaannya menerusi Selcat yang menjadi isu sejak 1 Syawal menjelang tiba.
Sekian
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

- Sri Indah (B), Sg Buloh
5 ulasan:
Sekejap hentam sekejap puji...begitulah yang penting sesuai dengan selera aku.
ada wartawan tanya kepada Tuan guru Nik Abdul Aziz tentang Tun Dr Mahathir.
beliau menjawab;
"mahathir adalah orang bijak. tapi sayang, dia lawan islam"
Puji atau tidak bukan terletak pada selera, tetapi kita melihat kepada apa yang dikata, bukan kepada siapa yang berkata. (kata-kata Ali bin Abi Talib)
menilai seseorang itu berdasarkan 'siapa yang berkata', itu disebut sebagai 'taassub membuta tuli'.
sekian
Wallahu 'Alam
http://baganutama.blogspot.com/
salam ust one g,mohon promosi blog kami di blog ust.Kami akan memaparkan berita live dari bagan pinang dgn gambar yg penuh warna warni.
jom ust kita ke bagan pinang.
terase macam ust wan ji menulis ikut skrip dari seseorang pulak
tapi aku agak agak jela kot betol memang ajaibla...
salam ustaz! tak dapat befriend to mus'ab bin umair or almuthanna alharithah, dpt kawan dgn abg mat pun jadilah. ana dpt jadi drebar abg mat tunggu kat 10 thn baru peluang menjelma. anyway abg mat memang sempoi, macam org la ni dok sebut. syokran.
p/s
"Among the believers are men who have been true to what they have pledged to God."
Catat Ulasan